Jumaat, 24 Oktober 2014

cuti semester 1

Hai assalamualaikum semua!
Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan yang baik baik saja.
Oh ya, dikesempatan ini Naz ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada umat Islam dan sama-samalah kita usaha lagi untuk perbaiki kesilapan, kekurangan diri sebelum ini menjadi lebih baik.

Mengenai cuti semester yang sudahpun bermula...
Naz fikirkan yang Naz akan dapat kerja. Tapi....Toink...
Tade keje ... Kat meru ni memang payah sikit nak cari kerja sebab depa ni nak pekerja yang kerja pada jangka yang lama. Huuu.. sedih ..

Jadi. apa yang Naz nak buat ea selama sebulan lebih ni?TLDM?
No no no.. Tak.. Naz dalam proses belajar macam macam benda.
dan nak siapkan manuskrip Naz yang tertangguh untuk sekian lama. Aduh...
Entah bila lah siap. Sebab Naz tak curi masa pun untuk update manuskrip hasil tangan sendiri.
Itu juga salah satu impian Naz untuk hasilkan sebuah Novel mengenai kisah Naz dan arwah kekasih Naz.

Dan minggu lepas. Naz ada mencuba nasib kat Ujibakat Mentor Legend. Ella.
Tak terlintas di fikiran nak pergi ke sana tanpa berlatih apapun.
Abah hantar Naz sampai kat KTM Subang Jaya jer.
Lepastu dah sampai KL Sentral, kenalan Naz yang baik ni. Tawarkan diri untuk hantar dan teman Naz pergi ke ujibakat...dah sampai Sri pentas.. Sayangnya...
Dia tak boleh masuk sampai ke dalam. terpaksa tunggu kat luar. kesian..
Dari pagi sampai petang. Dia tunggu.
Dalam ujibakat tuh, Naz masuk kat saringan pertama. iaitu nyanyi depan kawan Ella yang memang tahu apa Ella inginkan. Okay, sebelum Naz nyanyi . Naz tanya abang tuh
"Boleh ke saya nyanyi lagu sendiri?". Dia kata boleh. YA Allah , rasa macam nak lompat jer sebab bukan senang orang nak dengar lagu Naz. Yelah, ujibakat kan.
Mana tau depa nak dengar lagu yang biasa didengar.
Lepastu Naz ceritakan pasal lagu kepergianmu berkait rapat dengan kisah cinta Naz di usia muda.
Sebelum bertemu Ella. Ada sorang abang yang baik ni temuramah Naz . Dia tanya, dan rakam juga apa yang Naz ceritakan.
Sebenarnya Naz rasa cukup sedih dan sebak sebab dapat nyanyikan lagu sendiri depan Ella, penyanyi tersohor di Malaysia ni. Ella peluk Naz. Dia faham apa yang Naz alami. Dan Naz tak kisah pun walaupun tak dapat mara ke seterusnya.
Sebab Naz dahagakan pengalaman. Sebab pengalaman mampu memberikan satu tujuan untuk Naz sentiasa berusaha mencapai impian Naz.
Impian Naz banyak sebenarnya. Tapi takkan lah nak capai kesemuanya sekaligus. Jadi, Naz perlu usaha satu persatu dengan senyuman yang manis dan ceria.

Dan..sejak kawan kawan tahu yang Naz ni masuk ujibakat Mentor, ada segelintir kawan yang tak puas hati dengan Naz ni berubah sikap. Diorang tiba tiba jadi baik sangat. Hmm. Malas nak fikir ke arah tak baik,. sebab Naz tak nak rosakkan pemikiran Naz ni. bersangka baik lebih elok. Bukannya Naz jadi artis pun. Naz hanya mencuba nasib dan mencari pengalaman saja kat sana. Bukannya nak kan populariti, perhatian . Naz tahu, Naz masih mentah dan walaupun sudah berusia 18 tahun, Naz akui bahawa Naz tidak cukup matang. Dan Naz sedang cuba bersikap matang dan lebih baik dari sebelumnya.

Haha, itu sahaja yang dapat Naz luahkan disini. Naz harap korang semua manfaatkan cuti semester kepada mereka yang bergelar pelajar universiti dengan baik. dan kepada adik adik yang masih sekolah. Jangan malas..... Belajar rajin rajin okay.

Assalamualaikum..
:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!