assalamualaikum.
sepanjang kehidupan ku ini. aku tidak pernah merasakan kehidupan yg lebih baik dari sebelumnya. apakah itu?
ia adalah tentang kebahagiaan.
kebahagiaan dalam mencari cinta Allah.
dan juga, kebahagiaan keluarga ku sendiri.
apa yang aku tidak pernah alami, aku sudah pun mengalami pada tahun ini. Rasa seakan bgai hari ini aku akan mati dengan senyuman.kerana mampu mencapai banyak impian yang mustahil pada tahun ini.
Cinta pada insan lain? hmmm.. itu aku dah tak mampu nak katakan. kerana aku sudahpun muhasabah dan berfkir panjang setelah ibuku memberi pesan pada aku supaya menjaga batas antara lelaki.
ada yg pernah bertanya, apa ciri2 yg aku inginkan. ciri2 yg mustahil. sebab aku tak jumpa. aku inginkan lelaki yang pandai mengaji, rajin walaupun dlm kesibukan. menghiburkan aku dgn alunan zikrullah, kalau nak marah aku pun berzikir. ini yg si dia yg dh tiada yg selalu buat pada aku. Mana mungkin aku mudah lupakan dia. Bersikap matang dalam semua hal, kerana dari situ aku mampu lihat dia tetap tenang mengatasi masalah. Yg paling penting budi bahasanya. menegur kesilapan atau kekurangan dgn nada yg cukup baik. Hormat ibu bapa nya,
ibu bapa ku. semestinya berani dan jujur jika ingin serius dgnku. Ya, ingin hubungan yg serius, bukan saja-saja.
Aku sedar, jika aku menginginkan ciri2 seperti itu, maka akulah yang harus mulakan. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Aku cuba dan terus mencuba. :)
Aku masih lemah dlm mencari cinta Allah. Teringat pula kata2 sorg kawan. perkukuhkan cinta Allah, jika bersedia baru cari cinta manusia.
Ya Allah, pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik, ciri-ciri yang aku impikan sepertimana diri aku sendiri yang harus mulakan, jika aku ingin yang terbaik. Amin Ya Rabbal alamin.