Ahad, 21 Ogos 2016

Apa itu bahagia?

Andai kau tahu, sedalam mana kasih sayang aku pada kau. Sejauh mana aku sangat merindui, dibuai mimpi tentang kau. Apa respon kau?

Aku sedar waktu ini aku masih muda dan mentah. Tapi di usia 20 an ini, sudah tentu aku mahukan bahagia yang mampu mengubah jalan cerita hidup aku. Kesilapan , kesalahan yang mungkin aku pernah lakukan sebelum ini, sedar atau tidak sedar, aku akui. Mungkin selama ini silapnya dari aku. Dan jika aku diberi balasan, aku sudah pun merasakan. 

Dilepaskan, melepaskan , rasa yang cukup menyakitkan untuk aku. Sampai lupa dan keliru apa itu rasa bahagia. 

Andai kau tahu, lepasni aku rela menunggu masa yang tepat untuk kau akui semua pada aku. Aku cukup bahagia, walaupun mungkin jawapannya mengecewakan.

Bahagia jika aku yang kau benar suka dan sayang.
Bahagia jika kau bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripada aku yang mungkin pernah menyakiti sedar atau tak sedar. 

Di usia muda ini, aku mahu capai segala impian yang aku idamkan sejak dulu, dan tiada siapa mampu halang melainkan aku yang mengalah. Mengenalmu mengajar aku untuk tak mengalah sentiasa. 
Mengenalmu mengajar aku untuk tidak memandang terlalu serius dalam setiap masalah yang datang pada kita. 
Aku kagum dengan kau, N. Sentiasa cool walaupun masalah datang, sekecil atau sebesar manapun, kau nampak biasa jer. Boleh senyum ,boleh buat lawak hambar kadang kadang.

Doaku sentiasa untukmu, N. Memang jarang kita bertemu, tapi aku sentiasa percaya kau selalu ada dengan aku, sama macam kau pernah cakap pada aku sebelum ni. 

Terima kasih kerana melengkapi hidupku walaupun aku ni sememangnya tidak layak untukmu. 
Kasih sayang aku tak pernah pudar untukmu, N.


Kemalangan kecil

6 Ogos 2016. Hari yang betul2 menduga untuk diriku.
Kemalangan kecil menimpa pada aku ketika itu. Patah di bahagian ankle.
Pagi nya, aku jadi model untuk Syaa (classmate), bantu dia untuk print ads dia. Sebelah petang pula model lelaki semuanya. Tak sangka pula waktu tu, model Syaa lagi sorang ni tak dapat datang dan tak maklumkan awal2 pada kitorang. Siapalah tak bengang masa tu. Yang ada backup cuma driver kitorang. So, ambil lah dia untuk jadi model Syaa.

Then jadilah satu kemalangan kecil kat aku, dan aku memang sudah agak kaki aku dah patah. Dorang pula nak tunda dan bawa aku ke hospital. Semua jadi panik, Tapi aku kata tak apa, fokus untuk selesaikan kerja shooting tu. Then dorang pun pergilah shooting dekat Bukit Serindit tu. Lama juga tunggu, tapi aku tahan sakit tu dengan tidur sebentar. Serius, memang sakit dan tiba tiba dah tak rasa apa-apa kat kaki. Aku faham keadaan rakan sekelas aku, jangan sebab kemalangan kecil kena kat aku, Syaa tak dapat selesaikan kerja dia. Kesian dia, kena reject shoot. Jadi aku pun acah acah aku boleh tahan. Lepas dorang tinggalkan aku dalam kereta, aku yang minta macamtu. Tak nak susahkan dorang. Air mata aku dah keluar masa tu. Tapi takpe. Asalkan Syaa dapat shoot macam apa yang dia nak, its okay. Sejam jugak lah tunggu dorang habis shoot. Then baru lah pergi ke Hospital Alor Gajah. Itupun sesat, dah nak sampai sejam juga, ikut jalan Durian Tunggal , mana tak jauh. Aku time tu dah tak tahan sakit. 

 

Tiba je dekat hospital , pergi kecemasan. Buat xray, memang ankle aku dah patah. dan ada retak sikit. So doktor pun bawa aku ke ruang untuk simen kan kaki aku. Aku cuak juga lah masa tu. Sebab first time kena. Jadi ginilah rupanya


Bersyukur sangat sangat masa tu, aku dibantu oleh budak sama level kat kolej Kudu. 
Aku harap aku cepat sembuh
Amin.. 


Sabtu, 20 Ogos 2016

Kesilapan lalu

Bertahun tunggu, adakah dia suka, sayang kan aku lebih dari kawan?
Bila melihat responnya seolah-olah tiada apa-apa perasaan..
Aku ambil keputusan untuk membuang rasa tu dengan mendekati orang lain,kenal orang baru, sayang orang baru....Mr N lelaki pelik, pengecut. tapi aku tetap suka dan sayang dia.

Sampailah satu masa aku cuba mengenali Mr.F, sikapnya persis macam Mr N, yang aku benar-benar sayang dan suka..
Aku pun mula sayang, serius dengannya.Bawa jumpa keluarga.... Setahun setengah dengan Mr. F, dia pula melepaskan aku, minta untuk jadi kawan biasa, bukan sebagai hubungan istimewa.. Hati siapa yang tak kecewa dengan keputusannya... Dan aku anggap aku salah.. Mungkin sikapku, atau tak terluang masa dengannya.

Tiba-tiba teringat Mr.N.. Mungkin aku pernah juga buat dia berharap, dan kecewakan dia. dan balasan dah dapat. Mungkin kifarah dosa-dosa ku, menyakiti hati orang sedar atau tak sedar.. Mujur masih lagi bernyawa.. Kaki aku patah, kena simen sampai berbulan. Aku redha. 

InshaaAllah, setia menunggu pengakuan yang sebenar-benarnya dari dia. Bertahun aku tunggu, dari zaman sekolah sampai sekarang. Nak luah pada Mr N, sanggup tunggu pengakuan ikhlas dari dia. 
Mungkin dia tak sedia, mungkin dia tak berani ambil risiko. Aku cuba faham.Lagi-lagi usia muda macam kami. 20 tahun. dari form 4 sampai sekarang aku tertunggu-tunggu apa yang kau pendamkan tentang aku. Atau aku memang terlebih syok sendiri? 

Kalau lah suatu hari nanti , bila aku berusia 25. dia yang muncul depan aku, untuk jadi yang Halal buatnya. Aku sudah tentu menangis, bagai dalam mimpi. Haha, ya. Nadhirah mmg kuat berangan. Mungkin aku berharap angan kosong. Buat masa ni, usia yang masih muda.. Impian ku untuk menceburi industri Muzik..kerja, bantu keluarga... Ketepikan hati dan perasaan...
Tapi dalam hati aku , sejujur jujurnya, masih lagi simpan suka dan sayang untuknya, Mr. N. Orang kata, bab jodoh ni serah pada Takdir. Berdoa. Maka aku harus buat macam tu.