Ahad, 21 Ogos 2016

Kemalangan kecil

6 Ogos 2016. Hari yang betul2 menduga untuk diriku.
Kemalangan kecil menimpa pada aku ketika itu. Patah di bahagian ankle.
Pagi nya, aku jadi model untuk Syaa (classmate), bantu dia untuk print ads dia. Sebelah petang pula model lelaki semuanya. Tak sangka pula waktu tu, model Syaa lagi sorang ni tak dapat datang dan tak maklumkan awal2 pada kitorang. Siapalah tak bengang masa tu. Yang ada backup cuma driver kitorang. So, ambil lah dia untuk jadi model Syaa.

Then jadilah satu kemalangan kecil kat aku, dan aku memang sudah agak kaki aku dah patah. Dorang pula nak tunda dan bawa aku ke hospital. Semua jadi panik, Tapi aku kata tak apa, fokus untuk selesaikan kerja shooting tu. Then dorang pun pergilah shooting dekat Bukit Serindit tu. Lama juga tunggu, tapi aku tahan sakit tu dengan tidur sebentar. Serius, memang sakit dan tiba tiba dah tak rasa apa-apa kat kaki. Aku faham keadaan rakan sekelas aku, jangan sebab kemalangan kecil kena kat aku, Syaa tak dapat selesaikan kerja dia. Kesian dia, kena reject shoot. Jadi aku pun acah acah aku boleh tahan. Lepas dorang tinggalkan aku dalam kereta, aku yang minta macamtu. Tak nak susahkan dorang. Air mata aku dah keluar masa tu. Tapi takpe. Asalkan Syaa dapat shoot macam apa yang dia nak, its okay. Sejam jugak lah tunggu dorang habis shoot. Then baru lah pergi ke Hospital Alor Gajah. Itupun sesat, dah nak sampai sejam juga, ikut jalan Durian Tunggal , mana tak jauh. Aku time tu dah tak tahan sakit. 

 

Tiba je dekat hospital , pergi kecemasan. Buat xray, memang ankle aku dah patah. dan ada retak sikit. So doktor pun bawa aku ke ruang untuk simen kan kaki aku. Aku cuak juga lah masa tu. Sebab first time kena. Jadi ginilah rupanya


Bersyukur sangat sangat masa tu, aku dibantu oleh budak sama level kat kolej Kudu. 
Aku harap aku cepat sembuh
Amin.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!