Bismillahirahmanirrahim.. Ku mulakan kisah hidupku ini dgn assalamualaikum.
Sudah lama aku tak memulakan cerita hidupku. Beberapa bulan ini. Pelbagai dugaan yg aku hadapi dengan tangisan.
Jujur. Aku menangis hampir setiap hari. Mata bengkak. Muka kemerahan.
Kenapa aku menangis?
kerana aku merasakan hanya dgn mengalirkan air mata keranaNya membuat aku bangkit kembali setelah meluahkan semua yg aku rasa.
izinkan aku memulakan satu kisah hidupku. Di mana aku takkan lupa sampai bila bila. Wajahnya seperti Rosyam Nor, punya tahi lalat di atas bibir di sblh kiri. Selalu senyum, selalu usik org. Dia adalah pak cik aku, Rozaimi namanya. Sejak aku dilahirkan, klu ada di Kedah. Dialah yg tlg mak aku, menjaga dan melayan kerenah ku semasa bayi. Paling lucu, dia letak aku kat atas perutnya, dan buat perut berombai, mcm main kete mainan yg gerak gerak uh. Hihi. masa aku tadika, pak cik yg hantar aku jalan kaki.. sebab dekat.. kadangkadang klu aku nangis, pak cik cium pipi aku(masa 5tahun),bawa aku ronda kat sawah padi naik motor... Bila aku meningkat dewasa.. pak cik bawa aku ronda area KL... bagi support kt aq masa aq perform lagu aq dpn org rmai... Bawa aq pegi makan... Dan klu gi rumah pak cik, pak cik masak mee goreng... sedap... sambal belacan buatan pak cik pun sedap... Inilah kenangan, detik yg aku takkan lupa selagi aku masih hidup..
Hari ini. 20/11/2014.Tepat jam 8.12pagi di Pantai medical centre.. Aku telah kehilangan seorang insan yg merupakan ahli keluargaku, pertalian darah antara kami semua. Seorang pak cik paling baik dan penuh dengan usikan manjanya. Allah lebih sygkan pak cik aku.
Kami tak sempat berada di sisinya saat arwah menghembuskan nafas terakhir.. tetapi aku bersyukur kerana semuanya dipermudahkan sepanjang arwah diuruskan... Tapi aku dan adik beradik aku tak melihat arwah dikebumikan. Ini kerana punya masalah kesesakan jalan raya di sekitar Pantai dalam. tak mengapa, asalkan semuanya telah diuruskan dgn sempurna.
Benar, aku cukup terpukul dengan kehilangannya. Tapi aku juga sedar, inilah takdir Allah. dan aku sedar, ajal yg sentiasa dekat. Kita tak boleh ramal dan jangkakan. Aku redha. Redha dengan kepergianmu, pak cik. Pak cik yg aku paling rapat, sayang, dan selalu menjadi penghibur untuk aku. Kasih sayang yg diberikan pak cik pada anak buahnya sama rata, tak berbelah bagi. Yang selalu usaha untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan kami..
Baru saja tadi aku baring di atas katil yg pena pak cik duduk. Aku menangis sepuas hati.. aku cium.. Mana mungkin aku mahu menangis didepan isterinya, juga mak cik aku. Kerana dia sudah cukup terpukul dgn semua ini. Aku juga bersyukur kerana Allah hadirkan seorang ibu saudara yg sgt baik kerana dialah yg menjaga pak cik sepanjang pak cik sakit dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yg ada disisi suami. Aku doakan supaya hidupnya sentiasa diberkati oleh Allah. Mak cik paling kuat aku pernah ada.
Akhir kata, aku hanya ingin katakan, selama kita hidup, fikirkanlah juga tntg kematian selalu. Tak beerti kita ini mengharapkan hendak mati tetapi melalui ingat kematian, kita pasti tak akan lupa. Bhawa kita hanyalah pinjaman di dunia semata mata.. Berbuatlah kebaikan dgn ikhlas... Hormat ibu bapa, org tua, jaga solat. Jaga hubungan sesama kawan. Insya Allah dipermudahkan..
Yg pergi takkan kembali.
Yg hidup teruskan kehidupan.
Niat kerana Allah.
"Ya Allah, matikanlah aku dalam iman.. "
Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!