Assalamualaikum... ini karya pertama yang akan Dira publish kat blog Dira ni. Mungkin agak kekok, kurang mantap dari segi penulisan. Anyway, subjek BM Dira A tau. Amin. Hehe. Time trial SPm '13 jerla kan.
so, Dira harap pada permulaan Dira dapat mantapkan penulisan dalam cerpen or novel ke kan. Suatu hari nanti . In Shaa Allah. Sebab Dira memang kuat berangan. Berimaginasi.
Hana Humaira, gadis comel, ceria dan selalu berfikiran postif membuatkan orang di sekelilingnya berasa selesa tatkala mendampinginya. Bersama kawan baiknya sejak sekolah rendah lagi. Hana dipertemukan dengan jejaka yang melengkapi ciri-ciri lelaki idaman yang Hana idamkan.
Dia adalah Saiful Naim. Perkenalan mereka semakin erat dan akhirnya Saiful bertindak melamar Hana untuk dijadikan isteri.Hubungan mereka direstui kedua-dua pihak.Kejadian yang tidak diduga terjadi. Hana kemalangan. Lebih parah lagi, Hana disahkan buta. Cacat sementara. Saiful yang mulanya ikhlas menerima Hana seadanya membuat keputusan untuk memutuskan sahaja perkahwinan yang akan dilangsungkan dua bulan lagi. Itu semua kerana dihasut oleh bekas kekasih Saiful.
"Ummi tetap nak lanjutkan perkahwinan kamu,Hana. Walaupun Hana dalam keadaan macamni. Hana kena dengar cakap Ummi",
Saat itu, Shahrul Azwan sah menjadi suami kepada Hana.Hana pula dalam keadaan buta tidak kenal siapa lelaki yang menggantikan tempat Saiful. Shahrul cuba menyamar seakan Hana tidak akan mengenalinya. Hana pula cuba untuk menyemai cinta terhadap suaminya sekaligus ingin melupakan rasa cinta dan rindu terhadap Saiful.
Shahrul berjaya menambat hati Hana walaupun Hana serba kekurangan. Cinta mula terbit dalam hati Hana. Genap setahun perkahwinan mereka berdua. Saiful mula kembali di sisi Hana. Untuk memperbaiki kembali hubungan mereka. Tapi setelah melihat kebahagiaan yang terpancar di mata Hana menunjukkan Shahrul Azwan adalah lelaki yang cukup baik untuk menjadi suami Hana. Saiful menyesali itu kerana bertindak terburu-buru sebelum ini.
Saiful membuat keputusan untuk mendermakan matanya kepada Hana untuk menebus rasa bersalah kerana membuat Hana terluka.
Apa pula yang akan terjadi? Apa reaksi Hana setelah mengetahui dan melihat bahawa suaminya yang tulus mencintainya adalah kawan baiknya sendiri?
Jeng jeng2.. malas Dira nak taip sinopsis panjang2. Kalau nak tau kena follow cite ni okay. Tapi makan masa lah. Hihi.
Assalamualaikum akhi dan ukhti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!