Khamis, 29 Mei 2014

Untuk Shaf,Mira,Zarul, Milo, Zaman

Sahabat. Aku mengenal kalian bukan sehari cuma.
AKu mengenali kalian hanya sepandang kilas.
Kita waktu itu satu sekolah, berbeza kelas.

Kali pertama keluar bersama dengan korang.
Di SCM.. Kita tengok wayang, duduk lepak di padang.
Walaupun hanya sedetik cuma,
Aku tetap merasakan bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama korang.

Mira. Gadis yang tabah dan pemalu orangnya.
Aku kenali dia semasa darjah Enam.
Sejak masuk sekolah menengah, jarang aku dapat berborak.
Dan tahun ini, aku dapat mendekatinya,
berborak dan bergurau senda.
Dan yang paling kelakar bila aku borak-borak dengan dia.
Dia selalu 'blur'.. sampai berbuih aku nak jelaskan pada dia.
Haha, tapi takpa. Aku tetap terima dan sayang dia, kawan dunia akhirat aku.
Dia dah sambung tingkatan Enam.

Shaf. Jejaka yang mempunyai senyuman yang cukup manis,sejuk mata memandang.
(berangan jap senyuman dia)
Ya. Aku suka melihat senyuman dia. Rasa semangat nak senyum.
Tak tau kenapa.
BAgi aku, Shaf adalah kawan yang memahami, matang(kadang-kadang) , suka bergurau.
Mudah terima nasihat dan sabar melayan kerenah aku yang ntah ape ni ha.
Bukan mudah nak mencari kawan lelaki yang memahami seperti dia.
Itu sebab aku menyayangi sorang kawan ni.
Aku harap dapat bertemu lagi.
Sebab aku selalu merindui BFF sorang ni.
Dia dah sambung belajar, kat kolej area shah alam. PtPl

Zarul. Kawan paling nakal dan terlalu nakal pernah aku kenal.
Sebab dia suka sakat aku. Huh.. Tapi..
dia sakat sakat pun , dia akan minta maaf juga pada aku.Hehe.
Dia ada cara tersendiri untuk hiburkan orang.
Aku rasa dia tak suka hal-hal sedih. Sebab tu kadang-kadang otak mereng mengusik aku .
Aku sayang juga kawan ni.
Kawan badut aku, kawan penghibur tak bertauliah aku.
Harap dapat bertemu lagi.
Dia sambung belajar kat koleh SEGI..

Milo. Ataupun Amirullah la senang citer. Sebut milo jer aku rasa haus pulak. haha.
Aku kenal dia dekat2 nak spm, november 2013 gitu.
Aku akui, dia juga kawan yang memahami dan tak kedekut ilmu.
Sepanjang aku mengenali dia, dia berkongsi doa, kata-kata semangat dan kisah-kisah Nabi..
Terutamanya kisah Humaira. Sampai dia panggil aku Humaira.
Aku akui, dia pernah melakukan kesilapan tetapi aku sudah pun maafkan.
Dia hanya insan biasa. Aku juga insan biasa yg pernah buat silap.
Tahun ini, hubungan kami semakin baik. Dah mcm ape dah.
Boleh bergurau senda.. gelak tawa. :)
Aku harap kawan sorang ni tak lupakan aku .
Dia juga akan sambung belajar di ... Alah. aku dah lupa.

Zaman. Kawan yang sporting, memahami, pandai bermadah kata dan bijak mengatasi situasi.
Aku seringkali berkongsi cerita pada dia,.
Semestinya dia membalas dengan kata-kata positif yang mampu menaikkan kembali semangat aku.
Yup. Aku hargai segala nasihat dan teguran dari dia.
Sebab kata-kata dia tidak pernah mengguris hati aku.
Berbeza dengan kawan-kawan lain.
Kiranya dia memahami hati perempuan. Hehe. Bukan pondan tau.
Dia memang jenis memahami hati perempuan.
Dan dia juga sambung tingkatan Enam. Satu sekolah dengan Mira.

Aku harap mereka takkan lupakan aku. Dan aku juga takkan melupakan dorang semua. Sebab aku sangat menyayangi mereka. Kawan aku terlalu ramai. Tak terkira. Tapi disini aku highlightkan kawan yang dekat dengan aku, dan kini kami semua berada di haluan masing-masing kerana ingin menimba ilmu.

Terima kasih kawan, atas segalanya. Semoga kita semua dapat bertemu kembali, bersua, dan berborak seperti dulu. in shaa Allah. Jaga diri baik-baik. Jaga hati, Jaga Iman. :)
Aku sayang korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!