Khamis, 29 Mei 2014

Bakal tiba "Kudrat Abah"

Assalamualaikum semua! Walaupun tak lama lagi naz akan sambung belajar, Naz sebenarnya ada banyak manuskrip yang tertangguh-tangguh sebab tiba-tiba idea Naz dah kering. Tetapi.. mengenai salah satu manuskrip yang terbaru. "Kudrat Abah", Naz betul-betul ingin menghasilkannya pada suatu hari nanti.

Naz ingin bercerita sedikit di dalamnya mengenai pengalaman Naz ketika jiwa muda naz memberontak pada suatu ketika dahulu. Naz akui , Naz pernah terkasar bahasa pada ayah. Pengorbanannya terlalu banyak, tetapi Naz bagai tidak sedar semua itu. Seperti anak yang mengambil kesempatan. Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan semuanya. Justeru, pengalaman Naz, dan juga pengalaman kawan-kawan Naz. Naz ingin kongsikan kepada anda , sebagai renungan dan tatapan untuk semua.

In shaa Allah, sesibuk manapun nanti, Naz akan berusaha mengisi masa untuk siapkan manuskrip yang tertangguh-tangguh.. Naz perlu beljaar untuk membahagi masa dengan baik. Mudah mudahan dipermudahkan. Amin.. :).

Persiapan ke UiTM

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya, dari awal Naz dapat terima tawaran UitM Lendu ni. First of all, I will think about how it looks like.. Haha, tak tahulah camana. Terus Naz post kat group fb Grafik Malaya, 1996 . Tanya sape yang dapat tempat sama dengan Naz. Setakat ni , yang Naz tahu, 2 kawan lelaki Naz dapat tempat sama dengan Naz dan asal sama dengan Naz. MEru ke Melaka. MM. hoho. Coklat MM. Opss. Tak tak. Maksud Naz, MeruMelaka. Fuji dan Azri yang dapat tempat sama dengan Naz, dan sama Fakulti. Kami dapat Fakulti Seni.

  2 kawan Naz ni masing-masing memang ada bakat yang bagus. Naz perasan masa kat sekolah. Fuji course seni halus. AD118... Pergh.. kalau tengok semua karya dia, dia dah macam seorang pelukis. Hehe. sebab dia lukis nampak real. Memang sesuai pun dia amiik course ni.Azri pulak course fotografi AD117. Dia memang pandai tangkap gambar, edit gambar. manipulation. Sebab masa nak buat mini album Naz, dia yang tolong tangkap and edit. Tak percaya?
Nah

ni lah mini album Naz. Tapi tak dapat sambutan sangat pun. Tak mengapa. ini hanya permulaan. Naz harap suatu hari nanti dapat berada di bawah satu syarikat rakaman. (berangan saja). Teringin nak dengar lagu sendiri di corong radio . Nak dengar lagu ni complete dalam version studio mcm artis-artis di luar sana.

Impian Naz lebih kepada seni. :D
Macam-macam Naz suka buat sebenarnya sampai orang pun boleh terkejut beruk. Haha. 
Okaylah, sampai disni saja. Teruskan mengikuti / follow blog Naz. Boleh jer share di laman FB anda. 

XOXO
Publish

adik nadia bagi kad

Assalamualaikum semua.. Huhu..
Hati ini semakin sayu kerana tak lama lagi aku akn pergi ke Melaka.

Mak abah, abang, kakak dan adik dah mula kata sunyilah rumah ni tak da aku.
Huu. Tapi nak buat camane. Aku pergi sambung belajar. Anak yang paling kecoh dalam rumah, dalam keluarga. Hehe.

Dan tadi, aku cukup terkejut dan terharu dengan kad special yang adik aku buatkan.
Adik Nadia, adik keempat. Aku anak ketiga, dia keempat.
Pergh..subhanallah, memang kreatif dan menarik . Tak sangka pandai dia berseni.
kononnya bakal doktor.


serius terharu sangat2.
Terima kasih pada adik aku yang ikhlas memberikan kad ni.
Buatan sendiri, baru puas hati. hehehe.

Jaga diri baik-baik wahai adikku.Kakak sayang kamu juga. Walaupun kadang-kadang perangai kakak ni menjengkelkan kamu. Heheheheheheh. Mmmuahhhhh untuk adik.

Untuk Shaf,Mira,Zarul, Milo, Zaman

Sahabat. Aku mengenal kalian bukan sehari cuma.
AKu mengenali kalian hanya sepandang kilas.
Kita waktu itu satu sekolah, berbeza kelas.

Kali pertama keluar bersama dengan korang.
Di SCM.. Kita tengok wayang, duduk lepak di padang.
Walaupun hanya sedetik cuma,
Aku tetap merasakan bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama korang.

Mira. Gadis yang tabah dan pemalu orangnya.
Aku kenali dia semasa darjah Enam.
Sejak masuk sekolah menengah, jarang aku dapat berborak.
Dan tahun ini, aku dapat mendekatinya,
berborak dan bergurau senda.
Dan yang paling kelakar bila aku borak-borak dengan dia.
Dia selalu 'blur'.. sampai berbuih aku nak jelaskan pada dia.
Haha, tapi takpa. Aku tetap terima dan sayang dia, kawan dunia akhirat aku.
Dia dah sambung tingkatan Enam.

Shaf. Jejaka yang mempunyai senyuman yang cukup manis,sejuk mata memandang.
(berangan jap senyuman dia)
Ya. Aku suka melihat senyuman dia. Rasa semangat nak senyum.
Tak tau kenapa.
BAgi aku, Shaf adalah kawan yang memahami, matang(kadang-kadang) , suka bergurau.
Mudah terima nasihat dan sabar melayan kerenah aku yang ntah ape ni ha.
Bukan mudah nak mencari kawan lelaki yang memahami seperti dia.
Itu sebab aku menyayangi sorang kawan ni.
Aku harap dapat bertemu lagi.
Sebab aku selalu merindui BFF sorang ni.
Dia dah sambung belajar, kat kolej area shah alam. PtPl

Zarul. Kawan paling nakal dan terlalu nakal pernah aku kenal.
Sebab dia suka sakat aku. Huh.. Tapi..
dia sakat sakat pun , dia akan minta maaf juga pada aku.Hehe.
Dia ada cara tersendiri untuk hiburkan orang.
Aku rasa dia tak suka hal-hal sedih. Sebab tu kadang-kadang otak mereng mengusik aku .
Aku sayang juga kawan ni.
Kawan badut aku, kawan penghibur tak bertauliah aku.
Harap dapat bertemu lagi.
Dia sambung belajar kat koleh SEGI..

Milo. Ataupun Amirullah la senang citer. Sebut milo jer aku rasa haus pulak. haha.
Aku kenal dia dekat2 nak spm, november 2013 gitu.
Aku akui, dia juga kawan yang memahami dan tak kedekut ilmu.
Sepanjang aku mengenali dia, dia berkongsi doa, kata-kata semangat dan kisah-kisah Nabi..
Terutamanya kisah Humaira. Sampai dia panggil aku Humaira.
Aku akui, dia pernah melakukan kesilapan tetapi aku sudah pun maafkan.
Dia hanya insan biasa. Aku juga insan biasa yg pernah buat silap.
Tahun ini, hubungan kami semakin baik. Dah mcm ape dah.
Boleh bergurau senda.. gelak tawa. :)
Aku harap kawan sorang ni tak lupakan aku .
Dia juga akan sambung belajar di ... Alah. aku dah lupa.

Zaman. Kawan yang sporting, memahami, pandai bermadah kata dan bijak mengatasi situasi.
Aku seringkali berkongsi cerita pada dia,.
Semestinya dia membalas dengan kata-kata positif yang mampu menaikkan kembali semangat aku.
Yup. Aku hargai segala nasihat dan teguran dari dia.
Sebab kata-kata dia tidak pernah mengguris hati aku.
Berbeza dengan kawan-kawan lain.
Kiranya dia memahami hati perempuan. Hehe. Bukan pondan tau.
Dia memang jenis memahami hati perempuan.
Dan dia juga sambung tingkatan Enam. Satu sekolah dengan Mira.

Aku harap mereka takkan lupakan aku. Dan aku juga takkan melupakan dorang semua. Sebab aku sangat menyayangi mereka. Kawan aku terlalu ramai. Tak terkira. Tapi disini aku highlightkan kawan yang dekat dengan aku, dan kini kami semua berada di haluan masing-masing kerana ingin menimba ilmu.

Terima kasih kawan, atas segalanya. Semoga kita semua dapat bertemu kembali, bersua, dan berborak seperti dulu. in shaa Allah. Jaga diri baik-baik. Jaga hati, Jaga Iman. :)
Aku sayang korang.

Rabu, 28 Mei 2014

Untuk Echa dan Isma

Di sini aku highlightkan beberapa kawan yang aku cukup rasakan bermakna dalam hidup aku. Dalam hati aku.

Isma Syuhada(bertudung biru)
Gadis yang ceria.. suka gelak.. kadang-kadang blur juga. dan juga kakak yang garang.

Echa(bertudung kuning)
Kuat semangat.. agak brutal sikit. Ganas kadang-kadang. Baik. Memahami. Serba sederhana

Dua kawan ini, yang aku rapat sejak tingkatan Empat. Aku malu pada mereka. Kerana mereka banyak tolong aku. Semenjak aku sakit skoliosis, mereka yang tolong hantar aku pulang ke rumah dengan selamat. Kalau ada koku, pergi sama-sama. Tak terkira ucapan terima kasih aku pada mereka berdua. Ada juga kawan lain yang kononnya prihatin dan seperti memburukkan aku mengenai mereka berdua.
 
 Bagi aku, Isma dan Echa adalah kawan yang baik dan sukar untuk aku menemui kawan seperti mereka. Dan aku menerima mereka kerana kekurangan mereka. Cukup. :)

Duhai sahabatku tercinta. Isma dan Echa. Saat aku dalam kegembiraan untuk sambung belajar. Sudah tentu aku memikirkan tentang kita bertiga. Kita sahabat, dan selepas SPM, hala tuju sudah pun lain. Seterusnya, dapat keputusan UPU. Aku berjaya mendapat tawaran seni grafik di UiTM Lendu, Melaka. Dan korang pula akan sambung belajar di tempat yang berbeza. Maafkan aku, Isma, Echa. Sebab aku tak dapat selalu bersama korang. Tapi percayalah, aku tetap sayang korang, tak lupakan korang walau di mana aku berada.

Korang makin sibuk dengan urusan kerja, urusan masing-masing. Aku pula jarang hubungi korang. Maafkan aku. Aku tak hubungi bukan sebab aku lupa diri ke apa. Aku jarang ada kredit. Dan korang pasti faham dengan situasi aku yang ada adik beradik ramai. Nak topap pun kena pandai berjimat. Aku pernah juga menanti korang datang rumah sebab korang ada kenderaan. Aku? aku takda pape .

Sahabat, walauapapun terjadi. Berjanjilah, kita tetap sahabat baik selamanya. Dunia dan Akhirat.
Segala kenangan kita bertiga sepanjang di sekolah dan diluar sekolah. Aku takkan lupa. TERIMA KASIH kerana SUDI MENJADI SAHABAT YANG BAIK DAN TERBAIK pernah aku jumpa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan korang.

Jaga diri baik-baik. Jaga solat, Jaga hati . Jangan lemah semangat. Ingat semua pesan aku. Aku sayang Isma dan Echa. Dua sahabat baik aku dunia akhirat.

Luah dari hati (keluarga)

Perpisahan itu pasti berlaku di antara kita.
Ini lumrah kehidupan, 
Bukan suatu kebetulan.
Pasti terjadi. Siapalah kita untuk menolak takdirNya.

Mak, Abah. 
Saat ini aku menitiskan air mata. Ya.
Kerana aku mengenangkan segala jasa dan pengorbanan mak abah
Penat lelah memberi aku sesuap nasi.
Penat lelah memberi aku keselesaan tinggal di dalam rumah yang elok.
Penat lelah menjaga aku ketika aku sakit.
Bersabar melayan kerenah aku yang kadang-kadang mengguriskan hati.
Kali pertama mendapat tahu aku berjaya sambung belajar ke UiTM
kalian yang cukup teruja. 
Syukur. Anakanda bakal sambung belajar.
Tapi.. hari demi hari, aku menghitung hari.
Akan duduk jauh dari keluarga walaupun tidak sejauh mana.(Melaka)
Kata mak, " Sunyi rumah ini sebab tak ada Nadhirah. "
Kata abah, " Jaranglah anak abah dapat usik abah lepasni"
Jelas terpancar wajah yang sedih kerana aku akan jauh sedikit.
Mak, abah, aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
In shaa Allah.

Abang, Kakak dan Adik.
Saat ini aku mengenang kembali.
Saat kita bergaduh, saat kita tertawa dan saat kita bersedih.
Semuanya pernah kita rasa sama-sama.
Aku mengaku, aku bukanlah adik dan kakak yang baik, sempurna untuk kalian.
Aku mengaku, kadangkala aku yang salah, bukan kalian.
Tahu tak? Selama aku bersikap garang, terutamanya pada adik-adik.
Itu tandanya aku sangat prihatin dan terlalu sayangkan kalian.
Aku ingin adik-adik aku menjadi muslimah yang baik budi pekertinya,
sopan santun bahasanya dan menjadi anak yang menghormati orang tua.
Tapi, aku kadangkala berasa aku kakak yang gagal mendidik adik aku .
Sedih. Dan kali ini, aku pula akan pergi meninggalkan adik-adik, kakak dan abang sementara
Terutamanya pada adik-adik. Penat aku berleter, menegur dan tengking
Bukan kerana benci. Tapi kerana aku sayang. Aku tak tahu bagaimana lagi aku nak tunjukkan sejauh
mana kasih sayang aku ini. Aku egois.
Aku kononnya seperti kakak yang membenci adik-adik.
TIDAK. Aku tak pernah membenci adik-adik, darah daging ku sendiri.
Aku hanya bersikap tegas pada mereka.
Adik-adik yang masih mentah dan tidak mengerti lagi erti kehidupan sebenar.
Aku selalu berdoa, supaya suatu hari nanti mereka menjadi adik-adik yang baik.

Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sempurna.Masih ada mak, masih ada abah, masih ada abang, masih ada kakak dan masih ada adik. Allah memberikan aku keluarga yang cukup sempurna.
Dan aku cukup bahagia dengan semua ini. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semua ini.
Kerana keluarga yang sentiasa di hati aku. Aku berusaha untuk kuatkan diri dan hati aku. Kenapa? Mungkin orang akan kata aku anak manja. yang tak biasa jauh dari keluarga. Mungkin suatu hari nanti aku akan alami semua ini. Ya. Pasti akan berlaku. Mak abah juga redha dan ikhlas dengan pemergian aku untuk pergi menimba ilmu. Aku mengaku pernah melukai hati mereka, dan kini aku menyesal. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semuanya.

#Pengajaran
Hargailah mereka yang masih ada, terutama sekali pada darah daging kita, keluarga kita. Sebelum menyesal.


Selasa, 27 Mei 2014

Sedihnya..

Assalamualaikum semua. Hai!
Sihat? Kalau sihat alhamdulillah.. Kalau tak sihat? Jangan lupa makang ubat...
*makan

Beberapa hari ni Naz tak cukup tidur... Arghhh... Ntah kenapa xdapat nak tidur. Jadi burung hantu nampaknya.. Kawan2 nak tau tak. Naz sedih....

Sebab BFF Naz katanya akan pindah ke Pahang tak lama lagi.. HUuuuuu.. Dahlah dia Bff yang faham Naz.. Yang selalu terima kekurangan Naz, Naz merajuk dia pujuk, Naz marah dia diamkan ajer(kesian kau)..
Dah mcm pakwe makwe pulak. Haha. Dia cuma TTM dan BFF Naz jer..

Dan tak lama lagi, In shaa Allah, Naz dah janji dengan dia nak cipta lagu duet, Naz dan dia akan nyanyi. Wohoaaa. masalahnya Naz xpernah lagi buat lagu duet. Okay, kita sahut cabaran!!.

Aik?? kejap nya sedih tuh. Hmm.. Naz taip2 ni pun dah mengalir air mata. Aiyayayayaya... Huhuhuhu
Okay;lah. nanti Naz cite2 lagi k.

XOXO
Publish.

Isnin, 19 Mei 2014

Akhirnya...Sambung Diploma

Assalamualaikum semua. Hai! Tq kepada anda yang sudi luangkan sedikit masa untuk baca post terkini.
Alhamdulillah.. pada 11Mei 2014.. Semakan keputusan kemasukan ke UiTM sudah dibuka setelah penantian yg menyiksakan kami2 batch 96 ni ha.. Akhirnya terjawab jua..

Alhamdulillah, permohonan Naz berjaya. Apa yang Naz impikan dah tercapai... Iaitu kursus AD111 Seni Reka Grafik dan Media Digital di UiTM Alor Gajah,Lendu, Melaka....
Okay. Mula2 dah dapat tahu yang permohonan berjaya. Naz menjerit macam menang duit aje. Haha..

Esoknya...dapat tau tempat kat mana, dapat kat Melaka.. Yohoo.. Memey aku menjerit satu perumahan lah!! Haha.. Alhamdulillah... Takdalah jauh sangat....
But WAIT!!!!
             Kenapa??
Ada rumors mengatakan kampus sana berhantu..misteri. Okay, mula2 memang Naz frust menonggeng, takut , neves. Tapi..bila fikir balik, kenapa aku nak takutkan semua itu? mainan syaitan. Perkara biasa kalau ada makhluk2 halus seperti itu ganggu manusia. So, Iman, hati, pemikiran dan semangat kenalah kuat kan.. Bukannya layan sangat perasaan seram tu. Kita perlu takut pada Allah sahaja. Yup,betul tuh.
(Harap2 aku kuatlah ya.)

   So..dari segi persiapan? Ha..first2 tu Naz lengkapkan borang.....kemudian medical checkup..kemudian...tak buat pape lagi.Tinggal gambar pasport, buka akaun bank Islam untuk permohonan PTPTN(terpaksalah pinjam) dan juga cop pengesahan.. Barang keperluan pun Naz tak settlekan lagi. Haha.

 Anyway, Naz nak ucapkan tahniah kepada kawan2 yang berjaya mendapat IPTA dan juga IPTS. Ingat, Belajar biarlah kerana Allah. Jangan leka dan sentiasa jaga batas pergaulan kita sebagai org Islam. Kepada kawan2 yg tak dapat. Jangan putus asa okay? Sayang korang.

XOXO
Publish

Sabtu, 10 Mei 2014

Tentang insan baru(cemburu dan mengalah)

Di wechat, Facebook dia. Jelas menunjukkan dia sangat2 menyayangi kekasih dia. Aku rasa sakit hati bila aku cuba stalk dia. Yalah, dia letak gambar dia dengan kekasih dia. Manakala aku? Menyimpan perasaan suka,sayang yang begitu mendalam terhadapnya.Aku sedar siapa aku, dimana posisi aku dalam hati dia. Dan aku faham prinsip dia,.
 
  Aku selalu stalk dia. Lihat, baca status wechat, facebook dia. Tapi. dia banyak tulis tentang kekasih hatinya. Aku cuba untuk bertanya mengenai bagaimana dia dengan kekasihnya. Dalam hati ada rasa cemburu. Sejak aku menyukai dia. AKu mula rasa cemburu. Aku tahu. aku tak layak untuk jujur yang aku sedang cemburu. Nanti dia fikir aku perasan, syok sendiri pula. Ataupun obses kat dia.

  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  Suatu hari itu. Aku tanya kawan-kawan rapat dia. Kawan-kawan rapat dia bagi aku cadangan. Supaya abaikan, dan juga pendapat mereka. "Dia ada makwe, tapi asyik chat kau. macam takda makwe"
"Bila dia dengan makwe dia ok, dia lupakan,dia diamkan. Bila ade krisis dengan makwe dia, baru dia cari kau. Tak nampak ke?"
   Menjadi persoalan untuk aku juga.Kadang-kadang aku fikir, dia bagi harapan pada aku. Dia pernah tanya soalan yang buat aku rasa aneh. "kalau saya suka awak masa sambung U macamana? Awak nak tak?"
   aku gelak dalam hati. Mustahil lah kot. Dia nak suka aku. DIa kan terlalu mencintai kekasih dia. Aku pun rasakan, yang aku hanya BFF untuk dia share masalah, bermanja. Aku akui. Okaylah dia buat camtu. Tapi pada masa yg sama aku sakit hati dengan perbuatannya. Dia tak sedar.

   Memang tak sedar.Aku sayang dia, dia tahu semua perasaan aku. Aku selalu jujur kat dia sebagai kawan. Tapi dia?? Dia selalu tukar topik. Aku nak kan kejujuran dari dia juga. Dan..petang itu.. aku berfikir macam-macam. Lalu aku putuskan untuk tidak berhubung dengan dia selama sebulan. Untuk meredakan rasa sakit dan luka dalam hati ini. Mungkin aku akan berubah sikap. Aku tak nak jadi rahsia lagi. Kalau aku tak suka, aku akan terus cakap. Mungkin lebih kasar sikit bahasa aku. Biar dia tahu.

    Sayang? Hmm. Memang aku sayang dia. Kalau sebelum ni, dia marah dengan kelakuan seorang insan ni yang lukakan hati aku, walhal makwe dia, aku nak kata bodoh sebab buat dia macam terabai. Dia tak nak aku sebut. Kenapa? sayang sangat sampai salah dia dah tak nampak. tapi hati tu tengah terseksa. Aku perempuan, aku kenal macam2 perangai. Aku takkan duduk diam kalau perempuan tak hargai lelaki yang sanggup bersabar dengan kerenah dan perangai sosial dia. Huhhh.

 Ya. Sebulan sahaja. Aku mencari ubat penawar untuk hati aku. Aku belum cukup kuat untuk berdepan. Aku bukan nak lari dari masalah. Aku hanya. Mencari ketenangan dan kekuatan hati untuk terima hakikat, yang aku , bukan yang dia sayang. Untuk terima hakikat. Aku dan dia hanya sekadar kawan biasa. Mungkin aku yang gedik dengan perasaan sendiri. Aku nak dia tahu,aku sayang, aku ingat dia. aku tak maksudkan untuk benci dia.