Membimbing aku yang lemah, membantu aku yang ketakutan. Apa yang dia selalu ingatkan, takut kepada Allah sahaja. Bukan takut pada semua benda. Sayangnya, dia meninggal kerana melindungi aku daripada tercedera. Dia yang cedera, sepatutnya aku. Aku yang leka melintas, tak pandang kanan kiri sehingga dia yang menolak aku ke tepi. Aku terkejut. Dan tak sangka, semua ini berlaku dengan cepat.
Parents dia, pada mulanya agak terkilan dan seperti hendak membenci aku. Tapi lama kelamaan mereka mampu menerima takdir bahawa anaknya sudah tiada. Aku selalu menyalahkan diri aku kerana leka, lalai . Ya, selalu menyalahkan diri sendiri. Satu gambar pun aku tak ada. Hanya dalam mimpi aku je aku mampu ingat wajah dia. Hanya dalam mimpi. Kenangan yang aku ada di tangan aku hanyalah lirik lagu yang ketika itu tidak lengkap untuk dirinya. Dia support aku dalam bidang penulisan, dia sokong aku untuk mencipta lagu. Tapi aku masih lemah dan kurang tahu bagaimana untuk melakukannya.
"Dira, boleh tak ciptakan lagu untuk Asmir.Kalau Allah ambil Asmir dulu nanti, risau pulak Dira terlalu sedih nanti." bait ayat yang dia kata padaku. Dan aku menjawab,
"Eh mana ada. Dira tak kuat nangis macam dulu lah. Dira boleh buat tapi Asmir kena janji , duduk sebelah Dira, sampai Dira siapkan lirik."
Itu sahaja yang aku ada. Lirik yang tak lengkap, Bila waktu itu sudah tiba, dan aku macam ornag tak tentu arah . Menangis memanjang, macam lupa yang aku hanya ada Allah. Sampailah satu ketika itu, abah aku hadiahkan gitar sempena keputusan peperiksaan yang cukup baik.
Masih tak tahu lagi macamana nak main gitar. Aku pun cubalah untuk beljaar sendiri melalui google dan youtube sahaja. Kalau melalui orang,kawan nanti kena bayar. Habislah duit aku nanti. Jadi aku cuba untuk usaha sendiri belajar semua itu. Akhirnya, aku berjaya. Sebelum SPM, aku lengkapkan lirik yang tertangguh selama 2tahun. Bukan senang untuk menulis lagu kerana ingin menyampaikan maksud yang mendalam pada orang. Dan mungkin tak semua akan mendalaminya. Kebetulan, kawan baik aku juga telah kehilangan kekasih hati pada waktu kami semua sedang menjalani peperiksaan SPM. Aku cukup kesiankan dia, dan aku juga terkenangkan apa yang aku rasa saat arwah Asmir meninggalkan aku untuk selamanya. Biasalah, cinta budak mentah mungkin.
Aku persembahkan lagu itu pada semua orang di atas pentas. Sebak rasanya, aku membayangkan seolah-olah dia masih hidup. Dia dah meninggal. Dia dah meninggal. :'( Aku nyanyi sepenuh hati bersama air mata aku. Mengharapkan dia ada di depan mata, kerana aku dah berjanji pada dia, aku akan persembahkan lagu ini pada dia. Dia dah tiada, macamana aku nak persembahkan? Sampai satu hari itu, aku bermimpi. Dia pakai jubah, dia pegang tasbih dan al-Quran. Pesan pada aku supaya menjaga batas, menjaga keluarga lebih daripada orang lain. Aku tak berhenti menangis.
2014.
aku sangat terkejut , kerana aku menemui seorang insan yang wajahnya cukup serupa dengan arwah Asmir. bezanya Asmir ada tahi lalat, dan lelaki itu tidak. Tak perlulah aku sebut siapa dia. Kami berada di satu universiti yang sama. Malangnya, dia dah tak lama kat uitm ni. Terubat rindu aku bila melihat wajahnya.
Aku dah tak percaya pada perasaan suka sama suka. Bila kenal, suka, mesti pada orang yang dah berpunya. Jadi, untuk apa aku menyukai? Aku sudah tetapkan pendirian di dalam hati aku supaya menjadi wanita yang mampu untuk bangkit walaupun di sebaliknya ada banyak kelemahan.Aku cuba sedaya mungkin. :) NADHIRAH KUAT, aku seru.
Betul pesan arwah, kukuhkan lagi cinta kepada Allah. Selama ini aku silap, dan agak leka. Mudah mudahan aku dan yang lain mampu perbaiki lagi kekurangan yang ada dalam diri ini.
Aku, merindui yang dah tiada. Yang sudah pergi untuk selamanya.
Al-Fatihah.