Selasa, 7 Mac 2017

Cara memohon penerapan

Assalamualaikum semua!

For those yang tengah sem akhir especially student uitm dan kolej bersekutu. Kalau nak apply degree mestilah mohon penerapan kalau nak bawa course yang sama pada masa akan datang nanti.
Setahu Deera, penerapan ni macam jalan pintas untuk dapat degree. Tapi kena ingat!
Sebelum apply penerapan, kalau boleh make sure korang dah ambil MUET.

MUET ni salah satu syarat penting untuk kita apply penerapan sebenarnya. So setahun MUET ada 3 sesi. Mac, Julai dan November. Pilihlah mana2 yang korang nak amik. Dulu Deera amik MUET yang sesi November sebab time tu mampu la sikit nak daftar MUET. haha.

Jangan risau, even sesiapa yang amik sesi November ni, boleh jer apply penerapan , nanti kat situ isi ada MUET, dan pilih bawah dia "belum ada keputusan" sebab masa tu selalunya calon MUET dah selesai semua test MUET, cuma belum keluar result jer.

Apa yang perlu dibuat untuk apply penerapan

1.beli no pin bsn dulu di mana2 cawangan BSN berdekatan ataupun kalau malas nak berurusan dengan bahagian kaunter, gunakan mesin ATM BSN, kena ada kad bsn dan ada duit lah dalam tu kan. So tekan pembelian no pin IPTA.

2.Selesai beli no pin, bukak student portal korang.
 
tekan Application for continuation of studies

3.

(minta maaf amik dari sumber lain sebab den lupa nak screenshot masa apply dulu2. Ni sekadar contoh je untuk those yang tak tau)

Nanti masukkan no bsn korang kat situ.
Then isi lah apa yang patut.
Hanya TIGA pilihan kursus  sahaja yang diberi untuk degree nanti.
Paling penting, course yang sama masa diploma dan mana2 pilihan lain yg korang minat.
INGAT, make sure korang minat dan boleh bawak antara ketiga2 pilihan.

Setakat ni itu sahaja yang Deera boleh kongsi. Apa-apa boleh tanya Deera,kalau Deera tau Deera balas. sila komen di situ.

Semoga korang semua sukses dan dapat tamatkan belajar dengan cemerlang.

1 ulasan:

Assalamualaikum..
silakan komen di sini.
jangan mencarut2 tau!