Ahad, 22 Jun 2014

Bahagia dengan MAD1111B 2014

Assalamualaikum. Harini Naz nak ceritakan tentang beberapa watak yang Naz akan perkenalkan pada korang yang sudi dan setia mengikuti blog naz ni..

Okay, MAD1111B merupakan Melaka, Art design, Ad111 untuk course kitorang ambil dan 1 lagi angka untuk part 1 maksudnya. B adalah group kitorang. Group grafik dipecahkan kepada 5, A B C D E. Naz tergolong dalam group B.

Firstly masa Naz masuk kelas, naz perhatikan jer sekeliling.Perhatikan mereka semua, yang bakal menjadi kawan baik dan kawan yang naz sayang sangat2. Uhukzzz. Sesiapa yang faham Naz, naz adalah insan yang manja, sayang semua orang. Nampak tak mengadanya tuh?? Haha. Takdalah. Naz hargai apa yang ada depan mata. Okay, jom kenal2. Tapi naz xnak letak gambar dorang lagi. Nanti2 naz akan post.

Classrep untuk group kitorang adalah.. Johan atau nama glamour , BOB. Dia ni memang unik. Sebab suka main skatrboard, sampai banyak pensyarah yang perasan dia selalu main skateboard. Haha, dah femes lah tuh... Naz pulak dilantik sebagai assistant Bob. Yup. Bob dah macam uruskan pasal info2 terkini pasal kelas. Naz uruskan pasal kewangan. Uhukzzzz.

ada sorang ni nama dia Aqil atau lebih gemar dipanggil BULAT. Naz pun tak tahu kenapa dia dipanggil macamtuh.. Kadang2 bulat ni kurang ajar sikit bahasanya, tapi.. actually... yang Naz suka, dia pun pandai menjaga budi bahasa jugak. And kerap call2 semua classmate dia tiap2 pagi supaya kami tak bangun lambat.. Cara percakapan dia agak unik juga sebab bila Naz dengar suara bulat jer, naz nak gelak memanjang. Haha.. Tak tahu kenapa.

Ada juga sorang ni yang pada mulanya Naz perhatikan, dialah lelaki yang paling serius dan muka ketat dalam kelas. Padahal, sebenarnya dia lah kawan lelaki yang paling baik,caring, memahami dan hargai perempuan walaupun cara dia cukup kasar, gengster sikit. Ramai yang pelik nape naz kawan dengan dia, Naz tak pelik pun kawan dengan dia. Oh ya, Nama dia Zek. Naz selesa kawan dengan dia. Naz xkisah pun dengan cara dia yang agak kasar sebab cara dia layan sama jer samada lelaki atau perempuan. Bersyukur ada kawan macam dia.

Alhamdulillah, dapat classmates yang gila2. Yang friendly. Tapi ada satu kisah ni, kitorang ade konflik sikit. Mcm drama gitu, Tapi alhamdulillah, Naz cuba sedaya upaya, sebaik mungkin untuk bantu perbaiki sedikit pasal silahturahim sesama classmates. Kalau ikutkan hati,rasa nak jer lempang, sepak, or maki depa yang berbahasa kurang sopan. Tapi, siapalah Naz nak buat camtuh. Nak selesaikan masalah ada caranya. Jalan yang terbaik adalah bersabar, dan selesaikan dengan perdamaian. Bukannya pergaduhan.
Itu yang naz cuba tekankan.

Serius, Naz dah anggap depa semua macam keluarga Naz sebab kat sini naz xde sesiapa kot untuk menjadi salah satu sumber semangat., Naz sayang depa semua. Naz nak berjaya sama2 dengan depa , nak ceria-ceria dan happy dengan depa. Dan Naz nak sama-sama berganding bahu untuk capai impian kitorang.

Naz rasa bahagia sangat2 bila tengok hubungan antara classmates bertambah baik. Itulah harapan Naz. Harap kitorang semua akan kekal macamni sampai bila2. Bukan sampai habis sem.. Sampai bila2 lah.

XOXO
Publish.

Khamis, 19 Jun 2014

MDS di Uitm Lendu

Assalamualaikum semua.
Dah lama Naz tak share segala cerita .. Sejak dah masuk alam lain. (universiti).So. bercakap tentang minggu destini siswa. Macam2 yang naz fikirkan semasa dalam perjalanan ke Uitm Lendu.

Mula2 daftar kolej(mcm asrama gitu) . Naz dapat kolej Tun Ali.. level 3.. paling atas.Satu bilik ada 3 katil. Kecil lah jugak.. Satu single bed, then double bed. Naz pilih katil yang atas jerlah..Roomate pun okay. Sorang budak Masscom dan sorang lagi Fine Arts.Penatlah jugak naik tangga bertingkat2 nih. Memang kurus jerlah.. Tapi takpa, itu belakang cerita. Uitm Lendu ni banyak keunikan dan misterinya.

PMDS kat sini pun okay2lah. Dorang garang mungkin sebab penat kot. Yerlah , tidur berapa jam je untuk pastikan aktiviti sepanjang MDS ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Yang Naz tak boleh lupa, ada sorang budak perempuan Masscom berkebolehan untuk buat Beatbox. Dia lawan dengan Abg Haziq xsilap Naz. Memang berbakat.

Kebanyakan siswa siswi baru di uitm lendu ni berbakat besar dalam diri dorang. Dan ramai yang menonjolkan diri nampaknya. Haha. Ops. Sepanjang MDS, rasa ngantuk memanjang sebab ade banyak taklimat dan pendedahan yang senior2 dan juga pihak terlibat nak terangkan kepada kitorang. Yelah, Kalau tak. Mau taknya kitorang ni tak setelkan macam2 hal seperti PTPTN, student portal dan lain2.

Seminggu disediakan makan percuma. Depa sediakan.. Lepastu ada pendaftaran akademik kat fakulti masing-masing. Sepanjang MDS, kitorang memang banyak berjalan kaki. Hampir satu Uitm Lendu kitorang berjalan. Lagi2 masa Campus Tour tuh. Sangat penting untuk kitorang sebab lepasni, lepas habis MDS kitorang kena buat sendiri. Yes, berdikari.


 Inilah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka(FSSR) di Uitm Lendu. :D nampak macam lama tapi sebenarnya banyak menarik kat dalamnya. Hehe.

 Time ni kat galeri seni FSSR. Macam2 karya dari student sini hasilkan diletak kat keliling dinding.

 Inilah Perpustakaan Uitm Lendu.. Naz selalu pergi sini untuk rasa aircond (acah2 jer) dan tumpang wifi kalau nak search pape.

 Ha.. Yang ni Naz tak dapat lupa. Masa kitorang naik Jambatan "Gantung" ni. dahla ramai yang lalu, lepastu jambatannye goyang2. Naik muntah Naz dibuatnya. Pening kot... Tapi inilah jalan shorcut juga nak pergi ke FSSR...


                         Ini.. entahlah, nak cakap apa sih. Sepanjang dalam dewan Taming Sari

Apa yang Naz nak simpulkan sepanjang menghadapi hari2 MDS ni. Naz faham betapa penatnya kakak2 dan abang2 PM nak uruskan student baru.. So Naz harap kepada anda, yang menerima tawaran sambung belajar,yg ada minggu orientasi. sila hormat PM korang, hargai pengorbanan masa dan penat lelah dorang untuk kita. Seterusnya, Tanpa PM ataupun mereka yang terlibat untuk uruskan minggu orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang berada di universiti, segala urusan yang kena selesaikan, tempat2 yang kita tak tahu, Yelah, budak baru lagi kan. Dan tanpa mereka, mungkin kita terkial2 nak mencari tempat, setelkan urusan dan lain2. :)

Nikmati MDS dengan senyuman dan juga nawaitu kena betul bila dah menjejak kaki ke Universiti

assalamualaikum. 
XOXO 
Publish