Khamis, 22 Disember 2016

Clearance di Uitm Melaka

Assalamualaikum, hye.
So I nak share pengalaman pi buat clearance di UiTM Melaka pada 22 Disember 2016.
Dalam life kita, apa apa urusan kena lah buat perancangan yang teratur supaya semuanya berjalan dengan lancar.

So cerita dia, I ni from Meru..Suruh abah hantar.... Pagi2 kol 6.30pagi dah pi ktm padang jawa ke TBS(RM5.20),I tak guna Touch n Go, lupa nak topup. Haha so beli token jela. sampai je KL sentral I pi tukar platform ke Bandar Tasik Selatan.Senang sikit beli tiket ktm direct ke stesen nak pi, just sampai kl sentral tukar platform lah.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, ktm mai tepat2 lepas I turun tangga. Tercungap bhai. haha. macam joging dipagi hari.

Then sampai je TBS, tunggu sat kawan sekelas I, then kami beli tiket terus ke ALor gajah... pukul 10.30pagi.. Memang I dah plan awal2. sampai je Uitm apa nak dibuat... sebab kami ni naik bas jer, xde kete. ahaha, so nak kena kejar masa...

Di UITM
1) Ambil borang clearance..isi maklumat apa yang patut..
2) I pergi ke ketua pusat pengajian dulu, Dr Azahar untuk dapatkan cop. Before jumpa dia, I call sebab takut dia ada meeting ke apa.
3)Then I pergi library nak dapatkan cop. Just pergi ke kaunter kat situ, ckap nak buat clearance then ada buku untuk isi nama pelajar buat clearance.
4) then pergi Unit Kokurikulum, dapatkan cop..
5)Pejabat Bendahari, sekejap je urusan , bayar rm1 untuk mini transkrip result kita, nanti kena ambil dekat pejabat HEA, staf akan bagi resit mini transkrip, then bagi dekat staf HEA untuk dptkan mini transkrip.
6)I pergi ke Unit Kolej pula lepastu.Kena pergi ke unit kolej ikut zon masa sem akhir tu. Kalau I kolej Tun Kudu, so pergi zon untuk kudu lah, I lupa tu Zon apa. haaha
7)sebelum pi HEA, I pergi ke Pejabat Polis Bantuan, yg belakang ATM bank islam.
8) Lastly, pergi HEA, serahkan borang clearance, kad matrik dan resit mini transkrip. masa tu I tunggu 10minit je then dah dapat mini transkrip.

Transkrip ni ada detail result kita, berapa markah untuk setiap subjek kita.

then kami pi jumpa Madam Nik sat, nak ambil folio artwork kitorang

Yang I pelik, selalunya student dah tamat belajar dia potong kad or tebuk. Tapi kali ni staf HEA terus amik. Mungkin banyak kes ex student salah guna kad pelajar dorang even dah habis belajar kot. I nak keluar dari Uitm , PB sampai tanya mana kad matrik bagai then baru dorang faham kenapa ktrg xdpt kad matrik.

Lpas setel tu, kami dah check awal2 tiket nak ke tbs habis... so disebabkan kekangan masa dan masing2 rushing nak balik cepat... Kami pun naik teksi dari Uitm lendu ke Tampin (Rm30), terlelap jugakla dalam teksi sebab berjalan sana sini nak dapatkan cop. tempat berasingan, macam main Pokemon Go pulak. haha. Sampai je ktm Tampin,  I beli tiket tren Tampin ke padang Jawa terus (Rm16.70). tukar platform jer. sejam lebih nak ke kl sentral. pukul 7 baru sampai kl sentral..
8 tepat sampai ktm padang Jawa...


seriously penat berjalan, sebab kami ni tak ada kenderaan, guna bas, ktm , teksi jer. I siap plan awal bajet nak pi balik berapa. Haha, ALhamdulillah, semua okay, mudah jer aturan I plan, Allah dah tunaikan doa I. Legalah sikit dah buat clearance, tak ada sebarang masalah . Sebab lepasni sibuk kerja, susah nak dapat cuti.. 

Tq follow kisah pengalaman I


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!