Khamis, 16 Januari 2014

(berita terkini,kuang kuang kuang)

assalamualaikum semua! Bosan kan dengan blog naz ni? Yerla. masih baru dalam penulisan blog..
Perlukan sokongan dan semangat dari kawan2 . Hehe. Sejak habis SPM uh, naz ada macam2 keje. xtentu. sebelum ni keje kedai topap. then stop sebab in shaa Allah keje kat tempat abah naz .. or sebaliknya. and!
naz aktif dalam penulisan lagu naz.. "ku hanya penghibur jalanan" gitu2..
Yang cerpen2 tuh pun naz xupdate lagi. baru satu je letak. haha. mcm apa ntah. sabar ea.
(macamlah dah ada followers kan. sedih2.)

Rabu, 1 Januari 2014

Sinopsis Kau untuk Aku

Assalamualaikum... ini karya pertama yang akan Dira publish kat blog Dira ni. Mungkin agak kekok, kurang mantap dari segi penulisan. Anyway, subjek BM Dira A tau. Amin. Hehe. Time trial SPm '13 jerla kan.
so, Dira harap pada permulaan Dira dapat mantapkan penulisan dalam cerpen or novel ke kan. Suatu hari nanti . In Shaa Allah. Sebab Dira memang kuat berangan. Berimaginasi.

 Hana Humaira, gadis comel, ceria dan selalu berfikiran postif membuatkan orang di sekelilingnya berasa selesa tatkala mendampinginya. Bersama kawan baiknya sejak sekolah rendah lagi. Hana dipertemukan dengan jejaka yang melengkapi ciri-ciri lelaki idaman yang Hana idamkan.
   Dia adalah Saiful Naim.  Perkenalan mereka semakin erat dan akhirnya Saiful bertindak melamar Hana untuk dijadikan isteri.Hubungan mereka direstui kedua-dua pihak.Kejadian yang tidak diduga terjadi. Hana kemalangan. Lebih parah lagi, Hana disahkan buta. Cacat sementara. Saiful yang mulanya ikhlas menerima Hana seadanya membuat keputusan untuk memutuskan sahaja perkahwinan yang akan dilangsungkan dua bulan lagi. Itu semua kerana dihasut oleh bekas kekasih Saiful.
 
"Ummi tetap nak lanjutkan perkahwinan kamu,Hana. Walaupun Hana dalam keadaan macamni. Hana kena dengar cakap Ummi",

  Saat itu, Shahrul Azwan sah menjadi suami kepada Hana.Hana pula dalam keadaan buta tidak kenal siapa lelaki yang menggantikan tempat Saiful. Shahrul cuba menyamar seakan Hana tidak akan mengenalinya. Hana pula cuba untuk menyemai cinta terhadap suaminya sekaligus ingin melupakan rasa cinta dan rindu terhadap Saiful.

  Shahrul berjaya menambat hati Hana walaupun Hana serba kekurangan. Cinta mula terbit dalam hati Hana. Genap setahun perkahwinan mereka berdua. Saiful mula kembali di sisi Hana. Untuk memperbaiki kembali hubungan mereka. Tapi setelah melihat kebahagiaan yang terpancar di mata Hana menunjukkan Shahrul Azwan adalah lelaki yang cukup baik untuk menjadi suami Hana. Saiful menyesali itu kerana bertindak terburu-buru sebelum ini.
 
  Saiful membuat keputusan untuk mendermakan matanya kepada Hana untuk menebus rasa bersalah kerana membuat Hana terluka.

Apa pula yang akan terjadi? Apa reaksi Hana setelah mengetahui dan melihat bahawa suaminya yang tulus mencintainya adalah kawan baiknya sendiri?

Jeng jeng2.. malas Dira nak taip sinopsis panjang2. Kalau nak tau kena follow cite ni okay. Tapi makan masa lah. Hihi.

Assalamualaikum akhi dan ukhti!

Kau Untuk Aku-Bab 1



                                                                           BaB 1

"Hana Humaira, agak-agak,kau ingat tak aku?", hanya sepatah kata yang mampu diungkapkan dari bibir Tengku Shahrul Zaqwan. Dia benar-benar merindui gadis comel,putih gebu dan berpipi merah itu.

  Hubungan persahabatan yang terjalin sejak zaman sekolah rendah lagi membuat Shahrul merasakan bahawa hubungan mereka adalah istimewa. Tetapi semua itu hanyalah di fikiran Shahrul. Humaira mungkin tidak mengerti perasaan Shahrul ketika ini.
  Ring! Ring!
  Panggilan dari Hana Humaira. Gembira rasanya.Shahrul mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum, beb. Aku nak jumpa kau. Aku ada masalah nak share. Please..datang kat tempat biasa tau.",panggilan telefon itu diletak. Belum sempat Shahrul memberi respon untuk membalas, Hana serta-merta mematikan panggilan. Dia memang macamtu kalau ada masalah.

********************************************

Shahrul sudah tiba di tempat yang mereka selalu berjumpa kalau ada masalah. Di taman rekreasi berdekatan perumahan mereka. Dia hanya melihat beberapa buku skrap, buku rujukan dan beberapa helai kertas di atas meja itu.

 "Hana, ini ke masalah kau? Apasal banyak sangat buku-buku, kertas kat atas meja ni?", bertubi-tubi soalan Shahrul.

 "Hehe.. sebenarnya, aku kesuntukan masa nak siapkan assignment aku nih. Kau dah siap kan? Kali ni kau kena tolong aku siapkan. Sebab Prof. Azura nak aku hantar minggu depan. Please..",dengan menunjukkan gaya comel pada Shahrul. Budak ni memang suka menggoda aku,getus hati Shahrul.

"Ok,fine. Aku tolong kau. Tapi kau kena janji, jaga kesihatan kau tu okay? Jangan sampai penat sangat. Sini, aku tolong. ", dia hanya akur dengan sikap Hana yang suka meminta bantuan Shahrul untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Hana pula sensitif, tak boleh terlalu tertekan dan terlalu penat.

  Dalam hati Shahrul, seronok rasanya. Dapat luangkan masa, dapat melihat Hana membesar sebagai teman rapatnya sejak zaman sekolah rendah lagi. Bahkan , sudah menganggap Hana lebih dari seorang teman. Ya, dia cinta pada Hana Humaira. Hana je yang tak perasan dari dulu. Apa yang penting, Shahrul dapat jaga,lindungi dan menyayangi Hana sebaik mungkin. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada Hana. Kalau boleh, sedaya mampu nak jaga Hana. Macam jaga seorang puteri.

 "Shahrul. Oooh..Shahrul?",Hana memanggilnya. Tapi tak disahut pun. Jauh termenung si Shahrul ni.

 Pok!!!

"Adoi!!! Sakit!! Kau nih, kenapa ketuk kepala aku??!", sambil menyapu bahagian kepala yang dipukul tadi. Kuat juga gadis ni memukulnya.

"Kau lah,pekak badak! Dah berapa hari kau tak korek telinga? Aku panggil tak dengar. So, aku ketuk la kepala kau.",Hana menjawab.

"Agak-agak lah. Sakitlah ngengong! Huh. Kalau aku hilang ingatan macamana nanti? Kang aku biarkan kau buat assignment sendiri, baru kau tahu.",wajah bengang ditunjukkan oleh Shahrul. Masih menahan sakit.

"Ish. Janganlah cakap macamtu. Sape nak tolong aku nanti. Okay-okay. Sorry. Aku minta maaf. Ni ha. Aku nak kau arrange ikut topic.",Hana kembali menjelaskan apa yang Shahrul perlu buat untuk selesaikan tugasan Hana.

 ‘Hana, kau selalu nampak cantik di mata aku. Kalaulah aku boleh luahkan apa aku rasa sekarang ni. Huish. Jangan Shah! Hana macam tak anggap kau lebih. ‘ getus hati Shahrul. Sering berlawan. Sambil itu, Shahrul merenung wajah Hana.

  “Woi? Kau dah kenapa? Angau? Ha… Ingat awek ea..”, Hana sengaja meneka. Seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh Sharul.

   “Eh, takdalah. Aku mana ada awek beb. Aku teringat zaman kita sekolah rendah dulu. Kau sangat comel masa tuh.”, Hana mula bermasam muka.

   Manakan tidak, zaman sekolah rendah, penampilan Hana agak memalukan. Dengan pemakaian tudung sekolah yang agak kebelakang, anak tudung hamper menutupi kening. Tapi, bagi Shahrul tetap nampak comel. ‘Huh! Dahlah aku hodoh masa tuh. Mamat ni saja je nak malukan aku’,

   “Grr.. Hang jangan nak kurang ajar ye. Jangan sebut pasal zaman sekolah rendah. Aku tak comellah. Selekeh masa tuh. Jom sambung buat kerja ni balik. Aku tenyeh muka kau kang. Cepat”, sambil menepuk bahu Shahrul yang sasa itu.


sambung.......
Alhamdulillah!.. Sebelum ni kita dah melepasi Awal Muharam kan? Now, kita dah masuk tahun 2014!!
Mesti semua ada azam masing2 kan? Hoho...
   Wait2... Mesti azam yang baik2 tau... Jangan lupa tanam niat untuk berubah lebih baik , perbaiki amal ibadat kita ni ha.. Jangan enjoy2 je.. :D
   So, azam admin tahun ni banyak.
   1)Kerja(menganggur lagi)
   2) amik result SPM bulan 3 nanti. Mudah mudahan semua LULUS. dan harap2 straight A. Amin..
   3)Tolong mak uruskan adik2. I mean, Jadi kakak yang lebih bertanggungjawablah. Such as teach them about their studies.. their homework..

Fuh3.. Tahun 2014 pastinya membawa banyak makna dalam hidup admin. dan BANYAK CABARAN sebab admin sekarang dah HABIS SEKOLAH. im 18 years old!!
(Ehem3. admin belum genap 18tahun lagi. 30/3 nanti dah genap. Hehe. Ok, excited lebih)
Tapi sambil2 admin tak kerja. Baik admin aktif dalam blog... Ha, admin ada buat cerpen or novel mungkin. Nak try share2 idea kat sini. Tapi nanti2 masa yang sesuai, admin publish okay?

So.. Jangan bazirkan masa dan peluang yang Allah bagi kat kita, Buktinya, kita boleh hidup dengan selesa. cuma sekarang ni banyak isu naik2 harga lah kan? Sabar jelah okay. Ok. Thats all i can post this time.

Publish!