Rabu, 28 Mei 2014

Luah dari hati (keluarga)

Perpisahan itu pasti berlaku di antara kita.
Ini lumrah kehidupan, 
Bukan suatu kebetulan.
Pasti terjadi. Siapalah kita untuk menolak takdirNya.

Mak, Abah. 
Saat ini aku menitiskan air mata. Ya.
Kerana aku mengenangkan segala jasa dan pengorbanan mak abah
Penat lelah memberi aku sesuap nasi.
Penat lelah memberi aku keselesaan tinggal di dalam rumah yang elok.
Penat lelah menjaga aku ketika aku sakit.
Bersabar melayan kerenah aku yang kadang-kadang mengguriskan hati.
Kali pertama mendapat tahu aku berjaya sambung belajar ke UiTM
kalian yang cukup teruja. 
Syukur. Anakanda bakal sambung belajar.
Tapi.. hari demi hari, aku menghitung hari.
Akan duduk jauh dari keluarga walaupun tidak sejauh mana.(Melaka)
Kata mak, " Sunyi rumah ini sebab tak ada Nadhirah. "
Kata abah, " Jaranglah anak abah dapat usik abah lepasni"
Jelas terpancar wajah yang sedih kerana aku akan jauh sedikit.
Mak, abah, aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.
In shaa Allah.

Abang, Kakak dan Adik.
Saat ini aku mengenang kembali.
Saat kita bergaduh, saat kita tertawa dan saat kita bersedih.
Semuanya pernah kita rasa sama-sama.
Aku mengaku, aku bukanlah adik dan kakak yang baik, sempurna untuk kalian.
Aku mengaku, kadangkala aku yang salah, bukan kalian.
Tahu tak? Selama aku bersikap garang, terutamanya pada adik-adik.
Itu tandanya aku sangat prihatin dan terlalu sayangkan kalian.
Aku ingin adik-adik aku menjadi muslimah yang baik budi pekertinya,
sopan santun bahasanya dan menjadi anak yang menghormati orang tua.
Tapi, aku kadangkala berasa aku kakak yang gagal mendidik adik aku .
Sedih. Dan kali ini, aku pula akan pergi meninggalkan adik-adik, kakak dan abang sementara
Terutamanya pada adik-adik. Penat aku berleter, menegur dan tengking
Bukan kerana benci. Tapi kerana aku sayang. Aku tak tahu bagaimana lagi aku nak tunjukkan sejauh
mana kasih sayang aku ini. Aku egois.
Aku kononnya seperti kakak yang membenci adik-adik.
TIDAK. Aku tak pernah membenci adik-adik, darah daging ku sendiri.
Aku hanya bersikap tegas pada mereka.
Adik-adik yang masih mentah dan tidak mengerti lagi erti kehidupan sebenar.
Aku selalu berdoa, supaya suatu hari nanti mereka menjadi adik-adik yang baik.

Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sempurna.Masih ada mak, masih ada abah, masih ada abang, masih ada kakak dan masih ada adik. Allah memberikan aku keluarga yang cukup sempurna.
Dan aku cukup bahagia dengan semua ini. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semua ini.
Kerana keluarga yang sentiasa di hati aku. Aku berusaha untuk kuatkan diri dan hati aku. Kenapa? Mungkin orang akan kata aku anak manja. yang tak biasa jauh dari keluarga. Mungkin suatu hari nanti aku akan alami semua ini. Ya. Pasti akan berlaku. Mak abah juga redha dan ikhlas dengan pemergian aku untuk pergi menimba ilmu. Aku mengaku pernah melukai hati mereka, dan kini aku menyesal. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semuanya.

#Pengajaran
Hargailah mereka yang masih ada, terutama sekali pada darah daging kita, keluarga kita. Sebelum menyesal.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!