Isnin lepas..(14/4/2014)
Naz semak di laman upu untuk course temuduga lah kan.. semak2..
Alhamdulillah.. dapat...
19/4/2014
Tarikh yang cukup mendebarkan untuk Naz..
Macam2 Naz fikir. Kena speak in English ker?? Camane temuduga nyer??
Then tomorrow, Saturday. I prepare myself..
Wearing Baju Kurung... Looks like "Gadis Melayu Terakhir" lah.. Uhuk2...
Bertolak dalam jam 7.10 macamtuh.. dah nak sampai kat bulatan shah alam tuh ha.. Dah traffic jam.
Sekejap jer, sebab ramai yang nak masuk Uitm..masing2 ade temuduga..
Dah masuk tuh... Kena daftar. Kat Uitm Shah Alam, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka.
Cari-carilah nama Naz kat Board tuh.. Terserempak dengan Fuji dan 2 kawan lain. Nama Naz yang ke 37 dalam Panel 2.. LEpas dah daftar tuh, Naz sebut nombor kedudukan nama Naz tadi kat Puan tuh..
Dia akan bagi 2 Borang.. Lepastu Naz pergi ambil nombor giliran 150... naik tingkat 4
MEMANG BOLEH KURUS SEBENARNYA.
Lepastu mulalah Ujian Melukis selama 1jam.. dari jam 8.45 yang Naz mula. Dia suruh lukis 3 benda sahaja..
Kerusi, Kain putih, dan kotak.
Inilah hasil lukisan Potret selama 1Jam. memang semua senyap jer. Naz jer yang banyak cakap. Haha
Ok. Done. Seterusnya ada sesi 2... Temuduga/Temubual. Memang semuanya muka ketat2. Naz yang kuat senyum sebab Nervous+excited. Hehe.. Naz usha2 lah sorang kawan nih. Muka dia lain sangat, nampak gementarnya. So Naz buat lawak. "Hey, macam nak ambil ujian darah jer kan?" .. Terus gelak sorang kawan nih...Yalah, Naz kan jenis periang. Apapun2. Naz akan tetap ceriakan suasana. Hehe..
Kalau kat UiTM Shah Alam. Kitorang masuk dalam satu dewan kot. Ada dibahagi kepada dua , banyaklah kerusi untuk diduduk.(Takkan Nak berdiri??). Semua tunggu giliran dorang.. Sebelah kiri ada panel A sampai E.. sebelah kanan ada Panel F sampai L. Naz dapat yang Panel H. Sorang Wanita,dan sorang Lelaki.
Turn Naz. Naz dari jauh dah senyum2 sebab dah tak sabar. Dalam kepala nak buat yg terbaik, confident dan makan!!! Lapar kot.. Jam 12.20 baru turn giliran Naz. Naz bagi salam dulu.. Tak lama pun interview. Duduk2 jer Panel yg laki tuh gelakkan Naz. Dia cakap "Dari jauh awak tersenyum-senyum ya."
Malu betul Naz. Haha.
Then depa tanya.
"Kamu anak keberapa?"
"Kakak dan abang sambung belajar di mana? Course apa?"
"Ayah lepasan Ijazah di mana?"
Ni dia soalan paling femes ditanya. Panel lelaki yang tanya kat Naz.
"Awak nk pilih bidang apa?"
"Saya pilih bidang grafik."
"Jelaskan pada kami kenapa kamu pilih Seni Grafik."
"Baiklah. Pertama, abah saya sangat-sangat menggalakkan saya untuk menceburi bidang Seni Grafik. Kedua, kelebihan saya dalam melukis memudahkan lagi untuk saya memperbaiki dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan seni. Bagi saya, grafik adalah seni yang meluas. Grafik merupakan komunikasi visual di mana sangat penting untuk designer menyampaikan mesej yang berkesan kpd masyarakat. Kerana masyarakat kini memerlukan konsep mesej yang mudah difahami hanya melalui komunikasi visual.
(Naz senyum pada depa berdua)
Depa berdua terkedu dengan apa yg Naz jelaskan. Tapi memang betul pun pendapat Naz mengenai Seni grafik. :D Then Panel tu kata "Wow, bagus-bagus. Kali pertama dengar jawapan macamni. Dia ni lecturer graphic design tau,(panel perempuan tu tunjuk kat panel lelaki tuh)
Terkejur beruk cik Naz. Maknanya, jawapan yang Naz bagi tuh betullah.. Lega rasanya.
sebab panel tuh angguk-anggukkan kepala jer sambil senyum.
Soalan terakhir paling femes gak ni.
"Kalau saya hantar awak kat UiTM sarawak?"
Lepastu Naz explain apa yg patut untuk meyakinkan..
Kira beruntunglah sebab Naz dapat panel yang ceria. Mudah dan cakap dalam bahasa Melayu sahaja. Haha. Depends, ada panel yang guna bahasa English atau campur.
Oklah, sampai sini jer citer NAz pasal temuduga AD. Panjang lebar, maaflah yer. ni pengalaman. Harap2 Naz dapat bidang ni. Doakan Naz yer.
XOXO
Publish. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!