Khamis, 10 Julai 2014

Cabaran sebagai seorang pelajar

Assalamualaikum.

Sebelum ku melangkah ke universiti
Aku membayangkan, 
adakah aku mampu untuk harungi langkah yang seterusnya?
Dan meneruskan kewajipan ku sebagai hamba Allah
untuk menimba ilmu.
Jawapannya masih di tengah-tengah.
Masih tertanya-tanya.
Kerana aku masih buntu dengan langkah ku sendiri.

Setelah aku menjejakkan kaki ke universiti.
Suasana berubah.
Perasaan teruja bercampur sedih
kerana aku jauh dari mak abah, adik beradik
dan juga kawan kawan baikku.

Kini, aku bergelar mahasiswi. 
Seorang pelajar di Uitm Lendu.
Di bawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Jurusan Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital.
Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya sehingga aku berjaya mencapainya.

Satu demi satu cabaran aku harus tempuhi.
Dan yang paling aku suka adalah mengenali kawan baru. 
Sebab aku seorang yang peramah dan manja dengan semua
Tapi tak semua suka mungkin dengan sikapku ini.
Cabaran seterusnya adalah bagaimana aku harus bijak mengurus kewangan ataupun bajet
sepanjang aku berada di universiti.
Jujur, aku agak boros dan cuai ketika itu.
Tapi tak apa, aku belajar dari kesilapan. Dan takkan ulang lagi.
Kemudian, cabaran seterusnya adalah,
bagaimana aku perlu kuatkan pemikiran dan semangat aku untuk teruskan bidang ini.
Memang mencabar dan cukup stres untuk aku.
Sebab banyak assignment, masa yang kurang cukup.
Oh ya, Aku juga perlu bijak uruskan masa belajar dan rehat aku.
Masih perlu diperbaiki...

Dengan sakit yang aku ada. Menyukarkan aku untuk bergerak aktif ke sana sini.
Kerap sakit belakang, solat pun hanya mampu solat duduk.
Kalau teruk ,aku makan ubat tahan sakit.
Aku tahu, Allah uji aku sebab aku kuat, jadi, untuk apa aku rasa lemah dengan semua ini?
Dah beberapa kali aku terpaksa MC, tidak hadir ke kelas dek sakit yang aku alami ini.
Aku harap aku tak menyusahkan sesiapa pun.
Aku harap aku kuat dan selalu sihat.
Aku juga harap aku sembuh dari penyakit ini.

Mak dan abah berharap pada aku, sebagai ketua/ kakak dan juga anak yang boleh dicontohi untuk adik-adik kelak, untuk masyarakat . Aku bukan dari keluarga yang senang. Adik beradik ramai, 7 orang. Kasihan abahku, menggunakan sepenuh tenaga dan kudrat untuk tanggung mak dan 6 adik beradikku yang lain. Semua masih mentah dan kecik lagi, masih bergantung pada abah. Aku tahu, ini adalah tanggungjawab seorang suami dan ayah untuk menjadi ketua keluarga.
Abah dan mak semakin tua. Masih bertenaga menjaga kami semua. Sekarang bergantung pada kami anak beranak untuk belajar betul2. 
Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dan menggunakannya sebaik mungkin. Dapatkan kerja yang bagus, bolehlah bantu mak abah pula. 

Aku tahu, setiap ibu bapa tidak mahu balasan atau ganjaran dari anak mereka. Mereka ingin melihat kami, anak mereka, menjadi anak yang berjaya dalam menuntut ilmu dan kehidupan.

Mak, abah. Mungkin aku ini banyak menyusahkan . Dengan sakit yang aku selalu dapat. Ini takdir dan cabaran hidup aku, aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesempatan dan peluang untuk teruskan kehidupan. Aku harap, mak dan abah dapat lihat depan mata, kejayaaan yang aku sedang usahakan selama ini. Dan juga ingin tunaikan impian mak abah, melihat aku berjaya dalam pelajaran.

:)


Rabu, 2 Julai 2014

Yang terpenting untukku

Yang terpenting untukku

Duhai hati aku merasa sesuatu
Tentang dia yang selalu mendampingiku
Yang selalu melindungi aku
Aku sedar siapaku pada dirinya
Aku harap semua ini hanya permainan perasaan
kerana ku takut jatuh cinta


Aku perlukan dirinya
Aku ingin dia selalu
Memberi sebuah senyuman
Untuk diriku
Aku sayangkan dirinya
Aku selalu merindukan dia
Kerana dia…yang terpenting untukku..

   Duhai hati kuatkanlah hatiku ini
   Tuk harungi semua ini jika
   Dia tak selalu..ada..disisiku
   Aku tahu dia ingin aku berubah
   Menjadi wanita yang terhebat

   Aku berjanji untuk dia

* Lagu ini yang aku ciptakan khas untuk insan yang aku jadikan penting dalam hidup aku. Kerana dia menghargai dan memahami isi hati aku, dan aku sayang dia. 
Sejak aku masuk uitm lendu nih. jarang pula aku menghasilkan lagu terbaru. Tapi setelah mengenali dia, aku tiba-tiba mampu untuk hasilkan.

Senyuman dia mampu membuat aku berhenti bersedih. Aku tahu, dia agak kasar ,tapi aku dah biasa dengan kelakuan dia. Itu cara dia. Aku tiada hak untuk menghalang dia dan paksa dia untuk berubah menjadi lelaki, kawan yang berbudi bahasa.. Aku takkan putus berdoa untuk dia. :)

Memang aku sedar, aku ada banyak kawan lelaki berbanding perempuan . sebenarnya,semua yang mengenali aku dan aku kenal adalah kawan aku dunia akhirat tetapi tak semua faham apa yang aku anggap pada mereka. Mungkin mereka takkan suka or menyampah bila aku cakap aku sayang semua kawan aku. Tapi inilah diri aku, menyayangi semua orang terutamanya Zek. Aku sayang semua kawan.

Hinggakan hujung nyawa aku, aku takkan lupa mereka. kerana mereka juga terlibat dalammemberi semangat untuk aku teruskan kehidupan tanpa rasa putus asa. Aku akan cuba.

yang terpenting untukku, salah satu daripada sejuta kawan yang ku punya.,

Selasa, 1 Julai 2014

Impian setinggi bintang

Aku sedar, impian untuk mencapai semua ini bukan mudah.
Aku bukan dari keluarga yang senang. Aku bukan mengeluh dengan apa yang aku ada.
Sebaliknya aku bersyukur kerana aku mempunyai keluarga yang lengkap.
Aku bersyukur kerana kedua orang tua aku masih ada.. Dan aku selalu berdoa, supaya mereka dipanjangkan umur. Amin...

Impian....
Aku ingin menjadi pereka fesyen muslimah,mereka pakaian yang menutup aurat, simple dan selesa dipakai walau ketika panas dan sejuk. Aku sedar, banyak saingan dan rekaan yang tercantik ada kat dunia nih. Namun aku ingin cuba untuk martabatkan itu semua, dan sebagai rakyat Malaysia. kebanggaan islam dan malaysia.

Aku ingin menghantar mak dan abah pergi menunaikan haji. Melihat kedua orang tua aku pergi ke tanah suci itu.. Biarlah mendahulukan mereka, bukan aku. Mungkin aku akan berkongsi duit dengan kakak aku, untuk sama2 mengumpul duit tabung haji.. Ya, lebih membahagiakan apabila melihat hasrat mak abah pergi menunaikan haji.. Itu paling penting, kalau aku kaya, memang satu keluarga aku bawa. Tapi, lebih baik mendahulukan mak abah. Mak, dira tak berani janji, tapi, ini lah impian dira sejak sekolah rendah lagi. Suatu hari nanti, dira dan kakak, adik2 bantu mak abah untuk menunaikan haji. Kalau ada rezeki, sama2 satu keluarga kita pergi.

Aku ingin hidup bahagia bersama dengan kawan-kawan yang aku kenal. Melalui itu, aku cuba menjadi kawan yang terbaik, sanggup bersusah payah untuk mereka selagi mampu.. Mungkin ada sesetengah akan menyampah,geli atau kurang suka dengan sikap aku yang selalu berkata selamba "sayang awak" kat semua kawan samada lelaki atau perempuan. Tapi, aku harap mereka sedar dan faham, baahawa mereka semua sebahagian dalam hidup aku. Aku bukan nak batak, tapi memang aku dah set in mind macamtuh.

Aku ingin mendaftar sebagai penderma organ, tapi aku tau, mak abah takkan restu dan tak izinkan. sebab sanggup berkorban untuk orang lain. Ini mustahil. Ibu bapa mana tak setuju bila anaknya nak pertaruhkan nyawa untuk orang yang tak dikenali, atau orang yang takda kaitan. Salahkah? Hmmm. Mustahil untuk dicapai.Aku harap, bila aku meninggal, salah satu organ aku mampu membantu orang yang memerlukan untuk teruskan hidup dan beribadat kepada Allah SWT.

Aku ingin menjadi wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan .Dugaan yang datang pada aku bukannya tentang aku seorang yang bernasib malang. tetapi, bagi aku, dugaan yang Allah bagi bertimpa-timpa dan tak henti-henti pada aku adalah kerana Allah sayangkan aku, dan Allah nak aku jadi KUAT., ya, Allah yakin aku kuat. Oleh itu, Aku akan berusaha untuk tabahkan hati,minda dan jiwa aku , untuk kuat kerana ALLAH. Amin...

Sekiranya ditetapkan aku yang pergi dulu... sekiranya aku boleh memohon kepadaNya, aku ingin mati syahid.... atau meninggal di sisi mak dan abah.... yang melahirkan aku, dan membesarkan aku. Ingin ucapkan jutaan terima kasih pada mereka, ingin katakan bahawa aku terlalu mencintai kedua orang tua aku.Siapalah aku untuk meminta semua itu,  mampu mengucap kalimah Allah. mampu mengucap di saat sakaratul maut mencabut nyawa...Aku takut pada ALlah. Aku takut. MAti itu selalu mendekati aku, tunggu masa dan saat untuk ia terjadi.  moga dipermudahkan. Amin..

Hmm.. mengenai cinta. Aku tak yakin aku mampu jumpa ke tidak cinta sejati. cinta sebenar2nya.
Lelaki idaman.. Hmm..kalau inginkan yang terbaik maka perlu perbaiki diri ini dulu. Sebab itu aku cuba untuk berubah, berubah kerana Allah dan untuk kebaikan diri sendiri. Mungkin agak susah, kerana aku dulu agak sosial dan sekejap bukak tutup aurat. tapi alhamdulillah, berkat bantuan rakan2 dalam memberi semangat pada aku untuk berdiri teguh dan berubah ke jalan yang benar,aku cuba. :)

Aku inginkan lelaki yang baik.. memahami aku.. hargai perasaan aku,...kawan aku jaid kawan dia, kawan dia jadi kawan aku,hormat orang tua , berbudi bahasa tak kira dengan sesiapapun, gentleman, kalau tegur salah aku pun takkan tinggikan suara tapi dia gunakan dengan manja ke apa(berangan kejap.hahaha) , tak pandang harta, kalau betul2 cintakan aku dia akan serius dan niatkan untuk jadikan aku yang halal untuknya dan aku juga akan buat macamtu. Tapi mesti jumpa mak abah kalau nak jadikan aku zaujah dia. aku ni orang susah, adk beradik ramai dan aku ada banyak tanggunjawab untuk keluarga aku. Aku harap dia akan faham keadaan keluarga aku. kalau tahu kelemahan aku, dia takkan persendakan malah cuba untuk menjadi kekuatan di sebalik kelemahan aku. Ya, aku ada banyak kelemahan . Macam budak kecik, aku cuba untuk ubah tapi masih tak biasa lagi. Sangat banyak, aku takot gelap, aku takot n alah kucing, ada asma, mudah sakit, makan ada pantang larang, tak boleh kesejukan dan kepanasan. tak boleh kepenatan, tak boleh nampak benda seram dll.

Sebenarnya, ini yang selalu aku mohon pada ALlah supaya dimakbulkan.
Tapi in shaa ALlah aku usaha sebaik mungkin dan yang aku mampu untuk laksanakan
Allah sebaik-baik perancang di dunia dan akhirat.
Aku redha.
Aku pasrah dan cuba untuk tempuh semua ini.
Aku perlukan ALlah,keluarga dan rakan2 yang memahami aku untuk bantu aku harungi kehidupan aku.
Aku hidup sementara.
Aku hanya pinjaman
Tidak lama lagi aku akan dikembalikan, tunggu masa.
Namun aku cuba, untuk topup amal ibadat. In shaa Allah.,
mencuba untuk jadi muslimah dan anak yang solehah.
Amin...