Khamis, 7 Ogos 2014

Cinta Jannah

Di usia yang cukup muda ini, aku mendambakan sebuah perasaan yang membuat diri ini bahagia.
Tapi, aku pernah juga terfikir. Adakah perasaan ini benar? ataupun tidak?
Jantung berdegup kencang, kadang-kadang rasa takut dan tak sanggup kehilangan seseorang yang kita cinta.
Kerana sayang, kita cuba pertahankan sesuatu hubungan supaya ianya kekal.
Mungkin hingga disatukan. 
Persoalannya, sejauh mana kita mampu pertahankan?

Aku masih muda, masih mentah dan masih belum faham apa itu cinta sesama manusia yang sebenarnya. Cinta pada seorang insan  semestinya menjadi yang terhalal untuk aku. Itu yang aku impikan.
Jodoh itu rahsia Allah. Aku cemburu, melihat mereka di luar sana yang seusia denganku, 
sudah bernikah dan bahagia. Aku juga terfikir, kenapa banyak ibu bapa di luar sana yang tidak suka anak-anak mereka kahwin di usia muda. Rasanya, mungkin risau dari segi kewangan, nak bagi makan apa kat isteri sebab sedang sambung belajar. Tetapi bagi aku tidak salah. Kalau ingin bernikah di usia muda.
Kerana ianya halal dan tidak salah. Cuma dari segi tanggungjawab dan amanah untuk memikul itu semua. Bergantung pada pasangan. Sukar untuk mencari lelaki yang betul-betul ikhlas dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Aku bukannya berangan, atau terdesak. Tetapi, kalau sudah jatuh cinta. Suka sama suka, tetapi selalu bermanja-manja di Whatsapp, atau mana-mana laman sosial, berdepan , sms. Aku merasakan aku melakukan sesuatu yang salah. Ya, aku rasa ianya salah dan Allah tidak suka. Risau melampaui batas. Maklumlah, dah dilamun cinta. I Love U, Mmmmuuahh  dan kata-kata sayang yang lain mampu membuat mereka leka dan lalai. Khuatir juga boleh cinta lebih dari Allah.

Aku takut, apabila aku jatuh cinta dan meluahkannya pada dia. dan dia juga suka pada aku, 
aku mudah leka dan ibarat dalam hati ada taman.
Tidak. aku tidak mahu situasi sebegini. Aku ingin cinta menuju ke Jannah., bukan ke neraka.
Aku sedar bahawa diri aku tak sempurna dan aku masih lemah dalam hal agama. Ilmu ku cetek. Aku usaha untuk memperoleh ilmu sebanyak mungkin, menjadi muslimah yang terbaik Semestinya anak yang solehah untuk mak dan abah. AKu akui, aku belum sebagus itu.

Adakah si dia akan menerima kekurangan aku, kelemahan yang ada dalam diri aku? Aku cuba untuk memperbaiki diri aku agar aku dapat yang baik. Aku takut akan lelaki yang panas baran. Risau pula di masa depan dia boleh memukul aku. Tak mengapa . 

Yang pasti, aku mengharapkan suatu hari nanti , aku menemui cinta, jodoh dan insan yang membawa aku ke Jannah. Ya, sama-sama ke Jannah . Bimbing aku menjadi manusia yang berguna.
Dan mencintai kekurangan aku, aku, kerana Allah. Bukan kerana nafsu dan paras rupa ku.
Amin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!