Khamis, 10 Julai 2014

Cabaran sebagai seorang pelajar

Assalamualaikum.

Sebelum ku melangkah ke universiti
Aku membayangkan, 
adakah aku mampu untuk harungi langkah yang seterusnya?
Dan meneruskan kewajipan ku sebagai hamba Allah
untuk menimba ilmu.
Jawapannya masih di tengah-tengah.
Masih tertanya-tanya.
Kerana aku masih buntu dengan langkah ku sendiri.

Setelah aku menjejakkan kaki ke universiti.
Suasana berubah.
Perasaan teruja bercampur sedih
kerana aku jauh dari mak abah, adik beradik
dan juga kawan kawan baikku.

Kini, aku bergelar mahasiswi. 
Seorang pelajar di Uitm Lendu.
Di bawah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.
Jurusan Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital.
Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya sehingga aku berjaya mencapainya.

Satu demi satu cabaran aku harus tempuhi.
Dan yang paling aku suka adalah mengenali kawan baru. 
Sebab aku seorang yang peramah dan manja dengan semua
Tapi tak semua suka mungkin dengan sikapku ini.
Cabaran seterusnya adalah bagaimana aku harus bijak mengurus kewangan ataupun bajet
sepanjang aku berada di universiti.
Jujur, aku agak boros dan cuai ketika itu.
Tapi tak apa, aku belajar dari kesilapan. Dan takkan ulang lagi.
Kemudian, cabaran seterusnya adalah,
bagaimana aku perlu kuatkan pemikiran dan semangat aku untuk teruskan bidang ini.
Memang mencabar dan cukup stres untuk aku.
Sebab banyak assignment, masa yang kurang cukup.
Oh ya, Aku juga perlu bijak uruskan masa belajar dan rehat aku.
Masih perlu diperbaiki...

Dengan sakit yang aku ada. Menyukarkan aku untuk bergerak aktif ke sana sini.
Kerap sakit belakang, solat pun hanya mampu solat duduk.
Kalau teruk ,aku makan ubat tahan sakit.
Aku tahu, Allah uji aku sebab aku kuat, jadi, untuk apa aku rasa lemah dengan semua ini?
Dah beberapa kali aku terpaksa MC, tidak hadir ke kelas dek sakit yang aku alami ini.
Aku harap aku tak menyusahkan sesiapa pun.
Aku harap aku kuat dan selalu sihat.
Aku juga harap aku sembuh dari penyakit ini.

Mak dan abah berharap pada aku, sebagai ketua/ kakak dan juga anak yang boleh dicontohi untuk adik-adik kelak, untuk masyarakat . Aku bukan dari keluarga yang senang. Adik beradik ramai, 7 orang. Kasihan abahku, menggunakan sepenuh tenaga dan kudrat untuk tanggung mak dan 6 adik beradikku yang lain. Semua masih mentah dan kecik lagi, masih bergantung pada abah. Aku tahu, ini adalah tanggungjawab seorang suami dan ayah untuk menjadi ketua keluarga.
Abah dan mak semakin tua. Masih bertenaga menjaga kami semua. Sekarang bergantung pada kami anak beranak untuk belajar betul2. 
Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dan menggunakannya sebaik mungkin. Dapatkan kerja yang bagus, bolehlah bantu mak abah pula. 

Aku tahu, setiap ibu bapa tidak mahu balasan atau ganjaran dari anak mereka. Mereka ingin melihat kami, anak mereka, menjadi anak yang berjaya dalam menuntut ilmu dan kehidupan.

Mak, abah. Mungkin aku ini banyak menyusahkan . Dengan sakit yang aku selalu dapat. Ini takdir dan cabaran hidup aku, aku bersyukur kerana Tuhan masih memberi kesempatan dan peluang untuk teruskan kehidupan. Aku harap, mak dan abah dapat lihat depan mata, kejayaaan yang aku sedang usahakan selama ini. Dan juga ingin tunaikan impian mak abah, melihat aku berjaya dalam pelajaran.

:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!