Khamis, 22 Disember 2016

peluang kedua

Peluang kedua.

Bukan mudah untuk kita dapat peluang, bila pernah melakukan kesilapan
Hati tak tenang, Jiwa pun. Kadangkala menghukum diri.
Tapi bila peluang itu datang. Bahagia juga datang.
Ketenangan jiwa yang tak pernah dirasakan.

Jangan disia-siakan peluang kedua itu,
Perbaiki sebaik mungkin
Ubah mana yang perlu diubah
Jangan diungkit.

Setiap orang berhak ada peluang kedua
Jangan menghukum. Jangan pula menghina
Kita manusia penuh silap
Kita bukan malaikat, dan bukan Tuhan

Tak perlu berlagak seolah
boleh lihat dosa pahala setiap orang.
Biarlah,
Sekadar tahu bezakan mana baik dan salah.
Jadi jangan buat yang salah, teruskan kebaikan.
Sekadar tahu dosa dan pahala.
Raih kebaikan sebanyak mungkin untuk pahala
Elak kejahatan, keburukan untuk jauh dari dosa

Tak salah kan?

1 ulasan:

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!