Selasa, 22 November 2016

Pertemuan atas Alasan

Perkongsian tahap "jujur" ini, moga moga beri pengajaran pada kawan-kawan. Jangan jadi macam aku yang berani cari silap dan hidup sesal.
Inilah serba sedikit kisah ini

Pertemuan kami bermula sejak dia mula 'kacau' adik aku. Aku bukan main naik angin. Sampai ambil nombor telefon bagai.. Itu masa zaman sekolah.

Pernah kata sayang, suka. dkt chat fb, then tanya pendapat kawan sekolah dia sendiri masa tu..Tapi masa tu tak nampak lagi kebenaran.. apa perasaan tu mainan atau betul betul?Yela masih muda dan mentah.. tapi aku tahu, dia lebih matang berfikir daripada aku. Dan... aku pun mencari masalah... mencuba berubah hati pada si Z... then si A... then si F...tapi itu semua sementara. But aku sangat bersyukur, apa yang terjadi di bukakan hikmahnya.

Menyesal tak terhingga . Ibarat membodohkan diri sendiri.
Seakan masa dulu aku bagi harapan palsu pada dia.

Setiap minggu, aku akan buka blog dia , walaupun dia tak pernah update sampai sekarang.
Setiap hari aku akan stalk insta, fb, twitter dia.. untuk tahu perkembangan dia..tapi tangan ni kaku nak touch contact whatsapp dia, sebab aku rasa segan dengan silap yang pernah aku buat. walaupun dah minta maaf.
Setiap kali aku nak snap gambar, tiba-tiba teringat dia. Yalah, dia mahir juga dalam fotografi, teringat masa tanya dia pasal aperture bagai masa belajar kat Uitm..

Baru baru ni, dia wasap, tanya khabar. Itu dah cukup melegakan untuk aku.. Tapi kelakar, bila aku risau tentang dia, dia kata risau diri sendiri dulu. Yalah, kaki aku tak elok lagi sekarang ni. masih tunggu masa nak pulih sepenuhnya. Sebelum tu dia ada cakap dia nak naik flight. aku ingat dia main-main.. Dan baru baru ni juga aku stalk, dia macam kat oversea jer, travel kot. Sebenarnya, aku jarang nampak dia senyum.. last masa zaman sekolah. Tadi stalk insta dia, buat aksi berdiri atas eskalator dengan gaya kelakar dia, siap senyum. Rasa nak menangis. Nampak jelas dia baik baik jer.

Egonya aku kan? Haha.Nanti cakap kat dia, dia kata aku mengada.

Haha. Dia lain. dia lelaki. aku perempuan. Bukan senang nak kawal emosi. Tapi nak je cakap kat dia, aku happy tengok perubahan diri dia sekarang. Lebih baik dari dulu. Salah aku sebab takda untuk dia masa  belajar kat universiti. Masing masing busy.

Tertanya juga, dia tulis tak kat mini jurnal yang aku hadiahkan untuk dia? Dia tak tahu, aku pun ada jurnal aku sendiri. siap tulis puisi or sajak tentang dia. Kalau dia tahu mesti dia gelakkan aku, style orang dulu2. Aku pun tak pasti, dia tengok blog aku ke tak. Dia ni pelik sikit. Perahsia betul. susah nak tahu isi hati dia berbanding kawan lain yang aku kenal.

Dialah lelaki paling susah aku nak detect. Dialah lelaki yang terbaik drpd lelaki lain yang aku kenal.
Jarang berjumpa, jarang berborak... tapi sayang tu makin kuat pula sekarang ni. Dia mesti dah buang perasaan masa zaman sekolah dulu.Dulu bagi harapan palsu kat dia. siapa tak sakit hati ye dokk. Now dh fasa 20 an... Kena bersikap matang dan terbuka kalau nak cakap pasal masa depan.  Haha. Aku tak kisah, mencintai tak semestinya memiliki.Aku tak pandang terlalu berat tentang hati dan perasaan sekarang. Apa yang penting, aku nak tengok dia bahagia, walaupun aku ni tak pernah dekat dengan dia. selalu jauh, tengok dari laman sosial je mampu. Dia sabak, aku Klang.

Aku masih ada tanggungjawab, sebagai orang Islam, negara, anak dan kakak. Kadang kadang aku menangis depan mak, ngadu kat mak pasal kesilapan yang aku buat. Mak kata takpe, proses matang dalam buat keputusan bukan senang. Sekarang ni fikirkan masa depan kerjaya dan sebagainya berbanding hati perasaan sendiri.
Si F adalah yang last aku gatal "bercinta". Haha (gelak nakal). Aku tahu silap aku dan aku tak nak ulang lagi dengan perkara macam ni.

Maaf panjang lebar, any negative comments, its okay. Aku hanya berkongsi rasa dan pengalaman.Silap sendiri. Nak menaip pun sambil mengalir air mata. Teringat dia.

Sayang kau , Achik. Moga jodoh pertemukan kita. sebagai kawan atau sebaliknya.
Tak nak lain. nak Achik. Teruskan gapai impian, okay

*dia mana mungkin baca blog aku. haha. -_-
perasan nau.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!