Selasa, 31 Disember 2013

Pengorbanan Abah

                                          Semua orang ada ayah/abah/baba/papa kan?
Ya. Semua orang ada seorang bapa. Tapi ada yang masih mempunyai kehadiran seorang bapa, dan ada yang kehilangan bapa untuk selamanya. Mereka yang masih ada bapa , hargailah sebaik mungkin.

Admin nak share sikit. dan pesan sikit. kepada mereka yang mempunyai hubungan yang tidak erat antara bapa.
  Setiap lelaki yang bergelar suami sudah tentu teruja untuk bergelar seorang bapa/ayah kepada anaknya. Ya. Malah, tanggungjawab mereka akan lebih besar dan mencabar dalam mendidik, memberi kasih sayang dan membesarkan anak2 mereka. Subhanallah. Hebat kan?
  Lebih-lebih lagi, mereka sanggup bekerja sampai penat. Nak kumpul duit banyak2 untuk memastikan anak2 mereka hidup selesa. Jauh lebih selesa daripada mereka ada. Contohnya, macam kisah admin ni. Dulu masa zaman admin hidup susah. Abah admin sanggup tak makan sebab admin lapar sangat nak makan roti Gardenia. Dan itu adalah makanan terakhir yang abah dapat beli sebab ada duit saku Rm1 jer.
   Lepastu abah terpaksa tebal muka pergi pinjam duit kat kawan dia. Ya Allah, admin rasa sangat2 bersalah sebab banyak susahkan abah admin. Tapi abah cakap, "biar anak2 abah cukup makan. Abah kuat lagi."
   Bagi admin. Walaupun abah admin tu garang,seorang yang perengus. Adakalanya abah admin ni baik. lemah lembut dengan kami semua. Kadang-kadang cara abah tegur admin agak tinggi suaranya. Tapi alah bisa tegal biasa. Sebab admin dah biasa dengan cara abah tegur.
   Korang pulak? Mesti ada bapa yang jenis sporting.. atau ego tinggi tapi tetap sayang.. atau ada bapa yang tak pedulikan anaknya. Uish. Mustahil seorang bapa tak sayang anak2 mereka. Mesti sayang. Cuma cara mereka 'menonjolkan' kasih sayang mereka ada yang berbeza.
  Sebagai anak,. kita tak boleh derhaka, kita wajib patuh ,taat pada ibu bapa selagi tak melanggar perintah Allah. Baik buruk pun sikap bapa kita, mereka tetap BAPA/AYAH/ABAH(dan lain2 panggilan . hoho)
  Yelar. Kadang2 admin pun tak tahan, admin menjawablah. tinggikan suara lah. Tapi cara admin salah. Admin pun minta maaf.. Korang? Kalau ada buat salah, cepat2 minta maaf.
   Ingat. Tanpa mereka,tak wujudlah kita. Tak dapatlah kita lihat dunia. Ya, pengorbanan seorang ibu lagi besar. Tapi bapa pun BESO jugak. Bagi kita cukup makan, senang belajar, selesa tinggal kat rumah. Hargailah mereka selagi mereka masih ada ya?

#Dah2. Karangan admin sampai esok pun tak habis. Haha. Tata ucu

Jumaat, 13 Disember 2013

Awet Muda macam..ehem2. hehe

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Jom Berdoa

Sahabatku, 

aminkan doa ini memohon pd Allah agar
di beri cahaya dalam hati & hidup kita.

"Allahuma j’al
li nuran fii qalbi, wa nuran fi qabri, wa nuran bayna
yadayya, wa nuran fi khalfi, wa nuran ‘ an yamini, wa
nuran ‘an syimali, wa nuran min fawqi, wa nuran min
tahti, wa nuran fi sam’i, wa nuran fi bashari, wa nuran fi lahmi, wa nujran fi dami, wa nuran , fi’izhami.
Allahummazh zhimu li nuran, wa a’thini nuran, waj’al
li nuran wa zidni nuran, wa zidni nuran, wa zidni
nuran.”

Ya Allah jadikan lah cahaya di hatiku, cahaya
di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya
dibelakangku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada
penglihatanku, cahaya di rambutku, cahaya di
darahku, cahaya pada tulang-tulangku . Ya
Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan
berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku
cahaya , tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya.”

Selasa, 21 Mei 2013

MULUT CELUPAR

Assalamualaikum! Naz nak share pendapat Naz tentang org yg digelar "mulut celupar"
Org yg macam ni memang nak kene same den! Haha. Xdelar..just kidding. Naz pun tak taulah kenapa ada org yg mulutnya mcm 'xd insurans' nih. Suka aja bagi kita sakit hati...rasa marah..geram..dan lain-lain perasaan...
Helo kepada seseorang yg perasan diri sendiri mulut celupar. Tolonglah berubah.
1)LEBIH BAIK DIAM DARIPADA CAKAP PERKARA YG TAK BAIK.

2)LEBIH BAIK AWAK SIBUK HAL AWK SENDIRI SEBELUM ORG SIBUK HAL AWK

3)BERTAUBATLAH,INSAFLAH DGN PERBUATAN AWK TUH

4)BERHENTI BERPRASANGKA BURUK TERHADAP ORG LAIN

Naz harap sgt...awak tak mcm ni... Bukan apa.. berhentilah daripada menyakiti perasaan org lain.. orang lain akan pandang hina kat awk...menyampah...menjauhkan diri ..sebb mereka tau perangai awk mcmana...Kalau nk ckap pun,ckplah dgn kata2 yg sopan...yg xmembuat org sakit hati okay?

Isnin, 20 Mei 2013

Perlu Kamu(original)

Lagu ni..Naz tujukan khas untuk adk angkat Naz, Najmi.. Dapat inspirasi masa Naz dgn Najmi ni sdg konflik,masing2 tgh emosi kan..lpas tuh rasa bersalah...Naz pun ciptalah lagu untuk dia.




Perlu kamu

Maafkan ku andai aku terkasar bahasa
Aku telah melukai hati kamu
Tak bermaksud untuk aku berkata begitu
Saat itu aku masih tertekan
  Aku tak tahu apa yg harus ku lakukan
  Aku buntu dan aku keliru
Chorus
Hiburkan aku dengan kata manismu
Temani aku di saat ku memerlukan
Lindungi aku di saat aku tersungkur
Berikan aku semangat yg mendalam
Kerana aku masih lemah
Di sini aku.. perlukan kamu
  Hanya kamu saja yg memahami aku
  Kau selalu hadir di setiap detikku
  Kau sahabat yg terbaik pernah aku punya
  Terima kasih..aku ucapkan

 Chorus
Hiburkan aku dengan kata manismu
Temani aku di saat ku memerlukan
Lindungi aku di saat aku tersungkur
Berikan aku semangat yg mendalam
Kerana aku masih lemah

Cinta Hatiku(original)


Cinta Hatiku-Naz Nadhirah

semuanya tak dijangka
aku telah mengenali kamu
kehadiranmu membuat diriku 
bagai disinar bulan bintang
    benar aku sedang jatuh cinta
    pada usia yg begitu muda
    namun aku cuba bersedia
    jika kita berjauhan
c/o
Tuhan sampaikanlah rasa rindu aku
agar dia bisa merasainya
disini aku selalu memikirkanmu
ku ukir namamu di hatiku
Tuhan lindungilah sang cinta hatiku
ku tak ingin dia dalam berduka
ku selalu berdoa agar kau disana
bisa mencapai impianmu
     oooohhh...ohhhhh..ohhh
ulang c/0
    kerana aku mencintai kamu
    ku tatap potretmu bila aku rindu
    adakah kau rasa seperti yg aku alami
    merindui yg jauh
ulang c/o
Tuhan sampaikanlah...
Ku cinta kamu..
Tuhan..lindungilah sang cinta hatiku...

Si Najmi Achik

         Mamat ni kan.. Nama dia Najmi.. Dia adik angkat Naz,dan dianggap salah satu keluarga Naz juga... Opps... Naz tangkap gambar senyap-senyap.. Soe Najmi... Khusyuk bebenor tgk ensetnye tuh.


         Nasib baik sempat tgkap gambar sama-sama dengan Najmi...Bukan senang nih. Haha..

Kejayaan PPIM SMK MERU 2013

Pada 2 Mei 2013 bertempat di smk pendamaran jaya. Kami,PPIM smk meru pergi bertanding ke sana.. Latihan hanya dilakukan selama 5hari... Alhamdulillah,kami pulang dengan hasil yg cukup baik ,iaitu tempat ketiga..
                                                              SMK MERU BOLEH!

                                                      Mereka ni memang suka bergambar...


                                                 Inilah aksi jurulatih yg mengajar kami...

                          kami semua dalam keadaan gementar sebelum masuk ke gelanggang kawad..

                                                           Sewaktu check pakaian...













                Ini adalah hasil keputusan markah yg dibuat oleh para hakim...alhamdulillah markah nye agak memuaskan kami...


Nilah aksi kegembiraan kami setelah mendapat tempat ketiga.

                                                      Syukur dengan kejayaan yg kami dapat.


         Gambar ni diambil ketika kami sepasukan sedang diperiksa pakaian . agak berdisiplin di situh.


       Inilah adik junior yg banyak membimbing Naz sehingga Naz berjaya merangkul Ketua Platun Terbaik    tempat ketiga kategori perempuan. Terima kasih Husna!


 Naz bersyukur dapat buktikan pada mereka yg Naz dapat Ketua Platun Terbaik ke3. Bukan nak riak,tapi bersyukur dengan usaha yg diberi mendpat kejayaan .


                                        Ini dia. Trofi yg Naz dapat. Tahniah untuk diri sendiri!


                                                       Action Kamen! Haha. Hepi disituh



MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

MENIRU
Perkara ni selalu terjadi dalam kalangan pelajar disekolah rendah,menengah dan universiti... Ini adalah langkah yg tak baik untuk berjaya dalam pelajaran.Kenapa perlu meniru? Apa yg kita buat sepanjang waktu luang yg ada? Kenapa tak ulangkaji? Banyak persoalan untuk mereka yg kerap meniru nih...

Ingatlah,kita hidup di dunia ni sementara..walaupun meniru jer...dah kira satu kesalahan peraturan peperiksaan,dan semestinya malaikat mencatat perbuatan kita samada yg baik dan jahat. Fikirlah secara rasional. Ilmu yg berkat adalah dari ilmu yg mmpunyai unsur jujur...telus...ikhlas...usaha dan doa.. Barulah usaha yg kita perjuangkan untuk berjaya dalam peperiksaan,pelajaran membuahkan hasil yg terbaik.

 

Ahad, 19 Mei 2013

Bajet Hot

"kau pikir kau bagus sangat?Bajet Hot"
"jangan nak bajet hot sgtla dgn perangai kau tuh"
dan lain-lain kata yg kurang menyenangkan kita..

Apa yang anda faham tentang bajet hot?
 STOP IT!
Jgn nak mengada sangat kata org sebegitu....
Kita bukannya manusia yg sempurna,terlalu baik perangainya...
Jangan asyik kesalahan orang lain.

CARI KESALAHAN DAN KEKURANGAN DIRI SENDIRI
itu yg terbaik supaya anda dapat menjaga akhlak yg mulia di sisi Allah.

Khianat

Khianat. Pernah tak korang alami? Naz pernah alami suatu ketika dahulu. Sepanjang berkawan rapat dengannya, Naz tak pernah sekalipun terfikir nak khianati dia,nak burukkan dia. Baik buruk dia tetap Naz anggap sebagai kawan...

Naz tak sangka,  orang sekeliling tak suka dengan Naz akibat kata-kata yg kawan baik Naz ckap sendiri dekat kawan2 Naz yg lain....Pada mulanya memang Naz rasa sakit hati..benci..marah pada dia... JAdi akhirnya Naz ambil masa untuk :

1)MEMAAFKAN DIA
-Naz kena maafkan dia. Betapa kejamnya kalau NAz egois ..nanti kehidupan dia di dunia dan akhirat xtenang,xdiredhai.. 

2)DOA
-Of course,ini yg paling penting dlm kehidupan kita. Mendoakan seseorang supaya dia mendapat hidayah Allah..

3)SELESAIKAN MASALAH
-Berbincang , bertanya apa yg dia rasa tentang kita..supaya kita dan dia sama-sama ubah dan menjaga hubungan silahturahim

Mudah-mudahan awak mendapat hidayah Allah... Saya maafkan awak... 

Sabtu, 18 Mei 2013

Cinta Dalam Diam

Cinta dalam diam

Pernah tak awak rasa macam ni? Sepanjang awak kenal seseorang...awak rasa bahagia bila dapat tgk wajah dia,berjumpa,berborak,bergurau senda..... So sweet! awak dah jatuh cinta tuh...Tapi...dia tuh tau ke perasaan awak ? 
         Naz pun ada minat kat seseorang... tapi.....Naz dah luahkan kat dia... But! No need to couple2 okay..... This year,SPM..study first. Hehe... Apa yg NAz buat??

1)BERDOA
-supaya hubungan persahabatan....kasih syg ini akan kekal ..berdoa untuk mendapat jodoh yg baik..

2)HUBUNGI DIA
-Naz contact dia sekali sekala jerr.die pun ade tuisyen...ulangkaji..masing2 sibuk dgn komitmen tersendiri..So,Naz faham... :)

Naz harapkan... Kebahagiaan untuk mendapat cinta yg suci itu dtg dlm hidup Naz. Namunm, Naz masih muda dan mentah dgn semua ni. Perkara yg perlu diutamakan ialah kebahagiaan keluarga Naz, masa depan Naz dlm pendidikan,kerjaya. Jadi....Naz cinta dalam diam jerla... Dpt tgk dia senyum,gelak,sihat pun dah ckup nagi Naz.... So korang? macamane plak? Hehe

tu dioo

             Naz masih teringat ...First time jadik flower girl..pakai baju cantik ni.. Haha. Subhanallah.


       Adik Naz ni memang gemar bergaya dalam apa jua aksi. She's very cute.Adik awak pula   cmne?
                Time ni dia nak ambil sesuatu. tapi Naz masih sempat ambil gambar budak nih
                                                  Ini...entah gapo dio budak ni gelakkan...

                                                         adik ni..namanya Nadia(yaya)..

                                           Dia memang aksi 'peace' ajer...x fotogenik kot..haha

                                                 Alang-alang ada pasir...Naz buatlah nama Naz...


                                         Dan Yaya pun terikut sama..macm kakaknyer


                                                      Nadia ♥ Aaron Aziz (meroyan)

                                                                   Nadhirah ♥ Mr.A
                                                                    #ni lagi meroyan

                                                                  Terlebih action





                                                           Ana sedang seimbangkan badan ....

                                                     Gong Xi Fa Cai (dh lepas dah)

Perempuan Gedik


Assalamualaikum(jawab salam yer)...
Naz nak share ni. 'Gedik'. Well, u all mesti tahu and pernah rasa menyampah dengan mana2 perempuan  yang korang anggap 'gedik' bukan? Naz pun pernah rasa jugak... But.... Cuba kita renungkan. Kita asyik rasa tak selesa.....tak suka...menyampah,benci pada seseorang yg bersifat demikian. Adakah kita, sudah cukup baik? Be careful! Kalau kita asyik cakap pasal kegedikan seseorang...mana tahu,bole terkena kat kita...kita yang terikut2....kita yg dapat dosa sebab ckp belakang2...dan macam2 kesan negatif yg memberi pemikiran yg tak rasional. Jadi, apa yg boleh korang buat??

1)TEGUR
-Tegur dengan kata-kata yg baik... yang tak menghina,mencaci dia.... tegur hanya pada dia. Bukannya malukan dia depan org ramai...senang kata, tegur secara PRIVATE..

2)DOA
-Doa ni ada macam-macam bentuk...macam-macam keinginan yg kita harapkan . Selain daripada mendoakan diri sendri..keluarga dan rakan-rakan,. Jgn lupa doakan mereka yg korg anggap tak selesa ,menyampah tuh. Subhanallah. Anda memang hamba Allah yg beriman,yg berhati mulia kerana mendoakan,mengharapkan kebaikan dan perubahan yg baik utk seseorang.

3)KENALI DIA
-Yg ni susah kot. xtaula kan. Dia gedik, tapi nak kenal rapat dgn dia. Ha.... awak kena ubah pemikiran macam tuh. Kenal dia dari A-Z... bukan sehari jer...kenali sifat2 dia setiap hari....Awak renungkan, fikirkan, perhatikan apa yg awak rasa dlm kekurangan diri dia... Of course,kasihanilah dia kerana dia bersikap demikian mgkin kerana inginkan perhatian...ingin dikenali.. Wlu apapun, tetap tegur dia kalau over..

Itulah kehidupan.. Ada negatif dan positif. Manusia bersikap positif dan bersikap negatif... Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, berusahalah untuk menjaga hubungan yg baik sesama manusia. JAgalah hati kawan masing2...ibu bapa..adik beradik..keluarga.... Jangan lupa jaga perangai kita. Itu yg penting. Apabila org selesa dgn kita,pasti kerana sikap kita yg menyenangkan.. Subhanallah,tahniah jika awak berjaya lakukannya.

Rabu, 13 Februari 2013

 We are best friend forever!!


 Hei..kenapa termenung ni??


 my art..photoshop cs4


 Gbr ni Naz edit simple2 jer...hehe


This is me,n my younger sister,Naz Nadia. :)