Sebelum ini...
Aku dambakan cinta, kasih dan perhatian dari sang jejaka.untuk melengkapi hati ku yang kekosongan.
Kerana aku merasa kosong, sunyi. tanpa rasa cinta.kasih sayang.
Tetapi..aku seringkali dikecewakan..dipergunakan..dipermainkan perasaan sesuka hati.
Aku diamkan saja..kerana cuba memahami,hargai.pupuk kesabaran.
Tapi akhirnya aku yang selalu menangis.
Hairan sungguh, banyak kali aku bercinta, tapi masih tak ada sorang pun yang memberikan aku ketenangan, kebahagiaan yg aku impikan.
Allahuakbar. Astaghfirullahal azim..
Berdosanya aku... Aku pendosa.. Aku berbuat dosa.
kerana selama ini aku leka..
Aku lalai.. Aku tak taat pada Allah sepenuhnya.
Aku lalai dan leka dengan keduniaan.sehingga lupa mana satu, cinta yang aku patut dambakan.
Iaitu Allah, cinta yang satu dan kekal selamanya..
Aku silap. Sepanjang aku melalui kehidupanku,
aku sibuk mencari cinta manusia. dimana aku sukar untuk temui kebahagiaan dan kemanisan dalam percintaan.
Ya, aku akui semua itu.
Aku pernah menyentuh bukan mahram, salam kawan lelaki, bertepuk tepuk bahu.
Pada waktu itu, zaman silamku.Aku tak jaga batas pergaulan aku antara lelaki.
Allahuakbar, aku tak dapat bayangkan siksa di atas dosa yg aku lakukan sebelum ini.
Adakah Allah akan terima taubatku?
Jawapannya ya, taubat nasuha dan tak ulang lagi..
Kini... aku melakukan sesuatu.. aku belajar menjadi seorang wanita yang berahsia, banyak mendiamkan diri.. dan menjauhkan diri dari kawan.. terutamanya lelaki.
Selama ini aku memang banyak kawan lelaki, tapi sekarang, aku cuba hindarkan.
Boleh memang boleh, tapi batas aku kena jaga juga.
Risau aku leka, lalu aku buat dosa lagi..Aku tak mahu.
Alhamdulillah, hari demi hari.. selepas aku melakukan solat taubat....
Allah tunjukkan kemanisan dalam percintaan itu di depan mataku..
Kebahagiaan yang aku dambakan..
Sungguh aku menangis...Banyak kali menangis.sampai bengkak mata.
Korang nak tahu apa dia?
Aku nampak cinta sejati,tulus ikhlas antara mak dan abah aku...
Sebab..bila abah dalam kesusahan,bila abah bersikap negatif..
maklah yang menjadi positifnya, selalu sabar..kerana ikhlas sayang ..
Jujurlah,kitorang tak pernah langsung tangkap gambar satu famili. Yang lengkap.
Tak pernah sepanjang aku hidup ni..
Dan tahun ini, baru baru ini..
Akhirnya kami dapat bergambar, bergelak tawa sama-sama
keluarga yang lengkap.Alhamdulillah..
Inilah yang aku mahukan...
Cinta sesama keluarga.
Seterusnya... aku menyaksikan cinta sejati antara mak cik dan arwah pak cik aku.
Dimana, mak cik sabar..ikhlas..setia menjaga arwah pak cik aku sehingga saat akhirnya dia meninggalkan dunia ini..
Aku nampak depan mata, mereka saling berpandangan..dan arwah pak cik menatap wajah isterinya sedalam dalam, dan sepuasnya, kerana dia tahu, dia tak lama lagi di dunia ini.
Ya Allah,mereka saling mencintai.suami isteri yg bahagia.
Apakan daya, Allah lebih sayangkan arwah pak cik.
Mak cik pun redha dengan kepergian pak cik..dan aku lihat, mak cik lebih kuat dan tabah untuk teruskan kehidupan.
Apa aku mahu?
Apa aku nak untuk kebahagiaan aku sendiri?
sekarang, aku hanya mahu kebahagiaan keluarga..
Cintaku pada Allah..
perbaiki kekurangan dan kesilapan aku saat aku leka dengan dunia..
Cintaku pada Rasul..
imbas kembali kisah kisah Rasul..perngorbanannya...
Cintaku pada mak abah
Yang melahirkan,membesarkan, memberi nafkah untuk aku adik beradik..
Sanggup tak cukup makan supaya anaknya makan kenyang,belajar selesa..
Sanggup tak cukup pakaian asalkan anaknya pakai baju yang cantik, ikut trend orang kata
sanggup penat lelah untuk dapat duit lebih hasil kerja..supaya anaknya dapat beli apa yang dia nak.
Aku akan cuba, untuk tingkatkan lagi..
Cinta pada lelaki?
Belum tiba masa..Biarlah aku jadikan dia sebagai teman.
Aku tak perlukan lagi.
Dan aku harap hati aku dikunci rapat.
Dan dibuka untuk suamiku sahaja.
Amin.
Aku nak berjaya, ubah nasib.
Sama sama dengan kakak untuk bela adik adik bila kami dah berkerjaya..
Sama sama jaga mak abah hingga akhir hayat dengan tangan kami sendiri
Aku bersyukur.Allah bagi aku keluarga lengkap.
Ada mak,ada abah..abang,kakak dan adik.Semua lengkap.Aku bersyukur sangat.
Inilah hadiah, anugerah dan juga cahaya kecil yang selalu bersinar dalam hati aku.
Inilah kebahagiaan aku,kawan kawan.
Keluarga aku bukan orang senang.
Aku mencuba. dan cuba.kali ni
untuk buktikan.
Aku boleh berjaya dengan usahaku sendiri.
Ini azamku.
Kalau aku gagal sekalipun, tak bermakna aku gagal selamanya
Aku yakin, aku mampu berjaya
bermula dari kegagalan.
InshaaAllah. Permudahkanlah semuanya.Amin.
3D raft titanium | TITanium Arts
BalasPadam3D raft titanium. 2016 ford fusion energi titanium This is a true 3D platformer inspired by titanium nipple barbells the classic 3D engine found in 3D Realms. titanium mens wedding band This game uses 2D graphics with titanium powder an babyliss pro nano titanium flat iron engine