Isnin, 28 April 2014

tentang insan baru(lagu untuknya)

Semalam dah luahkan perasaan... Lega yang teramat. Aku boleh teruskan hidup macam biasa. takda risau2. Tapi.. aku stalk2 dia. Hmm.. Cover photo fb letak gambar kekasih nya, wechat, dan juga whatsapp.
Aku tau aku siapa. Hanya BFF. HANYA KAWAN BIASA. Tiba-tiba saja hati ni mula rasa cemburu, serius, aku memang tak patut rasa macamni. Aku luahkan rasa cemburu aku dekat minah M. minah M saja yang faham perasaan aku. Yalah, situasi aku dan minah M lebih kurang jer...
Aku tiba-tiba capai pena, dan tulis sepatah kata, then dah jadi lirik lagu..
Better aku letak tajuk 'mengalah demi dia'. Mudah. sekelip mata jer, dengan perasaan aku skrg ni nak jer luahkan kat dia, tapi aku takut. Aku nynyi, dan sent kat minah M. 
lepastu dia tanya pasal lagu aku. :( malu.
takda guna pun. hmm. ni perasaan saja.


Mengalah Demi Dia

Siapalah aku untuk menjadi yang teristimewa
kau hanya mencintai dirinya..bukan aku
mungkin aku yang perasan hanya aku
yang suka pada dirimu
kau katakan kau suka aku
tapi lebih memilihnya

chorus
aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini

tiap hari kau luahkan
rasa sayang pada dirinya
sebaliknya aku menitiskan air mata kecewa

aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini
aku sanggup sabar menantimu
karna aku ikhlas mencintaimu
dalam doa ku sebut namamu
berharap kau untuk aku
aku mengalah demi kamu






#diadaptasi dari kisah kawan. 

tentang insan baru 2(luah perasaan)

sambungan...

Masing-masing ego. Masing-masing fikirkan yang kononnya, "aku suka dia, alah, dia bukannya suka aku pun". Yes. dua-dua jadi ego. Tapi yang menyedarkan aku. dan S.
dari bantuan minah M dan juga mamat Z...

Aku malu nak jujur yang aku suka.
Sekarang, M dan Z dah tolong aku untuk bagitau perkara yg sebenar. Siapa yg tak takut? dia ada kekasih. Aku tak patut meluahkan apa yang aku rasa pada dia.
dia akan rasa serba salah, tak pun akan jauhkan diri dari aku.

Okay,. Aku terpaksa luahkan apa yg aku rasa. dia tanya sejak bila, kenapa?
lepastu aku tanya balik. rupanya dia dah lama perhatikan aku sejak tahun lepas,
kelas sebelah2. Aku pernah juga perhatikan sementara sebab kawan aku suka dia. Tapi aku betul2 tak sangka. dia juga suka pada aku.

Bagi aku, bersikap jujur dengan apa yg aku rasa. dah cukup lega untuk menghilangkan rasa takut aku.
Aku tak risau apa. cuma fikirkan situasi yang dia terpaksa hadapi. Tak apa. Tujuan aku hanya untuk meluahkan sebelum terlambat. Mana tau, harini, esok, aku dah takda. Tiada siapa yang mengerti.
Aku tak kisah, aku nak jadi BFF dia. :)
Bagi support kat dia, guide dia kalau dia salah.
Sebab aku sayang dia.


#Dipetik dari kisah benar.


Jumaat, 25 April 2014

tentang INSAN BARU

"Yes, I like U. ". Ohoi.. aku berangan lebih oitt..
saat hati rasa kosong .. takkanlah aku nak isi balik rasa itu??
Adeh. AKu kena ego sikit ni. Tapi. Tak sanggup pula jauh dari dia. Hmm.

Firstly, dia add aku kat FB. then dh aprove. last2 chat, n ktrg jadi kawan. Wasap2...
Baru aku perasan. Dia lah budak kelas sebelah. Yg kawan aku minat pada suatu ketika(skema)
aku tengok dia mcm garang kadang2. tapi kan...
kalau dia senyum.. MAK AII>>> Macam comel jer. Senang kata sejuk mata memandang. Hehe..

Aku tak tau dia dh ada buah hati ker tak.. Try jugak tanya2. Tapi dia jawab mcm xde, sampaila aku tau dia ada. sebab aku tengok wechat, fb. Pergh, aku memang suka stalk2 org,. Kat cover photo ada gambar sorg ni. duduk rapat2. Senyum. Okay. "this is special one for that person."
Patah seribu. Kenapa aku nak patah seribu ni weiii.. Huh.. GEdik. Hm. 
Senangnya kau jatuh cinta sekali lagi (kata hati)
aku harap ni mainan perasaan aku jer terhadap dia.

Spanjang kenal dia, dia ceria, lawak. sempoi, cool. Sudi dengar masalah. Kalau bab2 merajuk. pndai dia pujuk.

Ok. nak share satu citer. Ada satu rakaman pasal luahan aku pd si S. Z hantar kat S... 
lepastu S cakap sesuatu yg buat hati aku sensitif. Pe lagi..merajuklah....
S sampai call2 nak pujuk aku. Lepastu ttbe dia ckp pasal rakaman ni. 
Merah pipi aku waktu tuh, nasib baik dia xcakap depan2. Kalau x, haish. 
Aku pengsan/ aku lari/ tutup muka depan dia.
Malu lah jugak. dia gelak2 sampai tepuk2 lantai aq ase. Kuat bebenor die gelak.
Amboi. lawaknya.

Lepastu Z bahan2 aku. sampai aku pun ase bengang, tetiba S marah2 bagi pihak aku.
Aku merajuk kat dua2. Kenapa aku merajuk?
Sebab aku nak mengelak dari S.. Aku tau dia ada someone, takut giler kalau kacau org dh ada someone. silap2 aku kena attack. Huh. Tak nak aku. Tapi.. aku selesa luahkan masalah kat dia sebagai kawan yg always ada kat sisi aku. (sisilah sangat. kat nun jauh di sana uh)

Dia ckp jangan risau.. jangan risau . Masalahnya aku yg risau sangat2.
Eh, ckp pasal merajuk. Aku pelik, kenapa dia beria-ria sangat nak pujuk aku. yerlah, sapelah aku pada dia. selama aku berkwan dgn sesape, tak pernah yg pujuk aku sangat2 mcm cara dia.
(aduh, ni yg makin hati ni. hmm. huh... xtau nk ckp apa)
Kenapa dia kena pujuk aku? Lebih baik dia pujuk someone dia tuh...

Aku tau, sayang sebagai kawan. Tapi. aku takut makin parah. M kata, aku kena berani berdepan dgn dia, mungkin aku akan berjaya buat mcm biasa. Hmm. betul gak tuh.
Aku sayang, sayang. Takut doh kalau jauh dari dia. One day aku akan sambung belajar, of course, aku susah nak contact dia. Hmm.. Ala, biarlah. NQ dia tu ada. Aku ni ibarat pelarian syok sendiri namanya.
Betul. Aku ngaku. Aku pelarian. 

Tapi. mungkin ada hikmah disebalik apa yg jadi dlm hidup aku.
Tolong, aku takut nak jatuh cinta lagi.
Aku nak kosongkan hati aku yg kadang2 mudah jatuh cinta pd org yg ada ciri2 aku inginkan , impikan. HUh.
Nak relaxkan minda. Tata.

XOXO
Publish.

Date dengan adik 26/3

Assalamualaikum, kawan2...
Ha... cik Naz nak cerita lah sikit kenangan Naz dating dengan adik keempat Naz. KEEMPAT.
Yerla, adik beradik semua tujuh.. Naz yg ketiga, kira ni bawah Naz ,hehe..

Actually Naz nak kena temankan 'budak bawah umur' pergi hang out dengan kawan adik Naz tuh...
Kiranya Naz ni "penjaga" untuk Nadia ni lah.

Ada 3 kawan baik Nadia ni ha. 2 perempuan. Sorang laki..
Si laki tu berkaca mata beso gedabak mcm budak nerd tu haa.. TINGGI.
(aku asa kependekan aku terserlah bila berdiri sebelahnya)
Naz kalau jumpa mana2 kawan suka bandingkan tinggi. haha. HABIT.
Muka si kawan nadia tuh ala2 MAT LUTFI....
haha. Serius, Naz nak tangkap gambar, dia tak mau.
Segan segan tersipu malu gituu..

Kitorang pergi tengok wayang.. cerita NONSTOP.. Pergh, teringat pasal MH370. Pasal pesawat yg dihijack. Memang emosional and aksi dia bergaya lah juga. Cara dia nak rampas pistol tuh. BANG! tembak si kulit hitam tuh. Cayalah! Naz yg terlebih aksi dlm panggung wayang. Yerla, bab2 ni best sebab boleh usha2 skill pertahanan diri kononnya.
KONONNyA. (mata ke atas tgn ke bahu)

Lepastu, nak balik rumah.. aduhaii.. Abah Naz xdapat nak amik kitorang lah pulak.. Punya susah payah kami fikir camana nak balik. Lagi2 kawan nadia yg datang dari sabak bernam dh beli tiket bas balik dalam kol 6 kot xsilap.. Nak tunggu bas Rapid tuh??
allah.. memang lama kot.
Last2.. kitorang naik teksi. dari SCM ke klang sentral dah rm20 untuk 5 orang...
Kali kedua aku naik teksi. Memang mahal klu naik teksi.
Hoho. Kayanyer, tp dh tterdesak kan. hahaha.

Itulah kenangan yg dpt Naz share.

XOXO
Publish.


Gadis Ceria

ASsalamualaikum, kawan2.

bercakap tentang gadis ceria.. Tak semua perempuan yg boleh jadi ceria2 sangat.. Kenapa ea?
Maybe segan2 tersipu malu.. tak pun. kurang yakin .. Tak pelah. masing2 ada cara tersendiri untuk ceriakan diri sendiri asalkan dengan cara yg betul dan rasional.

Naz? Haha.. of course gila2.. Tapi kalau sedih tuh, sedih betul2.. (shhhh)

Contohnya? Senang kata Naz ni jenis bertih jagung. Tak reti duduk diam. Suka bercakap sampai org kata Naz ni bertih jagung. Sampai ada yg nak tidur.... terbeliak mata pun ada...
Kononnya nak tingkatkan keyakinan dlm komunikasi.. Tu yg tersesat jadi DJ Merufm..
Tapi skrg Naz dh kurang aktif dlm penyiaran merufm nih.. Duk susah hati pasal sambung belajar ni ha..
Ramai nak yg IPTA.. UiTM ...

Hmm... Tapi.. disebalik gadis yg ceria ni, pasti tersimpan sejuta kesedihan. ececeh...
Sedihlah. tapi dia tak nak tunjuk kat kawan2 atau org tresayang.. Dia simpan jer dalam hati..
Sakit kan? Kalau dipendam.
Then dia akan buat sesuatu yg bole buat diri sendri tersenyum drpd menangis memanjang.
Senang kata, REDHA dengan apa yg terjadi.
Mungkin Allah uji sebab nak seseorang tu lebih tabah, sentiasa mendekatiNya.. Tingkatkan takwa kepadaNya.

Ya, Naz harap Naz mampu harungi semua nih.
Kadang2 emosional ikut perasaan. Habis semua pihak kena dgn amarah Naz.
Hmmm... Sebenarnya tak boleh macamni,..

Kena selesaikan elok2 kan. Okayla, malas nak taip panjang lagi.

XOXO
Publish.

Isnin, 21 April 2014

ha.. ni dia.. konon2nya buku kulit novel cik Naz.
haha. actually xsiap lagi lah manuskrip Naz.
Naz ada macam2 kerja Naz buat. jenuh gaklah nak divide time untuk semua aktiviti2 Naz. :D
so, doa2kan lah Naz dapat siapkan dalam 1tahun depan ker. Bukan senang tau,
sebab manuskrip cinta dari hati adalah cerita benar.
Memang makan bertahun2lah kan.?
Ini ibarat diari kehidupan Naz, dan Naz inginkan jadi pengajaran dan juga dorongan untuk kwan2.adik2 Naz nanti.

Nanti kalau Naz xde, dapat terbitkan mana2 manuskrip Naz pernah buat.
:)
bacalah sebagai kenangan bersama

I want u n me become halal

....sambungan tentang insan itu.

Sepanjang aku kenali dia, walaupun dia agak nakal dan kelakar. Tapi aku tetap sayangkan dia, kekurangan dia. Hari demi hari. Aku rasakan dia dah berubah. Dia ada insan lain ke?? Dia dah tak anggap aku lebih ker??
akhirnya semua terjawab jua. Dia dah jelaskan kenapa dia bersikap mcmni. Sebab dia fikir tntang hubungan kitorang.

Ya. Memang aku sedar, cara ini salah. dalam mencintai dia. Aku juga taknak bawak dia ke Neraka. Aku nak juga sama2 pimpin ke Syurga.
Tapi dengan selalu sms. wasap. call. jumpa. Berkata2 manja dengan dia. Aku malu.
Sungguh, aku malu pada Allah. Aku lalai dalam menjaga hubungan aku dengan Allah.

Insan itu jelaskan pada aku, dengan forward mesej ni

Kepada mereka yang bercinta. COUPLE. PLEASE BACA
ENDING DIA SEDIH..
LAKI CAMNI ADA LAGI ??
JIHAD LAWAN NAFSU ..
Assalamualaikum,
saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.
sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..
tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.
tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,
sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?
tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~
lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.
mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?
satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...
yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'
saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.
dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.
err.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.
entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,
tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
please, sama-sama jaga diri...
satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.
terpukul.
terpana.
terasa.
semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?
saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.
sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.
saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.
saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,
saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.
saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!
banyaknya dosa saya.
:"(
Allah,
Allah,
Allah.
saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.
bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...'
dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.
saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.
dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.
jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.
dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.
doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.
Insha-Allah.
sharing is caring


mesej ini memang buat aku betul2 tersentap. sebab aku dan insan itu lebih kurang mcmni. :( Ya, aku dah sedar.
Kepada insan itu, terima kasih kerana memberikan jawapan yg pasti pada aku. aku berharap, kita dapat dipertemukan pada waktu yg tepat. Aku sayangkan kau. Bukan sebab rupa paras, harta, material. Tapi aku pandang hati dan kekurangan kau. :)
Tak apa. Aku akan ingat semua pesan kau, aku berubah bukan untuk kau. Aku berubah untuk kebaikan diri aku, kebaikan kita. Dan kau memang insan yg baik kerana banyak menasihati aku. :')
In shaa Allah. Moga kita bertemu lagi. Sayang.. 

Tentang "insan itu"

Ini kisah realiti. 

Tahun 2011. aku masih ingat lagi moment tuh. Moment aku jatuh hati pada insan itu. Insan itu yang nampak biasa saja, tapi bagi aku, dia menawan hati aku. Biasalah, remaja kan. Gedik2 nak bercinta. Uish.. Gatal. Haha. Hmm.. First tuh.. tengah exam ape ntah. Aku pun dah lupa. trial pmr kot? (serius, dah lupa.)
Tengah exam paper math time tuh. Tiba2 dekat masa akhir exam, pemadam insan itu jatuh kat tempat aku. Dia pandang jer pemadam tuh jatuh kat tempat aku, lepas tu buat muka , mungkin dia sebut "cis", atau "ala".
(boleh jadi pengarah ni. uhuk2)
Aku dapat tau dia dah ada makwe. Miss M. Patah seribu pecah cawan lah hati aku nih. Haha, xpelah. aku dah mula perhatikan dia sejak tuh. :). Yes. Aku perhatikan dia, stalk. :) dalam diam.

2013. 
Inilah tahun yg bermakna. (bermaknalah konon.huh)
Akhirnya, aku dapat kenal2 dengan dia. Time tuh aku main game, request kat insan itu. Insan itu terus pm aku kat FB. Mula2 aku dah lupa sape dia. Lah.. rupanya MY CRUSH aku..Teruja dan berdebar.
Dan kite kenal2.. 
Banyak moment aku dengan dia, bagi aku. semua tentang dia, aku rasa . 
Hmm.. Aku rasa dia memang berharga untuk aku. AKu hargai kekurangan dia. (Jiwang pulak dah)

(skip cerita tak penting)

Kitorang pernah gaduh. Gaduh sebab.. sebab tut lah kan.
Masing2 ego.
Hari graduasi. Pergh. Yang ni aku tak cukup tidur tau?? Sebab?? aku ingat janji kitorang, bila Hari Graduasi nak pakai warna yg sama, warna BIRU. Aku fikirlah. "agak2 dia pakai warna ape?"..."aku nak tukar tema ke?".. Last2 aku decide, aku pakai jerla apa yg ada. BIRU.
Esoknya.. Hari Graduasi. lepas nama disebut2. Aku tunggu Sains2. Yea, aku tunggu. Sebab aku nak tengok insan itu. Aku rindu dia sangat2. aku nak cakap2 dengan dia. Tapi, kitorang tak bertegur pape.
Sampailah nama dia disebut. Aku dah pasang 4mata aku ni ha.(cermin mata)
Terkejut aku. Dia tunaikan janji dia. Pakai baju BIRU. kawan2 dia semua pakai wane merah. 
Time tuh aku macam sayu jer.. 
Lepastu dah selesai Majlis Hari Graduasi.. aku berdebar2 lagi,.teringat janji pertama dia tunaikan, janji kedua. tangkap gambar sama2. Ya, dia memang tunaikan janji kedua tuh. 
Dia tegur aku, mcm xjadi pape. Ok. Aku diamkan jer. dan Iyakan, sebab terharu, sayu, dan rindu..
aku masih simpan lagi gambar dia n aku. 

9/11/2013
dia luahkan kata yg dia rindukan aku. Time tuh aku dah cair. sebab terlampau rindukan dia. Banyak jugak lagu aku buat sebagai luahan rasa(segan nak luah kat insan itu, so buat lagu. xde sape perasan. hehe)
Kitorang pun couple.... bahagialah jugak..

Nak tau cerita seterusnya? tunggu ea.. 

XOXO
Publish.

Old Friend being good friend

HELLO.. Assalamualaikum my lovely friends. Hehe.

I know.. Not many friend that know I have this blogger. Kih3. Cik Naz jadi blogger dah kan..
Dah berhabuk2 dah blog nih. Its hard to clean this. Haha, Oh My English.
(English aku main bedal jer. kalau kamu gelak, terima kasih. aku buat lawak free harini)

Orait.. Cik Naz nak citer2 lah sikit kawan2 sekolah cik Naz ni ha.. Actually, dorang ni kelas sebelah2 jer dengan Naz pada tahun 2013.. Naz kelas 5Gigih dan dorang kelas 5Murni. Nak tau sape?
Mira.. Shaf..Zaman..Zarul..dan Jiwang(yang ni segan sikit orgnya. aku rasalah)

moments 'lepaking' with them

Ntahla.. Naz ada satu perasaan yang aneh saat kali pertama keluar dengan dorang semua. Ibarat, sekali jumpa depan mata together. then? Naz dah anggap dorang ni kawan rapat Naz. Sebab dorang salah satu kawan2 yang memahami dan ceria2 mcm Naz jugak. 

Shaf.-apa yg Naz nampak pd diri dia, senyuman dia. Hihi. Dia pun ceria.
Mira-yang ni ramai suke usik dia, buli dia. hmm. kadang2 Naz mcm Mira jugak.
Man-dia ni sweet2 jer. sangat memahami hati wanita. :D
Zarul- yang ni tak payah cakap. Nakal sangat . Suka buli kawan perempuan termasuk NAz. kadang2 apa yg dia cakap, Naz boleh naik giler. Haha

Anyway, bersyukur sangat2 dapat kenal mereka semua ni. Pergi tengok wayang, Captain America.
Memang best lah jugak. Naz kat dalam panggung wayang dari tadi sebut "Kapten Kuali"
Yang Shaf, "cermin mata 3D" lah pulak dah. Zarul sempat lagi tidur. Haha. Mira? Hehe, die gelak2kan jer lawak jenaka Naz buat. 
Naz suka buat kawan2 Naz tertawa lebih daripada diri Naz. :)

Akhir kata... Naz minta maaflah sebab xminta izin dari dorang kat dlm gambar ni untuk letak kat blogger. Ini luahan Naz. Jgn korg salahguna, kalau tak Naz cincang2 buat air cincau. Nyum3. Hauslah pulak.

Nanti kalau Naz dah tak ada. :(
Naz harap. kawan2 Naz. keluarga, tetap boler tersenyum lagi dengan baca semua yg ada dalam blog Naz ini. :) Ibarat wasiat.

XOXO
Publish. :")

Ahad, 20 April 2014

TEMUDUGA UITM SHAH ALAM

Assalamualaikum semua!

Isnin lepas..(14/4/2014)
Naz semak di laman upu untuk course temuduga lah kan.. semak2.. 
Alhamdulillah.. dapat...


19/4/2014
 Tarikh yang cukup mendebarkan untuk Naz..

Macam2 Naz fikir. Kena speak in English ker?? Camane temuduga nyer??
Then tomorrow, Saturday. I prepare myself..
Wearing Baju Kurung... Looks like "Gadis Melayu Terakhir" lah.. Uhuk2...
Bertolak dalam jam 7.10 macamtuh.. dah nak sampai kat bulatan shah alam tuh ha.. Dah traffic jam.
Sekejap jer, sebab ramai yang nak masuk Uitm..masing2 ade temuduga..

Dah masuk tuh... Kena daftar. Kat Uitm Shah Alam, Fakulti Seni lukis dan Seni Reka.
Cari-carilah nama Naz kat Board tuh.. Terserempak dengan Fuji dan 2 kawan lain. Nama Naz yang ke 37 dalam Panel 2.. LEpas dah daftar tuh, Naz sebut nombor kedudukan nama Naz tadi kat Puan tuh..
Dia akan bagi 2 Borang.. Lepastu Naz pergi ambil nombor giliran 150... naik tingkat 4
     MEMANG BOLEH KURUS SEBENARNYA.
Lepastu mulalah Ujian Melukis selama 1jam.. dari jam 8.45 yang Naz mula. Dia suruh lukis 3 benda sahaja..
Kerusi, Kain putih, dan kotak. 
   Inilah hasil lukisan Potret selama 1Jam. memang semua senyap jer. Naz jer yang banyak cakap. Haha

Ok. Done. Seterusnya ada sesi 2... Temuduga/Temubual. Memang semuanya muka ketat2. Naz yang kuat senyum sebab Nervous+excited. Hehe.. Naz usha2 lah sorang kawan nih. Muka dia lain sangat, nampak gementarnya. So Naz buat lawak. "Hey, macam nak ambil ujian darah jer kan?" .. Terus gelak sorang kawan nih...Yalah, Naz kan jenis periang. Apapun2. Naz akan tetap ceriakan suasana. Hehe..

Kalau kat UiTM Shah Alam. Kitorang masuk dalam satu dewan kot. Ada dibahagi kepada dua , banyaklah kerusi untuk diduduk.(Takkan Nak berdiri??). Semua tunggu giliran dorang.. Sebelah kiri ada panel A sampai E.. sebelah kanan ada Panel F sampai L. Naz dapat yang Panel H. Sorang Wanita,dan sorang Lelaki.

Turn Naz. Naz dari jauh dah senyum2 sebab dah tak sabar. Dalam kepala nak buat yg terbaik, confident dan makan!!! Lapar kot.. Jam 12.20 baru turn giliran Naz. Naz bagi salam dulu.. Tak lama pun interview. Duduk2 jer Panel yg laki tuh gelakkan Naz. Dia cakap "Dari jauh awak tersenyum-senyum ya."
Malu betul Naz. Haha. 
Then depa tanya.

"Kamu anak keberapa?"
"Kakak dan abang sambung belajar di mana? Course apa?"
"Ayah lepasan Ijazah di mana?"

Ni dia soalan paling femes ditanya. Panel lelaki yang tanya kat Naz.
"Awak nk pilih bidang apa?"
"Saya pilih bidang grafik."
"Jelaskan pada kami kenapa kamu pilih Seni Grafik."
"Baiklah. Pertama, abah saya sangat-sangat menggalakkan saya untuk menceburi bidang Seni Grafik. Kedua, kelebihan saya dalam melukis memudahkan lagi untuk saya memperbaiki dan memperluaskan lagi ilmu pengetahuan seni. Bagi saya, grafik adalah seni yang meluas. Grafik merupakan komunikasi visual di mana sangat penting untuk designer menyampaikan mesej yang berkesan kpd masyarakat. Kerana masyarakat kini memerlukan konsep mesej yang mudah difahami hanya melalui komunikasi visual. 
(Naz senyum pada depa berdua)

Depa berdua terkedu dengan apa yg Naz jelaskan. Tapi memang betul pun pendapat Naz mengenai Seni grafik. :D Then Panel tu kata "Wow, bagus-bagus. Kali pertama dengar jawapan macamni. Dia ni lecturer graphic design tau,(panel perempuan tu tunjuk kat panel lelaki tuh)
Terkejur beruk cik Naz. Maknanya, jawapan yang Naz bagi tuh betullah.. Lega rasanya.
sebab panel tuh angguk-anggukkan kepala jer sambil senyum.

Soalan terakhir paling femes gak ni.

"Kalau saya hantar awak kat UiTM sarawak?"

Lepastu Naz explain apa yg patut untuk meyakinkan..
Kira beruntunglah sebab Naz dapat panel yang ceria. Mudah dan cakap dalam bahasa Melayu sahaja. Haha. Depends, ada panel yang guna bahasa English atau campur.

Oklah, sampai sini jer citer NAz pasal temuduga AD. Panjang lebar, maaflah yer. ni pengalaman. Harap2 Naz dapat bidang ni. Doakan Naz yer.

XOXO
Publish. :)