Khamis, 27 November 2014

kudrat Abah

Setiap orang ada kisah tersendiri...
Aku ingin ceritakan serba sedikit tentang kisahku.
Kisah seorang ayah yang paling terbaik 
Dia adalah ayahku. atau lebih manja
dipanggil ABAH.
orang utara kan.. :)

Dari zaman bujang...sehinggalah sudah berkahwin.
Abah tetap laksanakan tanggungjawab sebagai abang sulung, suami dan ayah kepada kami semua.
Tak dinafikan, abah selalu marah marah.. abah selalu membebel bila kami salah.
aku tahu, itulah tanda dia sayang pada kami.

Dulu abah pernah susah.. Jaga adik adik....
Tak cukup makan, tapi abah pastikan adik adik abah cukup makan.
Takpa, abah kuruih pun , abah dapat berdiri dengan megah untuk keluarga.
Dulu adik adik abah tak cukup duit nak belanja makan, 
takpa, abah hulurkan, melalui duit biasiswa yang abah ada..
Abah nak adik adik abah hidup selesa.
Arwah tok dan tok wan dah tua... duit pencen pun tak cukup...
Masing masing makin membesar..dah dewasa..
dan akhirnya berjaya bina keluarga sendiri ..bekerja..
jadi,kuranglah beban abah untuk jaga adik adik..

Di sini...abah selalu pesan...
"Dira kalau dah besaq nanti, abah harap hang boleh jaga adik adik dari bujang sampailah dah kawin. Abah tak mau keluarga pecah belah macam abah."

Aku kagum.pengorbanan abah..
Dulu masa kereta abah rosak...
Abah pulak kena buang kerja sebab syarikat muflis..
Kitorang hidup pindah randah..
Duduk Kedah selama dua tahun.... gaji pun rm600 nk tanggung 4 adik beradik masa tuh..
Akhirnya cukup duit, kami pindah duduk di Meru,Klang..
adik makin bertambah.
adik makin membsar.
Abaah keja sendiri..ambil upah repair komputer.. itu skill yang abah ada.
Pergi sekolah , repair komputer kat makmal sekolah..
Guru besar bagi penghargaan pada abah sebab abah sanggup berjaga pagi buta nak pastikan semuanya dalam keadaan baik..
Hantar aku pergi sekolah naik basikal.. Abah selalu bonceng aku..dan adik adik lain untuk ke sekolah.Cukup risau biarkan kami pergi sekolah jalan kaki..sebab kami anak perempuan, bahaya jalan kaki..

Alhamdulillah, Allah permurahkan rezeki kami, abah dapat kerja di sebuah kilang cat.. Bermula dari gji seribu lebih.. lepastu dapat beli kereta terpakai milik kawan karibnya.
Takpa, kami tak kisah.asalkan duduk dalam kereta.

Suatu hari, bajet lari. Duit kurang. Tanggung mak dan 6 anak masa tuh. Beras habis.. makanan kat dalam peti ais dah takda apa. Kami nak makan apa masa tuh? Duit dalam dompet ada seringgit.Abah tunjuk pada aku, 
"Tinggal ni ja, abah dapat beli roti untuk alas perut abah dan untuk Dira. Nanti nak pergi sekolah kan."
Takpa, aku tak kisah. Aku kuat.

Alhamdulillah,semakin bertambah rezeki, dapat adik baru.. adik ketujuh.. dan gaji abah dah naik dua ribu.. walaupun tak cukup.. tapi aku tahu, abah pandai uruskan kewangan.. pandai jimat.. sampaikan abah jaga pemakanan, makan sikit jer.. Pakai seluar sehelai sahaja untuk keluar dan untuk pakai pergi kerja. Kalau orang lain, mahu ada dua tiga pasang.
Hampir 10tahun. Abah aku, pakai seluar slack sehelai sahaja. Kami nak belikan,abah tolak sebab nak kami ada pakaian yang cukup.Ya Allah, aku kagum.kerana abah berkorban tenaga dan usaha untuk dapatkan rezeki halal.. sampai lupa akan dirinya ,keperluan dan kehendak dirinya.

Aku akui, aku selalu bergaduh dan berkasar dengan abah. Sebab aku tak faham abah, sebab jiwa aku memberontak.tapi Allah akhirnya tunjuk pada aku, sedarkan aku, tentang abah.
Aku salah. Sampai satu haritu,
aku pergi kat abah.masa abah demam.
Aku peluk abah, aku cium abah.aku minta maaf. aku menangis.
aku takut. Aku takut kalau Allah amik abah aku.
Aku merayu padaNya, supaya panjangkan umur kedua orang tuaku.
Alhamdulillah.. kini,kedua orang tua ku sihat sejahtera di sisi kami.

Bagi aku, bukan mudah jadi seorang ayah. abah tak pernah mengeluh ada anak ramai. Abah cakap, setiap anak adalah rezeki dari Allah. Abah ada amanah, tanggungjawab untuk jaga kami.
Kini aku sedar, abah sempurna untuk kami, walaupun abah garang.
Aku faham. Kini aku faham kenapa abah bersikap macamtu.
Aku sayang abah
Aku sayang mak
dunia akhirat.
Aku harap, aku dapat bawa mereka pergi haji.. 
Aku harap, aku sempat berikan segulung ijazah .
keputusan yang baik dan cemerlang untuk mereka.
kerana pengorbanan mereka cukup besar.
dan aku tak mampu balas balik .
aku hanya mampu balas dengan kejayaan, pelajaran. dan kasih sayang.

Ya Allah, panjangkanlah umur kedua orang tuaku.
Hingga akhir hayatku.
Berikan kesihatan tubuh badan kepada kami.
Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!