Khamis, 24 November 2016

Dalam Hati

Duniaku tak berarti..
Andai tiada kasih darimu
seperti awan berlalu pergi
Kau tak lagi.. disisi

Rindu ini entah kau tak tahu
Selalu menyelubungi diriku
Berlegar-legar harapan ini
Untuk ku tahu kau ada

Dalam hati
Tersimpan kasihmu yang rapuh
Mungkin hanya sisa
Ku teriak tanpa ada suara
Sampai bila lagi
Tersiksa meratapi rindu...
aKu menangis tanpa air mata
Tak mengapa...aku redha..

Ohh.. dahulu ku tak mengerti
Hati murni sepertimu
Kini melihat kau tersenyum
Sudah cukup untukku

#maybe nak bait bait kata ini akan menjadi sebuah lagu.. untuk koleksi ku sendiri.
Terbiasa meluah dalam kata yang ringkas dan berirama...



Selasa, 22 November 2016

Pertemuan atas Alasan

Perkongsian tahap "jujur" ini, moga moga beri pengajaran pada kawan-kawan. Jangan jadi macam aku yang berani cari silap dan hidup sesal.
Inilah serba sedikit kisah ini

Pertemuan kami bermula sejak dia mula 'kacau' adik aku. Aku bukan main naik angin. Sampai ambil nombor telefon bagai.. Itu masa zaman sekolah.

Pernah kata sayang, suka. dkt chat fb, then tanya pendapat kawan sekolah dia sendiri masa tu..Tapi masa tu tak nampak lagi kebenaran.. apa perasaan tu mainan atau betul betul?Yela masih muda dan mentah.. tapi aku tahu, dia lebih matang berfikir daripada aku. Dan... aku pun mencari masalah... mencuba berubah hati pada si Z... then si A... then si F...tapi itu semua sementara. But aku sangat bersyukur, apa yang terjadi di bukakan hikmahnya.

Menyesal tak terhingga . Ibarat membodohkan diri sendiri.
Seakan masa dulu aku bagi harapan palsu pada dia.

Setiap minggu, aku akan buka blog dia , walaupun dia tak pernah update sampai sekarang.
Setiap hari aku akan stalk insta, fb, twitter dia.. untuk tahu perkembangan dia..tapi tangan ni kaku nak touch contact whatsapp dia, sebab aku rasa segan dengan silap yang pernah aku buat. walaupun dah minta maaf.
Setiap kali aku nak snap gambar, tiba-tiba teringat dia. Yalah, dia mahir juga dalam fotografi, teringat masa tanya dia pasal aperture bagai masa belajar kat Uitm..

Baru baru ni, dia wasap, tanya khabar. Itu dah cukup melegakan untuk aku.. Tapi kelakar, bila aku risau tentang dia, dia kata risau diri sendiri dulu. Yalah, kaki aku tak elok lagi sekarang ni. masih tunggu masa nak pulih sepenuhnya. Sebelum tu dia ada cakap dia nak naik flight. aku ingat dia main-main.. Dan baru baru ni juga aku stalk, dia macam kat oversea jer, travel kot. Sebenarnya, aku jarang nampak dia senyum.. last masa zaman sekolah. Tadi stalk insta dia, buat aksi berdiri atas eskalator dengan gaya kelakar dia, siap senyum. Rasa nak menangis. Nampak jelas dia baik baik jer.

Egonya aku kan? Haha.Nanti cakap kat dia, dia kata aku mengada.

Haha. Dia lain. dia lelaki. aku perempuan. Bukan senang nak kawal emosi. Tapi nak je cakap kat dia, aku happy tengok perubahan diri dia sekarang. Lebih baik dari dulu. Salah aku sebab takda untuk dia masa  belajar kat universiti. Masing masing busy.

Tertanya juga, dia tulis tak kat mini jurnal yang aku hadiahkan untuk dia? Dia tak tahu, aku pun ada jurnal aku sendiri. siap tulis puisi or sajak tentang dia. Kalau dia tahu mesti dia gelakkan aku, style orang dulu2. Aku pun tak pasti, dia tengok blog aku ke tak. Dia ni pelik sikit. Perahsia betul. susah nak tahu isi hati dia berbanding kawan lain yang aku kenal.

Dialah lelaki paling susah aku nak detect. Dialah lelaki yang terbaik drpd lelaki lain yang aku kenal.
Jarang berjumpa, jarang berborak... tapi sayang tu makin kuat pula sekarang ni. Dia mesti dah buang perasaan masa zaman sekolah dulu.Dulu bagi harapan palsu kat dia. siapa tak sakit hati ye dokk. Now dh fasa 20 an... Kena bersikap matang dan terbuka kalau nak cakap pasal masa depan.  Haha. Aku tak kisah, mencintai tak semestinya memiliki.Aku tak pandang terlalu berat tentang hati dan perasaan sekarang. Apa yang penting, aku nak tengok dia bahagia, walaupun aku ni tak pernah dekat dengan dia. selalu jauh, tengok dari laman sosial je mampu. Dia sabak, aku Klang.

Aku masih ada tanggungjawab, sebagai orang Islam, negara, anak dan kakak. Kadang kadang aku menangis depan mak, ngadu kat mak pasal kesilapan yang aku buat. Mak kata takpe, proses matang dalam buat keputusan bukan senang. Sekarang ni fikirkan masa depan kerjaya dan sebagainya berbanding hati perasaan sendiri.
Si F adalah yang last aku gatal "bercinta". Haha (gelak nakal). Aku tahu silap aku dan aku tak nak ulang lagi dengan perkara macam ni.

Maaf panjang lebar, any negative comments, its okay. Aku hanya berkongsi rasa dan pengalaman.Silap sendiri. Nak menaip pun sambil mengalir air mata. Teringat dia.

Sayang kau , Achik. Moga jodoh pertemukan kita. sebagai kawan atau sebaliknya.
Tak nak lain. nak Achik. Teruskan gapai impian, okay

*dia mana mungkin baca blog aku. haha. -_-
perasan nau.





Selasa, 15 November 2016

Alhamdulillah. result sem 5

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... semalam, 15/11/16 result untuk sem 5 dah keluar..... I rasa bersyukur sangat sangat sebab Allah bagi peluang kat I lagi untuk happy kan mak abah I dengan result I
walaupun tak cecah 4 flat, tapi I sentiasa rasa bersyukur sebab inilah keputusan hasil usaha I sendiri.
Kalau ada yg follow perkembangan I, masa I tengah sem 5, ankle I kan patah. so memang tengah sibuk buat final project, dgn keadaan kaki bersimen. Memang betul betul mencabar diri I, pergerakan terbatas.... perlu minta tolong roomate dan rakan sekelas..

Tapi I sedar dan faham, petunjuk yang Allah bagi, apa hikmahnya. Biarlah diri sendiri ini yang mengerti. .Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. studio project dapat A, dan 3d animation dpt B+, apa pun I puas hati.. I tahu tahap usaha I sampai mana...

So, my final result is 3.78... sikit lagi nak 3.8
But its okay, inilah hasil usaha I. Bukan nak bangga, tapi I perlu courage kan diri sendiri untuk tak jatuh, putus asa dan kena selesaikan sesuatu masalah dan cabaran itu jugak.

Sebelum ni, masa ankle I patah, I bagitahu lecturer I yang I nak amik cuti khas.. I rasa tak mampu nak habiskan semester akhir ni.. Tapi madam nik, dia cakap dia percaya I boleh habiskan. Dan dia kata dia tak nak terima surat minta cuti khas ke apa, dia nak I habiskan juga. So I kata okaylah, I cuba. and I did it. Madam Nik sentiasa nampak kebolehan setiap anak didiknya yg kami semua mampu habiskan .

Moga ALLAH permudahkan segala urusan semua.
Jangan putus asa dalam kehidupan okay

Rabu, 9 November 2016

Konklusi Diploma

Before this, I was the one who is excited. Yalah, dapat sambung universiti, dan I memang suka something new. and sometimes I rasa macam berdebar juga , sebab course yang I dapat ni bukan course yang I minat. I minat course Fashion or masscom. Tapi disebabkan restu from my parent. So I decided to take it. Mula mula je rasa excited. then, I jadi patah semangat, and kerap sakit sebab tak pandai jaga kesihatan sangat. The best moment is I dapat berkenalan dengan semua classmate I time tuh

Satu persatu masalah yang datang dek kerana kesilapan diri sendiri dan certain orang. Buat I sedar, tentang erti kehidupan sebenar, cabaran sebenar sebelum kita menuju ke langkah baru. Sikap seseorang yang diri sendiri boleh nampak dan kadangkala, orang lain yang lebih nampak apa salah silap kita. Pengalaman ketika belajar bukan sekadar semasa hendak menuntut ilmu sahaja, pengalaman berkawan, cara kita nak solve masalah tu. What I mean is, tahap pemikiran kita. Dulu budak sekolah, mudah melatah, jiwa memberontak. Inikan pula bila bergelar pelajar universiti. DI mana kita rasa sedikit kebebasan. Do what you want to do. But sometimes, I forgot, the limits. Which one is right and wrong.

Maybe I pernah menyakiti , dan pernah disakiti. But this is not the matters. Let's say if I menyakiti hati kawan kawan I daripada I disakiti. This year so tough for me. Tapi apa yang terjadi sebenar benarnya telah membuka mata hati I. untuk lihat apa puncanya, tapi I bertindak untuk berdiam diri. Senyap. Tak sebising dulu, tak seceria dulu. Dalam diam, adalah yang I buat before I dapat laksanakan impian I nanti. dan I akan rasa cukup gembira dengan usaha I selama ni.

Konklusinya, cabaran mengajar erti kehidupan sebenar. Kecil atau besar, tetap sama maksudnya. Setiap dari kita layak untuk berubah. masih tak terlambat. Usahalah sebaik mungkin untuk dapatkan ilmu. Berbakti kepada orang tua, sebelum terlambat.

Course Outline for Diploma Graphic

Assalamualaikum semua! I want to share to all of you about what I have learn for this course. Jun 2014 until September 2016. Well, banyak pengalaman yang I dapat.I will share the whole FIVE semester I have been through for Diploma Graphic Design AD111 in UiTM Lendu.

Maybe apa yang I share ni agak panjang, so untuk adik2, junior2 I, if you want to know more about this course, baca lah sampai habis okay? :)

Actually, based on my SPM result, I dapat semua jenis grade. Haha, I mean, from A to D only. Alhamdulillah, at least tak ada E, F G. Yeah, because I ada jawab exam dkt ward masa tu, subjek math, perdagangan and agama Islam tak silap I.so mmg sakit dan I tak boleh fokus habis lah nak jawab.
inilah dia.

SEMESTER 1
You will learn everything, basic of arts here. Memang sakit sikit sebab this time you tak faham lagi apa tujuannya, once you dah habis belajar nanti baru you faham why student need to learn this basic. And of course, CTU101 is like subjek agama lah jugak.. Hafal ayat surah Yasin.. bacaan Yasin.. Then, ELC150, subjek English.. this is like your preparation before take MUET exams. Bagi I, masa part 1 ni, macam lebih kepada Fine Art dan IDE. sebab you banyak lukis manual, guna lain material, buat sculpture bagai. Then, kpd ssiapa tak suka sejarah macam I, ehem. Memang ada sejarah ye adik2. Art pun ada sejarah. So bertabahlah kalian...Ada Kokurikulum tau... Typography ni belajar tentang anatomi setiap ciri ciri yang ada pada huruf. Nanti taulah. I pesan awal2. Part 1, please buat betul betul dan jangan anggap perkara remeh. Kalau tak you menyesal, sebab I pernah repeat subjek sebab tak serius masa belajar.

SEMESTER 2
this sem still belajar pasal history art but more to islamic and culture punya studies lah. Bagi I, this sem tak susah sangat untuk subjek ni. part 2 you dah boleh choose elektif apa you nak apa samaada foto, ide, fine art and apa lagitah.ELC still ada lagi. yang ni ada test Speaking . Graphic com is like the intro for graphic lah jugak. lebih detail which is you will learn about the logo, the principal,basic, pros and cons.. Masa zaman I, kerja individu. I kena cari mana mana client and time tu I amik ItalyBakery dekat area Melaka jugalah, I kena redesign logo then buat corporate brand dia. Then Photographic ni, setahu I, like the Photo technique that you can use for graphic design. Then Illustration ni, how you come out with the idea then apply in manually. belajar teknik guna pensil warna, rendering with marker. (Make sure beli marker). Still ada kokurikulm. better siapa budak Kesatria tukar lah kepada sukan or kelab ke kalau tak nak berpanas panasan.

SEMESTER 3
Well, masih ada subjek ELC, CTU.. tapi dah tak susah macam sebelum ni. This sem dah nak menuju kepada kerja kerja digital berbanding manual pada mulanya. graphic com 2 ni still macam masa belajar sem 2, tapi maybe in grouping kot. masa zaman I, kerja individu then final project pula dalam group. Next batch I tak tau macam mana. Interactive design ni lebih kepada digital design mcm web, game, interactive cd.. I masa tu the first batch yang buat project GAME in group guna software construct 2. Susah nak coding game lah. Time ni belajar guna Flash, then Construct 2. Then digital Illustration pula illus yang digital lah. redesign balik character kartun, buat style vector.

SEMESTER 4
this time mencabar jugalah, sebab masa cuti sem 3 tuh, I tak boleh rehat lagi, sebab I kena cari client for studio project 1. I amik client Kindermusik di Bandar Botanic Klang masa tuh. so overall kena redesign logo dan buat corporate item sama mcm yang kita belajar masa sem 2, 3. Then tambahan , design website, uniform dia. Ada subjek 2d Animation, beginner for Adobe Premier, after effect, etc. Masa ni I buat project stop motion. Tak adalah susah mana pun. AND! Subjek I tak suka, ENT, belajar sikit pasal usahawan,bisnes ni. kalau dapat pensyarah yang mudah bagi kerjasama tak apalah kan, tapi I tak sangka I dapat A untuk subjek ni. Mencabar juga untuk subjek Advertising sebab bukan mudah untuk keluarkan idea yang betul betul fresh untuk hasilkan iklan yang terbaik. Ni kerja group. Kena buat print ads, TVC dan supporting marketing tools(letak design print ads ke gambar yang dah kite shoot). Kali ni banyak keluar jugalah, untuk shoot bagai. Tak boleh ambil gambar sumber internet okay

SEMESTER 5
dah ke penghujungnya, sambungan Studio Project 1 ke Studio Project 2. Kali ni lebih kepada Advertising items lah. Kena start dengan idea idea untuk Print Ads, TVC,supporting marketing tools, dan 3D modeling. and ada subjek asing 3D juga, untuk kita belajar basic 3d, penggunaan software 3d before buat kerja SP2 kita nanti. Tapi I lebih selesa guna software Sketchup untuk design basic building for my client dan render or 3d kan guna software Lumion. So tak adalah berat sangat berbanding 3dMax. I render pun guna laptop sendiri.sebab ada i7. so apa apa pun selalu consult dengan lecturer. Jangan jadi macam I, jarang jumpa lecture for this sem sebab I ditimpa kemalangan kecil, ankle I patah, buat kerja dalam bilik di kolej. sampai lecturer datang kolej nak tengok progress kerja I.. dekat sebulan lebih I kena bersimen kat kaki.. tapi alhamdulillah I dapat selesaikan semua kerja I...

So kepada adik adik ku sekalian, jangan sia siakan peluang. Still kena bekerja keras dari Part 1 sampailah ke penghujungnya. Graphic bukan subjek main2 yang you alls boleh pandang remeh. Ilmu sentiasa perlu ada dalam diri kita. Usaha untuk jadi pelajar yang terbaik.