Isnin, 28 April 2014

tentang insan baru(lagu untuknya)

Semalam dah luahkan perasaan... Lega yang teramat. Aku boleh teruskan hidup macam biasa. takda risau2. Tapi.. aku stalk2 dia. Hmm.. Cover photo fb letak gambar kekasih nya, wechat, dan juga whatsapp.
Aku tau aku siapa. Hanya BFF. HANYA KAWAN BIASA. Tiba-tiba saja hati ni mula rasa cemburu, serius, aku memang tak patut rasa macamni. Aku luahkan rasa cemburu aku dekat minah M. minah M saja yang faham perasaan aku. Yalah, situasi aku dan minah M lebih kurang jer...
Aku tiba-tiba capai pena, dan tulis sepatah kata, then dah jadi lirik lagu..
Better aku letak tajuk 'mengalah demi dia'. Mudah. sekelip mata jer, dengan perasaan aku skrg ni nak jer luahkan kat dia, tapi aku takut. Aku nynyi, dan sent kat minah M. 
lepastu dia tanya pasal lagu aku. :( malu.
takda guna pun. hmm. ni perasaan saja.


Mengalah Demi Dia

Siapalah aku untuk menjadi yang teristimewa
kau hanya mencintai dirinya..bukan aku
mungkin aku yang perasan hanya aku
yang suka pada dirimu
kau katakan kau suka aku
tapi lebih memilihnya

chorus
aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini

tiap hari kau luahkan
rasa sayang pada dirinya
sebaliknya aku menitiskan air mata kecewa

aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini
aku sanggup sabar menantimu
karna aku ikhlas mencintaimu
dalam doa ku sebut namamu
berharap kau untuk aku
aku mengalah demi kamu






#diadaptasi dari kisah kawan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!