Khamis, 27 November 2014
kudrat Abah
Apa Aku mahu?
Jumaat, 21 November 2014
Keluarga
Aku sedih. Sekali lagi.
terkilan. dan malu
kerana punya ahli keluarga yg meminggirkan kami sekeluarga.
Cukup terasa..
Kami bukannya orang kaya.. mewah.. yg punya rumah cantik dan kemas...
ayahku bukannya punya gaji lumayan lebih dari rm3ribu ke atas..
tapi ayah hanya punya gaji sebanyak rm2200 untuk tampung aku, dan 6adik beradik yg lain. Malah, keperluan ibuku.
Gaji sebanyak itu, juga tak cukup utk tampung kami semua.. lagi lagi tolak duit itu ini.. bil elektrik dan lain lain... selebihnya utk keperluan kami sekeluarga..
Anak anak ayah yg masih kecil... masih belajar..
Ayah yg tampung semuanya.. Ada juga berhutang..
Kalaulah boleh, aku tak benarkan ayah berhutang utk kami hidup lebih baik.
Tapi ayah degil. Ayah fikirkan kebaikan dan kesenangan kami belajar juga..
Lebih parah lagi.. adik beradik ayah tak pernah sekalipun berterima kasih dgn ayah.. Selama ayah ku bersusah payah untuk adik adiknya.. Selama ayah tolak tawaran utk smbung belajar master... semua demi adik adik..
Aku kagum, dgn pengorbanan dan keikhlasan ayah ku sendiri.. Kerana kasih dan cinta thdp keluarga. Ayah ku lakukan susah payah utk mereka.. dari adik adik kecil lagi.. sehinggalah mereka semua sudah punya keluarga.. Kerana ayah ku adalah abg sulung dlm keluarga...
Memang.. ayah tak pernah mengeluh.. tak pernah meminta utk mereka hargai semua pengorbanan ayah walau sikitpun..
Tapi aku, aku yg mendengar kisah keluarga ayah.. dan aku menyaksikan perbuatan mereka pada ayah. Allahu, aku sebegitu takut, dan aku berdoa tak akan terjadi pada adik beradik ku..
Aku sedih.. Punya ibu saudara, bapa saudara yg macamtu. Masing masing tak hargai ayah, malah pandang buruk pd kami semua.. Aku kasihan akan ayahku sendiri. Darah daging sendiri perlakukan macamtu. Kasihan ayahku.. Dari bujang hingga berkahwin dan adanya kami. Masih dipinggir seperti ni..
Kami bukan dahagakan wang ringgit... kebanggaan dari mereka..
Kami hanya dahagakan perhatian dan kasih sayang yg ikhlas...
Dicaci, diperli, tapi mereka tak memahami situasi kami...
Aku bersyukur punya ayah yg ada kesabaran yg tinggi... sedangkan aku selalu melawan mereka klu mereka mula burukkkan keluargaku.
Kawan2..aku bukan mahu cerita kan keburukan kisah ku..
tapi.. aku tidak mahu, kalian alami situasi ini...
maka ambillah ia sebagai pengajaran dan iktibar untuk kalian...
aku dah cukup sedih, sengsara..
Ini takdir. Allah sayang kami.
sebab itu Allah terus menduga kami..
Alhamdulillah.. kerana cinta pada Allah dan rasulullah.. kami mencuba utk bersabar dan berdoa..
supaya ada keajaiban.. ahli kluage ku berubah lebih baik..
supaya ukhwah kami sekeluarga semakin erat..
Amin...
Khamis, 20 November 2014
Pergi takkan kembali
Bismillahirahmanirrahim.. Ku mulakan kisah hidupku ini dgn assalamualaikum.
Sudah lama aku tak memulakan cerita hidupku. Beberapa bulan ini. Pelbagai dugaan yg aku hadapi dengan tangisan.
Jujur. Aku menangis hampir setiap hari. Mata bengkak. Muka kemerahan.
Kenapa aku menangis?
kerana aku merasakan hanya dgn mengalirkan air mata keranaNya membuat aku bangkit kembali setelah meluahkan semua yg aku rasa.
izinkan aku memulakan satu kisah hidupku. Di mana aku takkan lupa sampai bila bila. Wajahnya seperti Rosyam Nor, punya tahi lalat di atas bibir di sblh kiri. Selalu senyum, selalu usik org. Dia adalah pak cik aku, Rozaimi namanya. Sejak aku dilahirkan, klu ada di Kedah. Dialah yg tlg mak aku, menjaga dan melayan kerenah ku semasa bayi. Paling lucu, dia letak aku kat atas perutnya, dan buat perut berombai, mcm main kete mainan yg gerak gerak uh. Hihi. masa aku tadika, pak cik yg hantar aku jalan kaki.. sebab dekat.. kadangkadang klu aku nangis, pak cik cium pipi aku(masa 5tahun),bawa aku ronda kat sawah padi naik motor... Bila aku meningkat dewasa.. pak cik bawa aku ronda area KL... bagi support kt aq masa aq perform lagu aq dpn org rmai... Bawa aq pegi makan... Dan klu gi rumah pak cik, pak cik masak mee goreng... sedap... sambal belacan buatan pak cik pun sedap... Inilah kenangan, detik yg aku takkan lupa selagi aku masih hidup..
Hari ini. 20/11/2014.Tepat jam 8.12pagi di Pantai medical centre.. Aku telah kehilangan seorang insan yg merupakan ahli keluargaku, pertalian darah antara kami semua. Seorang pak cik paling baik dan penuh dengan usikan manjanya. Allah lebih sygkan pak cik aku.
Kami tak sempat berada di sisinya saat arwah menghembuskan nafas terakhir.. tetapi aku bersyukur kerana semuanya dipermudahkan sepanjang arwah diuruskan... Tapi aku dan adik beradik aku tak melihat arwah dikebumikan. Ini kerana punya masalah kesesakan jalan raya di sekitar Pantai dalam. tak mengapa, asalkan semuanya telah diuruskan dgn sempurna.
Benar, aku cukup terpukul dengan kehilangannya. Tapi aku juga sedar, inilah takdir Allah. dan aku sedar, ajal yg sentiasa dekat. Kita tak boleh ramal dan jangkakan. Aku redha. Redha dengan kepergianmu, pak cik. Pak cik yg aku paling rapat, sayang, dan selalu menjadi penghibur untuk aku. Kasih sayang yg diberikan pak cik pada anak buahnya sama rata, tak berbelah bagi. Yang selalu usaha untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan kami..
Baru saja tadi aku baring di atas katil yg pena pak cik duduk. Aku menangis sepuas hati.. aku cium.. Mana mungkin aku mahu menangis didepan isterinya, juga mak cik aku. Kerana dia sudah cukup terpukul dgn semua ini. Aku juga bersyukur kerana Allah hadirkan seorang ibu saudara yg sgt baik kerana dialah yg menjaga pak cik sepanjang pak cik sakit dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yg ada disisi suami. Aku doakan supaya hidupnya sentiasa diberkati oleh Allah. Mak cik paling kuat aku pernah ada.
Akhir kata, aku hanya ingin katakan, selama kita hidup, fikirkanlah juga tntg kematian selalu. Tak beerti kita ini mengharapkan hendak mati tetapi melalui ingat kematian, kita pasti tak akan lupa. Bhawa kita hanyalah pinjaman di dunia semata mata.. Berbuatlah kebaikan dgn ikhlas... Hormat ibu bapa, org tua, jaga solat. Jaga hubungan sesama kawan. Insya Allah dipermudahkan..
Yg pergi takkan kembali.
Yg hidup teruskan kehidupan.
Niat kerana Allah.
"Ya Allah, matikanlah aku dalam iman.. "
Amin.