Rabu, 28 Mei 2014

Untuk Echa dan Isma

Di sini aku highlightkan beberapa kawan yang aku cukup rasakan bermakna dalam hidup aku. Dalam hati aku.

Isma Syuhada(bertudung biru)
Gadis yang ceria.. suka gelak.. kadang-kadang blur juga. dan juga kakak yang garang.

Echa(bertudung kuning)
Kuat semangat.. agak brutal sikit. Ganas kadang-kadang. Baik. Memahami. Serba sederhana

Dua kawan ini, yang aku rapat sejak tingkatan Empat. Aku malu pada mereka. Kerana mereka banyak tolong aku. Semenjak aku sakit skoliosis, mereka yang tolong hantar aku pulang ke rumah dengan selamat. Kalau ada koku, pergi sama-sama. Tak terkira ucapan terima kasih aku pada mereka berdua. Ada juga kawan lain yang kononnya prihatin dan seperti memburukkan aku mengenai mereka berdua.
 
 Bagi aku, Isma dan Echa adalah kawan yang baik dan sukar untuk aku menemui kawan seperti mereka. Dan aku menerima mereka kerana kekurangan mereka. Cukup. :)

Duhai sahabatku tercinta. Isma dan Echa. Saat aku dalam kegembiraan untuk sambung belajar. Sudah tentu aku memikirkan tentang kita bertiga. Kita sahabat, dan selepas SPM, hala tuju sudah pun lain. Seterusnya, dapat keputusan UPU. Aku berjaya mendapat tawaran seni grafik di UiTM Lendu, Melaka. Dan korang pula akan sambung belajar di tempat yang berbeza. Maafkan aku, Isma, Echa. Sebab aku tak dapat selalu bersama korang. Tapi percayalah, aku tetap sayang korang, tak lupakan korang walau di mana aku berada.

Korang makin sibuk dengan urusan kerja, urusan masing-masing. Aku pula jarang hubungi korang. Maafkan aku. Aku tak hubungi bukan sebab aku lupa diri ke apa. Aku jarang ada kredit. Dan korang pasti faham dengan situasi aku yang ada adik beradik ramai. Nak topap pun kena pandai berjimat. Aku pernah juga menanti korang datang rumah sebab korang ada kenderaan. Aku? aku takda pape .

Sahabat, walauapapun terjadi. Berjanjilah, kita tetap sahabat baik selamanya. Dunia dan Akhirat.
Segala kenangan kita bertiga sepanjang di sekolah dan diluar sekolah. Aku takkan lupa. TERIMA KASIH kerana SUDI MENJADI SAHABAT YANG BAIK DAN TERBAIK pernah aku jumpa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan korang.

Jaga diri baik-baik. Jaga solat, Jaga hati . Jangan lemah semangat. Ingat semua pesan aku. Aku sayang Isma dan Echa. Dua sahabat baik aku dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!