Isnin, 22 Disember 2014

dilema kewangan

Allahuakbar, dugaan lagi kalini..

Abah nak buat pinjaman bank , semata mata nak beli kamera untuk aku.
Hmm.kesian abah.Duit lagi, hutang lagi.
Aku hampir rasa putus asa. Putus asa sambung belajar.
Tapi , mana boleh macamtuh. AKu kena kuat.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Keluarga aku bukan dari keluarga yang senang.

Aku tak nak susahkan keluarga aku
terutamanya abah, yang banyak bersusah payah
bila aku katakan , abah , xpayah la pinjam. dira drop jerla course ni.
abah cakap, abah xnak anak abah buat macamtu.
Takpe, abah sanggup.

aku menangis. menangis kerana aku memang tak nak susahkan beban abah
tapi abah tetap bertegas nak buat pinjaman
aku bukannya pandai mana. aku cuba usaha untuk belajar rajin rajin
aku cuba mohon bantuan kewangan sana sini, tapi tak dipandang

kalau ikutkan hati, aku mahu berhenti saja belajar,
biar aku kerja. adik adik aku selesa belajar
tapi sebenarnya salah cara pemikiran aku
nak kerja gaji yang bagus sekalipun,
perlukan kelulusan yang bagus.
justeru, aku harus juga habiskan diploma ini dengan baik,

Kalau bicara tentang kewangan, memang takkan habis.
aku merasakan aku banyak menyusahkan abah.
Tapi abah berani., xkisah itu semua.
Inginkan aku belajar rajin rajin

Aku tak tahu nak luah kat kawan mana
bukan sebab aku malu nak luah
tapi sebab tak semua orang faham.
keluarga aku macamana, kehidupan kami macamana

AKu cuba, untuk cari pekerjaan.
tapi pada waktu yang sama
aku sakit. Aku tak mahu mudaratkan diri aku sendiri
takkan aku hanya melihat dan membiarkan abah aku susah payah?

aku selalu persalah kan diri aku
bahawa aku anak yang banyak menyusahkan kedua ibu bapaku
aku buntu dan lemah untuk fikirkan caranya
dengan kawan kawan, aku jauhkan diri
kerana aku malu
aku takda apa pun
yalah, mereka ajak sana sini, macam aku ni banyak duit
baik aku mengelak dan undur diri
aku tak mahu membazirkan duit ,
nak makan pun payah

pulang ke rumah jer
makan sekali sehari
makan apa yang ada.
makan menu yang sama untuk beberapa hari

tak apalah
aku berdoa
semoga rezeki kami dipermurahkan
hidup kami lebih baik
cuma belum tiba masanya
aku mengerti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!