Rabu, 1 Januari 2014

Kau Untuk Aku-Bab 1



                                                                           BaB 1

"Hana Humaira, agak-agak,kau ingat tak aku?", hanya sepatah kata yang mampu diungkapkan dari bibir Tengku Shahrul Zaqwan. Dia benar-benar merindui gadis comel,putih gebu dan berpipi merah itu.

  Hubungan persahabatan yang terjalin sejak zaman sekolah rendah lagi membuat Shahrul merasakan bahawa hubungan mereka adalah istimewa. Tetapi semua itu hanyalah di fikiran Shahrul. Humaira mungkin tidak mengerti perasaan Shahrul ketika ini.
  Ring! Ring!
  Panggilan dari Hana Humaira. Gembira rasanya.Shahrul mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum, beb. Aku nak jumpa kau. Aku ada masalah nak share. Please..datang kat tempat biasa tau.",panggilan telefon itu diletak. Belum sempat Shahrul memberi respon untuk membalas, Hana serta-merta mematikan panggilan. Dia memang macamtu kalau ada masalah.

********************************************

Shahrul sudah tiba di tempat yang mereka selalu berjumpa kalau ada masalah. Di taman rekreasi berdekatan perumahan mereka. Dia hanya melihat beberapa buku skrap, buku rujukan dan beberapa helai kertas di atas meja itu.

 "Hana, ini ke masalah kau? Apasal banyak sangat buku-buku, kertas kat atas meja ni?", bertubi-tubi soalan Shahrul.

 "Hehe.. sebenarnya, aku kesuntukan masa nak siapkan assignment aku nih. Kau dah siap kan? Kali ni kau kena tolong aku siapkan. Sebab Prof. Azura nak aku hantar minggu depan. Please..",dengan menunjukkan gaya comel pada Shahrul. Budak ni memang suka menggoda aku,getus hati Shahrul.

"Ok,fine. Aku tolong kau. Tapi kau kena janji, jaga kesihatan kau tu okay? Jangan sampai penat sangat. Sini, aku tolong. ", dia hanya akur dengan sikap Hana yang suka meminta bantuan Shahrul untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Hana pula sensitif, tak boleh terlalu tertekan dan terlalu penat.

  Dalam hati Shahrul, seronok rasanya. Dapat luangkan masa, dapat melihat Hana membesar sebagai teman rapatnya sejak zaman sekolah rendah lagi. Bahkan , sudah menganggap Hana lebih dari seorang teman. Ya, dia cinta pada Hana Humaira. Hana je yang tak perasan dari dulu. Apa yang penting, Shahrul dapat jaga,lindungi dan menyayangi Hana sebaik mungkin. Dia tak mahu apa-apa terjadi pada Hana. Kalau boleh, sedaya mampu nak jaga Hana. Macam jaga seorang puteri.

 "Shahrul. Oooh..Shahrul?",Hana memanggilnya. Tapi tak disahut pun. Jauh termenung si Shahrul ni.

 Pok!!!

"Adoi!!! Sakit!! Kau nih, kenapa ketuk kepala aku??!", sambil menyapu bahagian kepala yang dipukul tadi. Kuat juga gadis ni memukulnya.

"Kau lah,pekak badak! Dah berapa hari kau tak korek telinga? Aku panggil tak dengar. So, aku ketuk la kepala kau.",Hana menjawab.

"Agak-agak lah. Sakitlah ngengong! Huh. Kalau aku hilang ingatan macamana nanti? Kang aku biarkan kau buat assignment sendiri, baru kau tahu.",wajah bengang ditunjukkan oleh Shahrul. Masih menahan sakit.

"Ish. Janganlah cakap macamtu. Sape nak tolong aku nanti. Okay-okay. Sorry. Aku minta maaf. Ni ha. Aku nak kau arrange ikut topic.",Hana kembali menjelaskan apa yang Shahrul perlu buat untuk selesaikan tugasan Hana.

 ‘Hana, kau selalu nampak cantik di mata aku. Kalaulah aku boleh luahkan apa aku rasa sekarang ni. Huish. Jangan Shah! Hana macam tak anggap kau lebih. ‘ getus hati Shahrul. Sering berlawan. Sambil itu, Shahrul merenung wajah Hana.

  “Woi? Kau dah kenapa? Angau? Ha… Ingat awek ea..”, Hana sengaja meneka. Seolah-olah tahu apa yang difikirkan oleh Sharul.

   “Eh, takdalah. Aku mana ada awek beb. Aku teringat zaman kita sekolah rendah dulu. Kau sangat comel masa tuh.”, Hana mula bermasam muka.

   Manakan tidak, zaman sekolah rendah, penampilan Hana agak memalukan. Dengan pemakaian tudung sekolah yang agak kebelakang, anak tudung hamper menutupi kening. Tapi, bagi Shahrul tetap nampak comel. ‘Huh! Dahlah aku hodoh masa tuh. Mamat ni saja je nak malukan aku’,

   “Grr.. Hang jangan nak kurang ajar ye. Jangan sebut pasal zaman sekolah rendah. Aku tak comellah. Selekeh masa tuh. Jom sambung buat kerja ni balik. Aku tenyeh muka kau kang. Cepat”, sambil menepuk bahu Shahrul yang sasa itu.


sambung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!