Aku sedar waktu ini aku masih muda dan mentah. Tapi di usia 20 an ini, sudah tentu aku mahukan bahagia yang mampu mengubah jalan cerita hidup aku. Kesilapan , kesalahan yang mungkin aku pernah lakukan sebelum ini, sedar atau tidak sedar, aku akui. Mungkin selama ini silapnya dari aku. Dan jika aku diberi balasan, aku sudah pun merasakan.
Dilepaskan, melepaskan , rasa yang cukup menyakitkan untuk aku. Sampai lupa dan keliru apa itu rasa bahagia.
Andai kau tahu, lepasni aku rela menunggu masa yang tepat untuk kau akui semua pada aku. Aku cukup bahagia, walaupun mungkin jawapannya mengecewakan.
Bahagia jika aku yang kau benar suka dan sayang.
Bahagia jika kau bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripada aku yang mungkin pernah menyakiti sedar atau tak sedar.
Di usia muda ini, aku mahu capai segala impian yang aku idamkan sejak dulu, dan tiada siapa mampu halang melainkan aku yang mengalah. Mengenalmu mengajar aku untuk tak mengalah sentiasa.
Mengenalmu mengajar aku untuk tidak memandang terlalu serius dalam setiap masalah yang datang pada kita.
Aku kagum dengan kau, N. Sentiasa cool walaupun masalah datang, sekecil atau sebesar manapun, kau nampak biasa jer. Boleh senyum ,boleh buat lawak hambar kadang kadang.
Doaku sentiasa untukmu, N. Memang jarang kita bertemu, tapi aku sentiasa percaya kau selalu ada dengan aku, sama macam kau pernah cakap pada aku sebelum ni.
Terima kasih kerana melengkapi hidupku walaupun aku ni sememangnya tidak layak untukmu.
Kasih sayang aku tak pernah pudar untukmu, N.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!