Aku tak punya bakat yang bagus.
aku hanya tahu mencipta bait bait lagu, dan meluahkan rasa dalam lagu.
melihat program realiti seperti mentor, popstar, akademi fantasia. membuat aku rasa sedikit cemburu kerNa aku ingin melangkah ke sana. Untuk mengasah bakat, memahami dan mempelajari lagi tentang pembikinan lagu.
kedua orang tuaku kurang yakin dgn impian ku utk mnjadi seorang pnulis lagu atau penyanyi di luar sana. kerana bagi mereka, jgn tumpu pd satu impian sahaja. Jadi aku cuba pelbagaikan hobi aku seperti main gitar sehingga aku mampu hasilkan lagu ciptaan sendiri. Membuat manuskrip tntg kisah cintaku, masih belum siap lagi, belajar utk menjadi seorang penyampai radio Merufm di Meru, klang... dan melukis gambar potrer tntg apa aku rasa.
aku tahu, dunia hiburan ini bukan mudah, artis di luar sana jauh lebih berbakat drpd aku. Aku? Bukan ingin menjadi terkenal oleh semua, aku adalah gadis kecil yg biasa, ingin memperkenalkan luahan hati aku tntg kisah hidupku.
Idolaku dalam bidang nynyian adalah afgan dan dayang Nurfaizah... Idola muslimah yg aku amat kagumi pula adalah Heliza Helmi. Aku sdahpun bertemu dgn Heliza. Afgan dan Dayang Nurfaizah? Haha. belum dan mustahil aku mampu bertemu dgn mereka. Kenapa aku pilih afgan? kerana aku suka genre lagu yg dibawa olehnya. seolah olah tntg kisah hidup, balada.. Aku jarang bawa lagu yang rancak, kebiasaannya lagu sedih, slow... Aku tahu angan ini mustahil. Justeru, aku endah tak endah sahaja.
Namaku Nadhirah, dan impianku, ingin menjadi penulis lagu, malahan penyanyi yg membawa perbezaan drpd yg lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!