Isnin, 19 Mei 2014

Akhirnya...Sambung Diploma

Assalamualaikum semua. Hai! Tq kepada anda yang sudi luangkan sedikit masa untuk baca post terkini.
Alhamdulillah.. pada 11Mei 2014.. Semakan keputusan kemasukan ke UiTM sudah dibuka setelah penantian yg menyiksakan kami2 batch 96 ni ha.. Akhirnya terjawab jua..

Alhamdulillah, permohonan Naz berjaya. Apa yang Naz impikan dah tercapai... Iaitu kursus AD111 Seni Reka Grafik dan Media Digital di UiTM Alor Gajah,Lendu, Melaka....
Okay. Mula2 dah dapat tahu yang permohonan berjaya. Naz menjerit macam menang duit aje. Haha..

Esoknya...dapat tau tempat kat mana, dapat kat Melaka.. Yohoo.. Memey aku menjerit satu perumahan lah!! Haha.. Alhamdulillah... Takdalah jauh sangat....
But WAIT!!!!
             Kenapa??
Ada rumors mengatakan kampus sana berhantu..misteri. Okay, mula2 memang Naz frust menonggeng, takut , neves. Tapi..bila fikir balik, kenapa aku nak takutkan semua itu? mainan syaitan. Perkara biasa kalau ada makhluk2 halus seperti itu ganggu manusia. So, Iman, hati, pemikiran dan semangat kenalah kuat kan.. Bukannya layan sangat perasaan seram tu. Kita perlu takut pada Allah sahaja. Yup,betul tuh.
(Harap2 aku kuatlah ya.)

   So..dari segi persiapan? Ha..first2 tu Naz lengkapkan borang.....kemudian medical checkup..kemudian...tak buat pape lagi.Tinggal gambar pasport, buka akaun bank Islam untuk permohonan PTPTN(terpaksalah pinjam) dan juga cop pengesahan.. Barang keperluan pun Naz tak settlekan lagi. Haha.

 Anyway, Naz nak ucapkan tahniah kepada kawan2 yang berjaya mendapat IPTA dan juga IPTS. Ingat, Belajar biarlah kerana Allah. Jangan leka dan sentiasa jaga batas pergaulan kita sebagai org Islam. Kepada kawan2 yg tak dapat. Jangan putus asa okay? Sayang korang.

XOXO
Publish

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!