Sabtu, 10 Mei 2014

Tentang insan baru(cemburu dan mengalah)

Di wechat, Facebook dia. Jelas menunjukkan dia sangat2 menyayangi kekasih dia. Aku rasa sakit hati bila aku cuba stalk dia. Yalah, dia letak gambar dia dengan kekasih dia. Manakala aku? Menyimpan perasaan suka,sayang yang begitu mendalam terhadapnya.Aku sedar siapa aku, dimana posisi aku dalam hati dia. Dan aku faham prinsip dia,.
 
  Aku selalu stalk dia. Lihat, baca status wechat, facebook dia. Tapi. dia banyak tulis tentang kekasih hatinya. Aku cuba untuk bertanya mengenai bagaimana dia dengan kekasihnya. Dalam hati ada rasa cemburu. Sejak aku menyukai dia. AKu mula rasa cemburu. Aku tahu. aku tak layak untuk jujur yang aku sedang cemburu. Nanti dia fikir aku perasan, syok sendiri pula. Ataupun obses kat dia.

  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  Suatu hari itu. Aku tanya kawan-kawan rapat dia. Kawan-kawan rapat dia bagi aku cadangan. Supaya abaikan, dan juga pendapat mereka. "Dia ada makwe, tapi asyik chat kau. macam takda makwe"
"Bila dia dengan makwe dia ok, dia lupakan,dia diamkan. Bila ade krisis dengan makwe dia, baru dia cari kau. Tak nampak ke?"
   Menjadi persoalan untuk aku juga.Kadang-kadang aku fikir, dia bagi harapan pada aku. Dia pernah tanya soalan yang buat aku rasa aneh. "kalau saya suka awak masa sambung U macamana? Awak nak tak?"
   aku gelak dalam hati. Mustahil lah kot. Dia nak suka aku. DIa kan terlalu mencintai kekasih dia. Aku pun rasakan, yang aku hanya BFF untuk dia share masalah, bermanja. Aku akui. Okaylah dia buat camtu. Tapi pada masa yg sama aku sakit hati dengan perbuatannya. Dia tak sedar.

   Memang tak sedar.Aku sayang dia, dia tahu semua perasaan aku. Aku selalu jujur kat dia sebagai kawan. Tapi dia?? Dia selalu tukar topik. Aku nak kan kejujuran dari dia juga. Dan..petang itu.. aku berfikir macam-macam. Lalu aku putuskan untuk tidak berhubung dengan dia selama sebulan. Untuk meredakan rasa sakit dan luka dalam hati ini. Mungkin aku akan berubah sikap. Aku tak nak jadi rahsia lagi. Kalau aku tak suka, aku akan terus cakap. Mungkin lebih kasar sikit bahasa aku. Biar dia tahu.

    Sayang? Hmm. Memang aku sayang dia. Kalau sebelum ni, dia marah dengan kelakuan seorang insan ni yang lukakan hati aku, walhal makwe dia, aku nak kata bodoh sebab buat dia macam terabai. Dia tak nak aku sebut. Kenapa? sayang sangat sampai salah dia dah tak nampak. tapi hati tu tengah terseksa. Aku perempuan, aku kenal macam2 perangai. Aku takkan duduk diam kalau perempuan tak hargai lelaki yang sanggup bersabar dengan kerenah dan perangai sosial dia. Huhhh.

 Ya. Sebulan sahaja. Aku mencari ubat penawar untuk hati aku. Aku belum cukup kuat untuk berdepan. Aku bukan nak lari dari masalah. Aku hanya. Mencari ketenangan dan kekuatan hati untuk terima hakikat, yang aku , bukan yang dia sayang. Untuk terima hakikat. Aku dan dia hanya sekadar kawan biasa. Mungkin aku yang gedik dengan perasaan sendiri. Aku nak dia tahu,aku sayang, aku ingat dia. aku tak maksudkan untuk benci dia.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!