Selasa, 31 Disember 2013

Pengorbanan Abah

                                          Semua orang ada ayah/abah/baba/papa kan?
Ya. Semua orang ada seorang bapa. Tapi ada yang masih mempunyai kehadiran seorang bapa, dan ada yang kehilangan bapa untuk selamanya. Mereka yang masih ada bapa , hargailah sebaik mungkin.

Admin nak share sikit. dan pesan sikit. kepada mereka yang mempunyai hubungan yang tidak erat antara bapa.
  Setiap lelaki yang bergelar suami sudah tentu teruja untuk bergelar seorang bapa/ayah kepada anaknya. Ya. Malah, tanggungjawab mereka akan lebih besar dan mencabar dalam mendidik, memberi kasih sayang dan membesarkan anak2 mereka. Subhanallah. Hebat kan?
  Lebih-lebih lagi, mereka sanggup bekerja sampai penat. Nak kumpul duit banyak2 untuk memastikan anak2 mereka hidup selesa. Jauh lebih selesa daripada mereka ada. Contohnya, macam kisah admin ni. Dulu masa zaman admin hidup susah. Abah admin sanggup tak makan sebab admin lapar sangat nak makan roti Gardenia. Dan itu adalah makanan terakhir yang abah dapat beli sebab ada duit saku Rm1 jer.
   Lepastu abah terpaksa tebal muka pergi pinjam duit kat kawan dia. Ya Allah, admin rasa sangat2 bersalah sebab banyak susahkan abah admin. Tapi abah cakap, "biar anak2 abah cukup makan. Abah kuat lagi."
   Bagi admin. Walaupun abah admin tu garang,seorang yang perengus. Adakalanya abah admin ni baik. lemah lembut dengan kami semua. Kadang-kadang cara abah tegur admin agak tinggi suaranya. Tapi alah bisa tegal biasa. Sebab admin dah biasa dengan cara abah tegur.
   Korang pulak? Mesti ada bapa yang jenis sporting.. atau ego tinggi tapi tetap sayang.. atau ada bapa yang tak pedulikan anaknya. Uish. Mustahil seorang bapa tak sayang anak2 mereka. Mesti sayang. Cuma cara mereka 'menonjolkan' kasih sayang mereka ada yang berbeza.
  Sebagai anak,. kita tak boleh derhaka, kita wajib patuh ,taat pada ibu bapa selagi tak melanggar perintah Allah. Baik buruk pun sikap bapa kita, mereka tetap BAPA/AYAH/ABAH(dan lain2 panggilan . hoho)
  Yelar. Kadang2 admin pun tak tahan, admin menjawablah. tinggikan suara lah. Tapi cara admin salah. Admin pun minta maaf.. Korang? Kalau ada buat salah, cepat2 minta maaf.
   Ingat. Tanpa mereka,tak wujudlah kita. Tak dapatlah kita lihat dunia. Ya, pengorbanan seorang ibu lagi besar. Tapi bapa pun BESO jugak. Bagi kita cukup makan, senang belajar, selesa tinggal kat rumah. Hargailah mereka selagi mereka masih ada ya?

#Dah2. Karangan admin sampai esok pun tak habis. Haha. Tata ucu

Jumaat, 13 Disember 2013

Awet Muda macam..ehem2. hehe

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Jom Berdoa

Sahabatku, 

aminkan doa ini memohon pd Allah agar
di beri cahaya dalam hati & hidup kita.

"Allahuma j’al
li nuran fii qalbi, wa nuran fi qabri, wa nuran bayna
yadayya, wa nuran fi khalfi, wa nuran ‘ an yamini, wa
nuran ‘an syimali, wa nuran min fawqi, wa nuran min
tahti, wa nuran fi sam’i, wa nuran fi bashari, wa nuran fi lahmi, wa nujran fi dami, wa nuran , fi’izhami.
Allahummazh zhimu li nuran, wa a’thini nuran, waj’al
li nuran wa zidni nuran, wa zidni nuran, wa zidni
nuran.”

Ya Allah jadikan lah cahaya di hatiku, cahaya
di kuburku, cahaya di hadapanku, cahaya
dibelakangku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada
penglihatanku, cahaya di rambutku, cahaya di
darahku, cahaya pada tulang-tulangku . Ya
Tuhanku, besarkanlah bagiku cahaya dan
berikanlah bagiku cahaya dan jadikanlah padaku
cahaya , tambahkanlah padaku cahaya, tambahkanlah padaku cahaya.”