Jumaat, 24 Oktober 2014

cuti semester 1

Hai assalamualaikum semua!
Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan yang baik baik saja.
Oh ya, dikesempatan ini Naz ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada umat Islam dan sama-samalah kita usaha lagi untuk perbaiki kesilapan, kekurangan diri sebelum ini menjadi lebih baik.

Mengenai cuti semester yang sudahpun bermula...
Naz fikirkan yang Naz akan dapat kerja. Tapi....Toink...
Tade keje ... Kat meru ni memang payah sikit nak cari kerja sebab depa ni nak pekerja yang kerja pada jangka yang lama. Huuu.. sedih ..

Jadi. apa yang Naz nak buat ea selama sebulan lebih ni?TLDM?
No no no.. Tak.. Naz dalam proses belajar macam macam benda.
dan nak siapkan manuskrip Naz yang tertangguh untuk sekian lama. Aduh...
Entah bila lah siap. Sebab Naz tak curi masa pun untuk update manuskrip hasil tangan sendiri.
Itu juga salah satu impian Naz untuk hasilkan sebuah Novel mengenai kisah Naz dan arwah kekasih Naz.

Dan minggu lepas. Naz ada mencuba nasib kat Ujibakat Mentor Legend. Ella.
Tak terlintas di fikiran nak pergi ke sana tanpa berlatih apapun.
Abah hantar Naz sampai kat KTM Subang Jaya jer.
Lepastu dah sampai KL Sentral, kenalan Naz yang baik ni. Tawarkan diri untuk hantar dan teman Naz pergi ke ujibakat...dah sampai Sri pentas.. Sayangnya...
Dia tak boleh masuk sampai ke dalam. terpaksa tunggu kat luar. kesian..
Dari pagi sampai petang. Dia tunggu.
Dalam ujibakat tuh, Naz masuk kat saringan pertama. iaitu nyanyi depan kawan Ella yang memang tahu apa Ella inginkan. Okay, sebelum Naz nyanyi . Naz tanya abang tuh
"Boleh ke saya nyanyi lagu sendiri?". Dia kata boleh. YA Allah , rasa macam nak lompat jer sebab bukan senang orang nak dengar lagu Naz. Yelah, ujibakat kan.
Mana tau depa nak dengar lagu yang biasa didengar.
Lepastu Naz ceritakan pasal lagu kepergianmu berkait rapat dengan kisah cinta Naz di usia muda.
Sebelum bertemu Ella. Ada sorang abang yang baik ni temuramah Naz . Dia tanya, dan rakam juga apa yang Naz ceritakan.
Sebenarnya Naz rasa cukup sedih dan sebak sebab dapat nyanyikan lagu sendiri depan Ella, penyanyi tersohor di Malaysia ni. Ella peluk Naz. Dia faham apa yang Naz alami. Dan Naz tak kisah pun walaupun tak dapat mara ke seterusnya.
Sebab Naz dahagakan pengalaman. Sebab pengalaman mampu memberikan satu tujuan untuk Naz sentiasa berusaha mencapai impian Naz.
Impian Naz banyak sebenarnya. Tapi takkan lah nak capai kesemuanya sekaligus. Jadi, Naz perlu usaha satu persatu dengan senyuman yang manis dan ceria.

Dan..sejak kawan kawan tahu yang Naz ni masuk ujibakat Mentor, ada segelintir kawan yang tak puas hati dengan Naz ni berubah sikap. Diorang tiba tiba jadi baik sangat. Hmm. Malas nak fikir ke arah tak baik,. sebab Naz tak nak rosakkan pemikiran Naz ni. bersangka baik lebih elok. Bukannya Naz jadi artis pun. Naz hanya mencuba nasib dan mencari pengalaman saja kat sana. Bukannya nak kan populariti, perhatian . Naz tahu, Naz masih mentah dan walaupun sudah berusia 18 tahun, Naz akui bahawa Naz tidak cukup matang. Dan Naz sedang cuba bersikap matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Haha, itu sahaja yang dapat Naz luahkan disini. Naz harap korang semua manfaatkan cuti semester kepada mereka yang bergelar pelajar universiti dengan baik. dan kepada adik adik yang masih sekolah. Jangan malas..... Belajar rajin rajin okay.

Assalamualaikum..
:)

Isnin, 13 Oktober 2014

Konklusi Semester 1 uitm lendu

Aku melangkah ke sini, tempat ku bermula sebagai pelajar Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital di Uitm Lendu, Alor Gajah, Melaka.  semuanya bermula di sini.  Dengan rasa takut, gementar dan rgu ragu akan kemampuan diri ini.  Mampukah aku, meneruskan jurusan ini?

AD1111B. Ukhwah sesama mereka bermula juga.  Bob, selaku class rep.  dan aku pula assistantnya. Safwan, lelaki berkca mata yg biasa dan selalu dengan lukisan animenya. Bella, gadis yg agak mcm unik sikit dri yg lain. Adalah sebabnya keunikannya itu. kami je yg tahu. dia pun peminat anime. Zek, pun suka anime. dia tak kedekut ilmu, tak putus asa. Amy, gadis paling lasak dan xmcm perempuan. Dia cool je. haha, mcm lelaki. Ida, gadis kecil comel yg sentiasa nampak kemas dan berpenampilan ayu di mataku. Syaa, tak duduk diam. gadis yg pandai bergaul dan selalu menghiburkan kawan.  Mia, dia sedikt blur tapi byk benda rare yg buat aku terkejut. haha.  Naeya, muka mcm cina pun ade, korea pun ade tp die mmg suka tgk korea... dan dia selalu peka dgn info tntg study.. Kamarul, juga muka mcm artis korea.. nakal bak hang kau. xtau nk ckp. tp dia ok... Azrul, lelaki berkaca mata dan king of selfie... selalu aku usha kat laman sosial... Munirah, gadis yg manis syumannya, kalau marah, memang habislah uitm ni.. dan selalu gaduh dgn Hariz, lelaki berkca mata juga. yg mamat ni paling aku takut sebab bila dia tak pakai spek, mcm2 jd kat dia. risau aku. berapa kali dia terjatuh klu tak pakai spek. hahaha. yg beznye, dia pandai cover. izzat, dia ni agak jarang kelihatan sifatnya dlm kelas. tapi aku perhatikan dia ni berbakat dlm lakonan atau pengacaraan. hahaha. mcm artis or model gituh. adil, lelaki berkca mata, suka senyum, suka bertanya dan sikap itu ckup bagus. amin.. kat, gadis berambut panjang, dia baik, manis, cool dan aku suka dgr dia gelak. selalu dia peluk aku. rasa cm nk tido je setiap kali kat bagi pelukan manja. aummm. haha.  erm.. sape lagi ea.. ha... bulat, dia lelaki yg chubby... apa yg aku suka, cara dia bercakap. ntahla, asyik rasa nk gelak je mcm dia ni buat lawak pdhal xdpepun. mgkin suara dia unik kot. hihi.akim, bdk melaka... suka gelak, dia pun baik juga, selalu tlg kwn dia...
zila.. gadis yg pendiam.. dan yg paling lawak, reaksi dia bila aku panggil selalu keluar ayat 'hah'..  Daus, pun bdk melaka... dia cool, kdg2 perangai dia pelik sikit.. kadang2 ok... n nakal dgn drama budak nya. tp aku hrp xd mslh ppe.. ashfa, dia ni dak laki yg kurus keding dalam kelas, dan nakal, dan.. sempoi je.. begitu juga dgn shakran, tapi shakran ni suka nyakat org. haha.  ah chong ataupun azwan. ni lah yg paling tua dlm kelas. ibarat abang kami. pendiam, tp kdgkala dia byk bckp juga. haha.

tak banyak yg aku mampu ungkapkan tntg mereka. tp inilah, konklusi dari mataku tntg rakan skelasku.
semua yg tjadi antara kami, ada sebab Allah jadikan ia untuk pengajaran supaya perbaiki cara hidup, ukhwah sesama kawan.
gaduh bukan utk saling benci. salah fhm bkn utk menerukkan lagi keadaan.  apa yg terjadi adalah pngajaran, hikmah dan salah satu kemanisan dlm ukhwah. di mana akhirnya kita akan fhm apa itu sahabat.

baru baru td aku chat dgn mia, aku tak turut serta mereka semua keluar sama2 dgn rakan sekelas. maaf, aku ada urusan keluarga. Gembira aku dgr bahawa mereka seronok keluar luangkan masa memandangkan ini semester satu yg akan berakhir esok.

Aku tak pasti aku mampu utk teruskan jurusan ini atau tidak, aku serahkan pd takdir. tp aku gembira sekali bertemu mereka. sebab aku telahpun jmpa diri aku yg patut aku ubah utk kbaikan. dlm istikomah.  Aku tak marh, xbnci pd sesape yg pernah aku terasa. pernah maki aku, pernah salah fhm sdgkn aku tak tahu apa2.mungkin aku pernah buat salah.

Hidup perlu diteruskan. dan aku cuba teruskan jurusan ini atas pengorbanan ku utk kdua org tuaku.

Moga urusan kalian dipermudahkan. Amin.

Isnin, 6 Oktober 2014

Penghibur biasa

Aku tak punya bakat yang bagus.
aku hanya tahu mencipta bait bait lagu, dan meluahkan rasa dalam lagu. 

melihat program realiti seperti mentor, popstar, akademi fantasia. membuat aku rasa sedikit cemburu kerNa aku ingin melangkah ke sana. Untuk mengasah bakat, memahami dan mempelajari lagi tentang pembikinan lagu.

kedua orang tuaku kurang yakin dgn impian ku utk mnjadi seorang pnulis lagu atau penyanyi di luar sana. kerana bagi mereka, jgn tumpu pd satu impian sahaja. Jadi aku cuba pelbagaikan hobi aku seperti main gitar sehingga aku mampu hasilkan lagu ciptaan sendiri.  Membuat manuskrip tntg kisah cintaku, masih belum siap lagi, belajar utk menjadi seorang penyampai radio Merufm di Meru, klang... dan melukis gambar potrer tntg apa aku rasa.

aku tahu, dunia hiburan ini bukan mudah, artis di luar sana jauh lebih berbakat drpd aku. Aku? Bukan ingin menjadi terkenal oleh semua, aku adalah gadis kecil yg biasa, ingin memperkenalkan luahan hati aku tntg kisah hidupku.

Idolaku dalam bidang nynyian adalah afgan dan dayang Nurfaizah...  Idola muslimah yg aku amat kagumi pula adalah Heliza Helmi. Aku sdahpun bertemu dgn Heliza. Afgan dan Dayang Nurfaizah? Haha. belum dan mustahil aku mampu bertemu dgn mereka. Kenapa aku pilih afgan? kerana aku suka genre lagu yg dibawa olehnya. seolah olah tntg kisah hidup, balada..  Aku jarang bawa lagu yang rancak, kebiasaannya lagu sedih, slow...  Aku tahu angan ini mustahil.  Justeru, aku endah tak endah sahaja.

Namaku Nadhirah, dan impianku, ingin menjadi penulis lagu, malahan penyanyi yg membawa perbezaan drpd yg lain.

Rabu, 1 Oktober 2014

bila susah, bila senang

Menghitung hari untuk akhir semester 1. Alhamdulillah, aku semakin mengerti tentang perjalanan hidup sbgai seorang pelajar dj universiti  Dah pandai berdikari katakan..  Macam2 yg aku belajar.

Keutamaan niat dlm hati kita saat melangkah ke sini adalah menuntut ilnu kerana Allah, mencari keredhaan.Allah.  Aku pernah jatuh, pernah putus asa tetapi di dalam fikiran pasti akan terinat kedua org tua kita. Kasihan mereka, kita belajar dgn baik di universiti, ibu bapa yg penat lelah kerja keras utk jamin keperluan dankehendak.

darj segi kawan.  hmm..  ada mcm2 kerenah tp xdpt nak ungkapkan kesemuanya. Memang lah pada permulaan perkenalan kita mcm baik.. sopan. lame2 tbiasa pula dgn sifat sedia ada. lagi2 klu kutuk belakang2, siapa yg xmrh.  tapi inilh lumrah kehidupan.  Kita semua akan melaluinya.