Dah lama Naz tak share segala cerita .. Sejak dah masuk alam lain. (universiti).So. bercakap tentang minggu destini siswa. Macam2 yang naz fikirkan semasa dalam perjalanan ke Uitm Lendu.
Mula2 daftar kolej(mcm asrama gitu) . Naz dapat kolej Tun Ali.. level 3.. paling atas.Satu bilik ada 3 katil. Kecil lah jugak.. Satu single bed, then double bed. Naz pilih katil yang atas jerlah..Roomate pun okay. Sorang budak Masscom dan sorang lagi Fine Arts.Penatlah jugak naik tangga bertingkat2 nih. Memang kurus jerlah.. Tapi takpa, itu belakang cerita. Uitm Lendu ni banyak keunikan dan misterinya.
PMDS kat sini pun okay2lah. Dorang garang mungkin sebab penat kot. Yerlah , tidur berapa jam je untuk pastikan aktiviti sepanjang MDS ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Yang Naz tak boleh lupa, ada sorang budak perempuan Masscom berkebolehan untuk buat Beatbox. Dia lawan dengan Abg Haziq xsilap Naz. Memang berbakat.
Kebanyakan siswa siswi baru di uitm lendu ni berbakat besar dalam diri dorang. Dan ramai yang menonjolkan diri nampaknya. Haha. Ops. Sepanjang MDS, rasa ngantuk memanjang sebab ade banyak taklimat dan pendedahan yang senior2 dan juga pihak terlibat nak terangkan kepada kitorang. Yelah, Kalau tak. Mau taknya kitorang ni tak setelkan macam2 hal seperti PTPTN, student portal dan lain2.
Seminggu disediakan makan percuma. Depa sediakan.. Lepastu ada pendaftaran akademik kat fakulti masing-masing. Sepanjang MDS, kitorang memang banyak berjalan kaki. Hampir satu Uitm Lendu kitorang berjalan. Lagi2 masa Campus Tour tuh. Sangat penting untuk kitorang sebab lepasni, lepas habis MDS kitorang kena buat sendiri. Yes, berdikari.
Inilah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka(FSSR) di Uitm Lendu. :D nampak macam lama tapi sebenarnya banyak menarik kat dalamnya. Hehe.
Time ni kat galeri seni FSSR. Macam2 karya dari student sini hasilkan diletak kat keliling dinding.
Inilah Perpustakaan Uitm Lendu.. Naz selalu pergi sini untuk rasa aircond (acah2 jer) dan tumpang wifi kalau nak search pape.
Ha.. Yang ni Naz tak dapat lupa. Masa kitorang naik Jambatan "Gantung" ni. dahla ramai yang lalu, lepastu jambatannye goyang2. Naik muntah Naz dibuatnya. Pening kot... Tapi inilah jalan shorcut juga nak pergi ke FSSR...
Ini.. entahlah, nak cakap apa sih. Sepanjang dalam dewan Taming Sari
Apa yang Naz nak simpulkan sepanjang menghadapi hari2 MDS ni. Naz faham betapa penatnya kakak2 dan abang2 PM nak uruskan student baru.. So Naz harap kepada anda, yang menerima tawaran sambung belajar,yg ada minggu orientasi. sila hormat PM korang, hargai pengorbanan masa dan penat lelah dorang untuk kita. Seterusnya, Tanpa PM ataupun mereka yang terlibat untuk uruskan minggu orientasi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang berada di universiti, segala urusan yang kena selesaikan, tempat2 yang kita tak tahu, Yelah, budak baru lagi kan. Dan tanpa mereka, mungkin kita terkial2 nak mencari tempat, setelkan urusan dan lain2. :)
Nikmati MDS dengan senyuman dan juga nawaitu kena betul bila dah menjejak kaki ke Universiti
assalamualaikum.
XOXO
Publish
Hai kak... Nak tanya. Dalam bilik tidur ada toilet x? Or kena keluar bilik cari toilet?
BalasPadam