Selasa, 7 Februari 2017

Tips lepasan SPM apply diploma

Assalamualaikum! Hai

Kali ni Deera nak share beberapa tips sebelum adik2 lepasan SPM di luar sana nak apply mana-mana course untuk diploma/matrikulasi dan sebagainya. Mesti lega kan sebab dah selesai peperiksaan SPM? Sekarang berdebar pula nak tunggu result spm , nak kena buat keputusan cepat-cepat mana adik2 nak sambung.

So, sebelum tu, korang kena ingat.

1)Kenalpasti hala tuju 
Ya, adik-adik kena tahu sendiri hala tuju korang. Yang mana satu korang suka. Jangan pilih sekadar suka-suka/ ikut kawan/ main hentam. Kenapa? Sebabnya nanti korang akan menyesal kalau tak bertindak dengan betul. Ringankan tangan tu untuk tulis kat kertas. Apa yang korang paling minat. Contoh, pilihan top 3 saya minat course fashion, graphic dan fine art. Kalau korang tak tahu hala tuju, nanti dah dapat course korang xminat, ha susah pula nanti. Dah susahkan orang tua nak berhenti belajar/ rayuan dan sebagainya. Jadi, saya harap adik-adik semua bertindak dengan bijak.

2)Bincang dengan ibu bapa
Selalunya budak lepasan spm ni, dah boleh rasa buat keputusan sendiri dah. Tapi ingat! Setiap apa yang kita lakukan perlu RESTU ibu bapa. Bawa berbincang dengan mereka sebelum buat keputusan muktamad untuk apply. JANGAN SAMBUNG BELAJAR COURSE YANG SAMA SEBAB NAK IKUT KAWAN. Alasan kena kukuh . Niat kena betul.

3) Buat kajian course korang minat
Sebelum pilih mana-mana course, tolong buat kajian sikit dari segi silibus ke, sedikit ringkasan tentang course akan diambil ke, majority tempat belajar nya kat mana, berapa semester, anggaran yuran(bagi mereka yang taknak buat pinjaman belajar), pengalaman mana-mana blogger belajar macam mana... Al maklumlah, ada sesetengah orang nanti dah apply, diterima belajar pulak tup2 kat tempat yang agak jauh dari keluarga. Jadi Homesick. Terhegeh-hegeh merayu nak tukar tempat. Mana boleh kan. Jadi, tolong alert tentang ni. Google je apa-apa course yang korang minat , universiti mana yang korang nak masuk nanti. dah tahu sikit nanti, senang lah.

4)Mohon dan sentiasa peka
Bila dah betul-betul pasti, dah apply.. MESTI PEKA dengan tarikh-tarikh penting seperti keputusan permohonan lepasan SPM ke Diploma . Semak, dan bila sudah diterima belajar sana, berjimat cermat dan pandai-pandai  lah bawa diri nanti belajar kat tempat baru..

Walaupun tak banyak tips, tapi ni lah panduan untuk diri sendiri masa awal-awal nak apply diploma.
Dulu Deera dapat course yang Deera tak minat iaitu DIPLOMA SENI REKA GRAFIK DAN MEDIA DIGITAL di uitm Lendu. Abah menjadi penyebab utama Deera boleh teruskan sampai tamat pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, dari takda minat terus mampu bawa sampai habis dan Inshaa Allah akan sambung ijazah grafik juga nanti.

Semoga adik2 berjaya dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!