Isnin, 22 Disember 2014
Air mata si hati kecil
kenapa?
mungkin itulah caranya untuk aku melepaskan semua masalah aku daripada meluahkan
tak semua boleh lihat aku menangis
Aku tak kuat. aku lemah
meskipun orang sekeliling aku mengatakan bahawa aku kuat
saat aku menangis, aku menangis sendirian
tiada siapa mendengar melainkan Allah
bangun pagi,mata bengkak
dek menangis saja
lagi lagi bila aku setiap hari menangis
menatap gambar arwah pak cik, yang paling dekat dengan aku selain mak abah
sejak aku kecil lagi
kini aku tak bole tengok tv, tengok bola,
kepala ku pasti akan merasa pening
bila check
oh. aku alami trauma yang teruk
hm. tapi siapa yang tahu? yang mereka tahu
aku gadis yang lemah dan mudah dipijak macamtu jer
siapa yang faham akan kelemahan yang aku alami ni?
aku masih terkurung dalam ketakutan dan trauma
aku cuba keluar tapi tak mampu lagi
lagi lagi bila gelap. aku menangis
menggigil ketakutan
tapi siapa yang tahu> siapa yang faham?
kawan, aku tak layak jadi kawan
sebab aku kawan yang lemah sangat untuk kau
aku tak macam yang lain
berani. semangat tinggi
siapa yang selalu bagi semangat pada aku?
aku sendirian
aku takda siapa siapa yang faham aku
tapi untuk waktu ini
aku temukan seorang teman
nama dia Amal.
baik orangnya. manis senyumnya
pada dia jerla aku luahkan
tapi certain masalah aku tak luahkan .
sebab aku tak daya. tak kuat
aku takut kehilangan orang yang aku sayang
aku takut
hingga kini lagi aku masih menangis, setiap kali teringat padanya
dilema kewangan
Abah nak buat pinjaman bank , semata mata nak beli kamera untuk aku.
Hmm.kesian abah.Duit lagi, hutang lagi.
Aku hampir rasa putus asa. Putus asa sambung belajar.
Tapi , mana boleh macamtuh. AKu kena kuat.
Setiap masalah ada jalan penyelesaian.
Keluarga aku bukan dari keluarga yang senang.
Aku tak nak susahkan keluarga aku
terutamanya abah, yang banyak bersusah payah
bila aku katakan , abah , xpayah la pinjam. dira drop jerla course ni.
abah cakap, abah xnak anak abah buat macamtu.
Takpe, abah sanggup.
aku menangis. menangis kerana aku memang tak nak susahkan beban abah
tapi abah tetap bertegas nak buat pinjaman
aku bukannya pandai mana. aku cuba usaha untuk belajar rajin rajin
aku cuba mohon bantuan kewangan sana sini, tapi tak dipandang
kalau ikutkan hati, aku mahu berhenti saja belajar,
biar aku kerja. adik adik aku selesa belajar
tapi sebenarnya salah cara pemikiran aku
nak kerja gaji yang bagus sekalipun,
perlukan kelulusan yang bagus.
justeru, aku harus juga habiskan diploma ini dengan baik,
Kalau bicara tentang kewangan, memang takkan habis.
aku merasakan aku banyak menyusahkan abah.
Tapi abah berani., xkisah itu semua.
Inginkan aku belajar rajin rajin
Aku tak tahu nak luah kat kawan mana
bukan sebab aku malu nak luah
tapi sebab tak semua orang faham.
keluarga aku macamana, kehidupan kami macamana
AKu cuba, untuk cari pekerjaan.
tapi pada waktu yang sama
aku sakit. Aku tak mahu mudaratkan diri aku sendiri
takkan aku hanya melihat dan membiarkan abah aku susah payah?
aku selalu persalah kan diri aku
bahawa aku anak yang banyak menyusahkan kedua ibu bapaku
aku buntu dan lemah untuk fikirkan caranya
dengan kawan kawan, aku jauhkan diri
kerana aku malu
aku takda apa pun
yalah, mereka ajak sana sini, macam aku ni banyak duit
baik aku mengelak dan undur diri
aku tak mahu membazirkan duit ,
nak makan pun payah
pulang ke rumah jer
makan sekali sehari
makan apa yang ada.
makan menu yang sama untuk beberapa hari
tak apalah
aku berdoa
semoga rezeki kami dipermurahkan
hidup kami lebih baik
cuma belum tiba masanya
aku mengerti
Jumaat, 5 Disember 2014
Ceritera semester dua
Harap semuanya dlm keadaan baik baik saja.
dan harini Naz nak ceritakan perjalanan hidupku sejak bermulanya semester dua. Mulanya agak kekok. tp lama lama aku dah mampu lakukan. Maklumlah, aku bukannya minat course ni. Tapi target aku adalah menuntut ilmu. Banggakan mak abah. Yup, itu target aku. harap harap dapat ku panah dgn tepat ke arah target ku itu.
tak de pape.. haha.
sape amal?
amal ibadah.. heee
Khamis, 27 November 2014
kudrat Abah
Apa Aku mahu?
Jumaat, 21 November 2014
Keluarga
Aku sedih. Sekali lagi.
terkilan. dan malu
kerana punya ahli keluarga yg meminggirkan kami sekeluarga.
Cukup terasa..
Kami bukannya orang kaya.. mewah.. yg punya rumah cantik dan kemas...
ayahku bukannya punya gaji lumayan lebih dari rm3ribu ke atas..
tapi ayah hanya punya gaji sebanyak rm2200 untuk tampung aku, dan 6adik beradik yg lain. Malah, keperluan ibuku.
Gaji sebanyak itu, juga tak cukup utk tampung kami semua.. lagi lagi tolak duit itu ini.. bil elektrik dan lain lain... selebihnya utk keperluan kami sekeluarga..
Anak anak ayah yg masih kecil... masih belajar..
Ayah yg tampung semuanya.. Ada juga berhutang..
Kalaulah boleh, aku tak benarkan ayah berhutang utk kami hidup lebih baik.
Tapi ayah degil. Ayah fikirkan kebaikan dan kesenangan kami belajar juga..
Lebih parah lagi.. adik beradik ayah tak pernah sekalipun berterima kasih dgn ayah.. Selama ayah ku bersusah payah untuk adik adiknya.. Selama ayah tolak tawaran utk smbung belajar master... semua demi adik adik..
Aku kagum, dgn pengorbanan dan keikhlasan ayah ku sendiri.. Kerana kasih dan cinta thdp keluarga. Ayah ku lakukan susah payah utk mereka.. dari adik adik kecil lagi.. sehinggalah mereka semua sudah punya keluarga.. Kerana ayah ku adalah abg sulung dlm keluarga...
Memang.. ayah tak pernah mengeluh.. tak pernah meminta utk mereka hargai semua pengorbanan ayah walau sikitpun..
Tapi aku, aku yg mendengar kisah keluarga ayah.. dan aku menyaksikan perbuatan mereka pada ayah. Allahu, aku sebegitu takut, dan aku berdoa tak akan terjadi pada adik beradik ku..
Aku sedih.. Punya ibu saudara, bapa saudara yg macamtu. Masing masing tak hargai ayah, malah pandang buruk pd kami semua.. Aku kasihan akan ayahku sendiri. Darah daging sendiri perlakukan macamtu. Kasihan ayahku.. Dari bujang hingga berkahwin dan adanya kami. Masih dipinggir seperti ni..
Kami bukan dahagakan wang ringgit... kebanggaan dari mereka..
Kami hanya dahagakan perhatian dan kasih sayang yg ikhlas...
Dicaci, diperli, tapi mereka tak memahami situasi kami...
Aku bersyukur punya ayah yg ada kesabaran yg tinggi... sedangkan aku selalu melawan mereka klu mereka mula burukkkan keluargaku.
Kawan2..aku bukan mahu cerita kan keburukan kisah ku..
tapi.. aku tidak mahu, kalian alami situasi ini...
maka ambillah ia sebagai pengajaran dan iktibar untuk kalian...
aku dah cukup sedih, sengsara..
Ini takdir. Allah sayang kami.
sebab itu Allah terus menduga kami..
Alhamdulillah.. kerana cinta pada Allah dan rasulullah.. kami mencuba utk bersabar dan berdoa..
supaya ada keajaiban.. ahli kluage ku berubah lebih baik..
supaya ukhwah kami sekeluarga semakin erat..
Amin...
Khamis, 20 November 2014
Pergi takkan kembali
Bismillahirahmanirrahim.. Ku mulakan kisah hidupku ini dgn assalamualaikum.
Sudah lama aku tak memulakan cerita hidupku. Beberapa bulan ini. Pelbagai dugaan yg aku hadapi dengan tangisan.
Jujur. Aku menangis hampir setiap hari. Mata bengkak. Muka kemerahan.
Kenapa aku menangis?
kerana aku merasakan hanya dgn mengalirkan air mata keranaNya membuat aku bangkit kembali setelah meluahkan semua yg aku rasa.
izinkan aku memulakan satu kisah hidupku. Di mana aku takkan lupa sampai bila bila. Wajahnya seperti Rosyam Nor, punya tahi lalat di atas bibir di sblh kiri. Selalu senyum, selalu usik org. Dia adalah pak cik aku, Rozaimi namanya. Sejak aku dilahirkan, klu ada di Kedah. Dialah yg tlg mak aku, menjaga dan melayan kerenah ku semasa bayi. Paling lucu, dia letak aku kat atas perutnya, dan buat perut berombai, mcm main kete mainan yg gerak gerak uh. Hihi. masa aku tadika, pak cik yg hantar aku jalan kaki.. sebab dekat.. kadangkadang klu aku nangis, pak cik cium pipi aku(masa 5tahun),bawa aku ronda kat sawah padi naik motor... Bila aku meningkat dewasa.. pak cik bawa aku ronda area KL... bagi support kt aq masa aq perform lagu aq dpn org rmai... Bawa aq pegi makan... Dan klu gi rumah pak cik, pak cik masak mee goreng... sedap... sambal belacan buatan pak cik pun sedap... Inilah kenangan, detik yg aku takkan lupa selagi aku masih hidup..
Hari ini. 20/11/2014.Tepat jam 8.12pagi di Pantai medical centre.. Aku telah kehilangan seorang insan yg merupakan ahli keluargaku, pertalian darah antara kami semua. Seorang pak cik paling baik dan penuh dengan usikan manjanya. Allah lebih sygkan pak cik aku.
Kami tak sempat berada di sisinya saat arwah menghembuskan nafas terakhir.. tetapi aku bersyukur kerana semuanya dipermudahkan sepanjang arwah diuruskan... Tapi aku dan adik beradik aku tak melihat arwah dikebumikan. Ini kerana punya masalah kesesakan jalan raya di sekitar Pantai dalam. tak mengapa, asalkan semuanya telah diuruskan dgn sempurna.
Benar, aku cukup terpukul dengan kehilangannya. Tapi aku juga sedar, inilah takdir Allah. dan aku sedar, ajal yg sentiasa dekat. Kita tak boleh ramal dan jangkakan. Aku redha. Redha dengan kepergianmu, pak cik. Pak cik yg aku paling rapat, sayang, dan selalu menjadi penghibur untuk aku. Kasih sayang yg diberikan pak cik pada anak buahnya sama rata, tak berbelah bagi. Yang selalu usaha untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan kami..
Baru saja tadi aku baring di atas katil yg pena pak cik duduk. Aku menangis sepuas hati.. aku cium.. Mana mungkin aku mahu menangis didepan isterinya, juga mak cik aku. Kerana dia sudah cukup terpukul dgn semua ini. Aku juga bersyukur kerana Allah hadirkan seorang ibu saudara yg sgt baik kerana dialah yg menjaga pak cik sepanjang pak cik sakit dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yg ada disisi suami. Aku doakan supaya hidupnya sentiasa diberkati oleh Allah. Mak cik paling kuat aku pernah ada.
Akhir kata, aku hanya ingin katakan, selama kita hidup, fikirkanlah juga tntg kematian selalu. Tak beerti kita ini mengharapkan hendak mati tetapi melalui ingat kematian, kita pasti tak akan lupa. Bhawa kita hanyalah pinjaman di dunia semata mata.. Berbuatlah kebaikan dgn ikhlas... Hormat ibu bapa, org tua, jaga solat. Jaga hubungan sesama kawan. Insya Allah dipermudahkan..
Yg pergi takkan kembali.
Yg hidup teruskan kehidupan.
Niat kerana Allah.
"Ya Allah, matikanlah aku dalam iman.. "
Amin.
Jumaat, 24 Oktober 2014
cuti semester 1
Apa khabar? Harap semuanya dalam keadaan yang baik baik saja.
Oh ya, dikesempatan ini Naz ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada umat Islam dan sama-samalah kita usaha lagi untuk perbaiki kesilapan, kekurangan diri sebelum ini menjadi lebih baik.
Mengenai cuti semester yang sudahpun bermula...
Naz fikirkan yang Naz akan dapat kerja. Tapi....Toink...
Tade keje ... Kat meru ni memang payah sikit nak cari kerja sebab depa ni nak pekerja yang kerja pada jangka yang lama. Huuu.. sedih ..
Jadi. apa yang Naz nak buat ea selama sebulan lebih ni?TLDM?
No no no.. Tak.. Naz dalam proses belajar macam macam benda.
dan nak siapkan manuskrip Naz yang tertangguh untuk sekian lama. Aduh...
Entah bila lah siap. Sebab Naz tak curi masa pun untuk update manuskrip hasil tangan sendiri.
Itu juga salah satu impian Naz untuk hasilkan sebuah Novel mengenai kisah Naz dan arwah kekasih Naz.
Dan minggu lepas. Naz ada mencuba nasib kat Ujibakat Mentor Legend. Ella.
Tak terlintas di fikiran nak pergi ke sana tanpa berlatih apapun.
Abah hantar Naz sampai kat KTM Subang Jaya jer.
Lepastu dah sampai KL Sentral, kenalan Naz yang baik ni. Tawarkan diri untuk hantar dan teman Naz pergi ke ujibakat...dah sampai Sri pentas.. Sayangnya...
Dia tak boleh masuk sampai ke dalam. terpaksa tunggu kat luar. kesian..
Dari pagi sampai petang. Dia tunggu.
Dalam ujibakat tuh, Naz masuk kat saringan pertama. iaitu nyanyi depan kawan Ella yang memang tahu apa Ella inginkan. Okay, sebelum Naz nyanyi . Naz tanya abang tuh
"Boleh ke saya nyanyi lagu sendiri?". Dia kata boleh. YA Allah , rasa macam nak lompat jer sebab bukan senang orang nak dengar lagu Naz. Yelah, ujibakat kan.
Mana tau depa nak dengar lagu yang biasa didengar.
Lepastu Naz ceritakan pasal lagu kepergianmu berkait rapat dengan kisah cinta Naz di usia muda.
Sebelum bertemu Ella. Ada sorang abang yang baik ni temuramah Naz . Dia tanya, dan rakam juga apa yang Naz ceritakan.
Sebenarnya Naz rasa cukup sedih dan sebak sebab dapat nyanyikan lagu sendiri depan Ella, penyanyi tersohor di Malaysia ni. Ella peluk Naz. Dia faham apa yang Naz alami. Dan Naz tak kisah pun walaupun tak dapat mara ke seterusnya.
Sebab Naz dahagakan pengalaman. Sebab pengalaman mampu memberikan satu tujuan untuk Naz sentiasa berusaha mencapai impian Naz.
Impian Naz banyak sebenarnya. Tapi takkan lah nak capai kesemuanya sekaligus. Jadi, Naz perlu usaha satu persatu dengan senyuman yang manis dan ceria.
Dan..sejak kawan kawan tahu yang Naz ni masuk ujibakat Mentor, ada segelintir kawan yang tak puas hati dengan Naz ni berubah sikap. Diorang tiba tiba jadi baik sangat. Hmm. Malas nak fikir ke arah tak baik,. sebab Naz tak nak rosakkan pemikiran Naz ni. bersangka baik lebih elok. Bukannya Naz jadi artis pun. Naz hanya mencuba nasib dan mencari pengalaman saja kat sana. Bukannya nak kan populariti, perhatian . Naz tahu, Naz masih mentah dan walaupun sudah berusia 18 tahun, Naz akui bahawa Naz tidak cukup matang. Dan Naz sedang cuba bersikap matang dan lebih baik dari sebelumnya.
Haha, itu sahaja yang dapat Naz luahkan disini. Naz harap korang semua manfaatkan cuti semester kepada mereka yang bergelar pelajar universiti dengan baik. dan kepada adik adik yang masih sekolah. Jangan malas..... Belajar rajin rajin okay.
Assalamualaikum..
:)
Isnin, 13 Oktober 2014
Konklusi Semester 1 uitm lendu
Aku melangkah ke sini, tempat ku bermula sebagai pelajar Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital di Uitm Lendu, Alor Gajah, Melaka. semuanya bermula di sini. Dengan rasa takut, gementar dan rgu ragu akan kemampuan diri ini. Mampukah aku, meneruskan jurusan ini?
AD1111B. Ukhwah sesama mereka bermula juga. Bob, selaku class rep. dan aku pula assistantnya. Safwan, lelaki berkca mata yg biasa dan selalu dengan lukisan animenya. Bella, gadis yg agak mcm unik sikit dri yg lain. Adalah sebabnya keunikannya itu. kami je yg tahu. dia pun peminat anime. Zek, pun suka anime. dia tak kedekut ilmu, tak putus asa. Amy, gadis paling lasak dan xmcm perempuan. Dia cool je. haha, mcm lelaki. Ida, gadis kecil comel yg sentiasa nampak kemas dan berpenampilan ayu di mataku. Syaa, tak duduk diam. gadis yg pandai bergaul dan selalu menghiburkan kawan. Mia, dia sedikt blur tapi byk benda rare yg buat aku terkejut. haha. Naeya, muka mcm cina pun ade, korea pun ade tp die mmg suka tgk korea... dan dia selalu peka dgn info tntg study.. Kamarul, juga muka mcm artis korea.. nakal bak hang kau. xtau nk ckp. tp dia ok... Azrul, lelaki berkaca mata dan king of selfie... selalu aku usha kat laman sosial... Munirah, gadis yg manis syumannya, kalau marah, memang habislah uitm ni.. dan selalu gaduh dgn Hariz, lelaki berkca mata juga. yg mamat ni paling aku takut sebab bila dia tak pakai spek, mcm2 jd kat dia. risau aku. berapa kali dia terjatuh klu tak pakai spek. hahaha. yg beznye, dia pandai cover. izzat, dia ni agak jarang kelihatan sifatnya dlm kelas. tapi aku perhatikan dia ni berbakat dlm lakonan atau pengacaraan. hahaha. mcm artis or model gituh. adil, lelaki berkca mata, suka senyum, suka bertanya dan sikap itu ckup bagus. amin.. kat, gadis berambut panjang, dia baik, manis, cool dan aku suka dgr dia gelak. selalu dia peluk aku. rasa cm nk tido je setiap kali kat bagi pelukan manja. aummm. haha. erm.. sape lagi ea.. ha... bulat, dia lelaki yg chubby... apa yg aku suka, cara dia bercakap. ntahla, asyik rasa nk gelak je mcm dia ni buat lawak pdhal xdpepun. mgkin suara dia unik kot. hihi.akim, bdk melaka... suka gelak, dia pun baik juga, selalu tlg kwn dia...
zila.. gadis yg pendiam.. dan yg paling lawak, reaksi dia bila aku panggil selalu keluar ayat 'hah'.. Daus, pun bdk melaka... dia cool, kdg2 perangai dia pelik sikit.. kadang2 ok... n nakal dgn drama budak nya. tp aku hrp xd mslh ppe.. ashfa, dia ni dak laki yg kurus keding dalam kelas, dan nakal, dan.. sempoi je.. begitu juga dgn shakran, tapi shakran ni suka nyakat org. haha. ah chong ataupun azwan. ni lah yg paling tua dlm kelas. ibarat abang kami. pendiam, tp kdgkala dia byk bckp juga. haha.
tak banyak yg aku mampu ungkapkan tntg mereka. tp inilah, konklusi dari mataku tntg rakan skelasku.
semua yg tjadi antara kami, ada sebab Allah jadikan ia untuk pengajaran supaya perbaiki cara hidup, ukhwah sesama kawan.
gaduh bukan utk saling benci. salah fhm bkn utk menerukkan lagi keadaan. apa yg terjadi adalah pngajaran, hikmah dan salah satu kemanisan dlm ukhwah. di mana akhirnya kita akan fhm apa itu sahabat.
baru baru td aku chat dgn mia, aku tak turut serta mereka semua keluar sama2 dgn rakan sekelas. maaf, aku ada urusan keluarga. Gembira aku dgr bahawa mereka seronok keluar luangkan masa memandangkan ini semester satu yg akan berakhir esok.
Aku tak pasti aku mampu utk teruskan jurusan ini atau tidak, aku serahkan pd takdir. tp aku gembira sekali bertemu mereka. sebab aku telahpun jmpa diri aku yg patut aku ubah utk kbaikan. dlm istikomah. Aku tak marh, xbnci pd sesape yg pernah aku terasa. pernah maki aku, pernah salah fhm sdgkn aku tak tahu apa2.mungkin aku pernah buat salah.
Hidup perlu diteruskan. dan aku cuba teruskan jurusan ini atas pengorbanan ku utk kdua org tuaku.
Moga urusan kalian dipermudahkan. Amin.
Isnin, 6 Oktober 2014
Penghibur biasa
Aku tak punya bakat yang bagus.
aku hanya tahu mencipta bait bait lagu, dan meluahkan rasa dalam lagu.
melihat program realiti seperti mentor, popstar, akademi fantasia. membuat aku rasa sedikit cemburu kerNa aku ingin melangkah ke sana. Untuk mengasah bakat, memahami dan mempelajari lagi tentang pembikinan lagu.
kedua orang tuaku kurang yakin dgn impian ku utk mnjadi seorang pnulis lagu atau penyanyi di luar sana. kerana bagi mereka, jgn tumpu pd satu impian sahaja. Jadi aku cuba pelbagaikan hobi aku seperti main gitar sehingga aku mampu hasilkan lagu ciptaan sendiri. Membuat manuskrip tntg kisah cintaku, masih belum siap lagi, belajar utk menjadi seorang penyampai radio Merufm di Meru, klang... dan melukis gambar potrer tntg apa aku rasa.
aku tahu, dunia hiburan ini bukan mudah, artis di luar sana jauh lebih berbakat drpd aku. Aku? Bukan ingin menjadi terkenal oleh semua, aku adalah gadis kecil yg biasa, ingin memperkenalkan luahan hati aku tntg kisah hidupku.
Idolaku dalam bidang nynyian adalah afgan dan dayang Nurfaizah... Idola muslimah yg aku amat kagumi pula adalah Heliza Helmi. Aku sdahpun bertemu dgn Heliza. Afgan dan Dayang Nurfaizah? Haha. belum dan mustahil aku mampu bertemu dgn mereka. Kenapa aku pilih afgan? kerana aku suka genre lagu yg dibawa olehnya. seolah olah tntg kisah hidup, balada.. Aku jarang bawa lagu yang rancak, kebiasaannya lagu sedih, slow... Aku tahu angan ini mustahil. Justeru, aku endah tak endah sahaja.
Namaku Nadhirah, dan impianku, ingin menjadi penulis lagu, malahan penyanyi yg membawa perbezaan drpd yg lain.
Rabu, 1 Oktober 2014
bila susah, bila senang
Menghitung hari untuk akhir semester 1. Alhamdulillah, aku semakin mengerti tentang perjalanan hidup sbgai seorang pelajar dj universiti Dah pandai berdikari katakan.. Macam2 yg aku belajar.
Keutamaan niat dlm hati kita saat melangkah ke sini adalah menuntut ilnu kerana Allah, mencari keredhaan.Allah. Aku pernah jatuh, pernah putus asa tetapi di dalam fikiran pasti akan terinat kedua org tua kita. Kasihan mereka, kita belajar dgn baik di universiti, ibu bapa yg penat lelah kerja keras utk jamin keperluan dankehendak.
darj segi kawan. hmm.. ada mcm2 kerenah tp xdpt nak ungkapkan kesemuanya. Memang lah pada permulaan perkenalan kita mcm baik.. sopan. lame2 tbiasa pula dgn sifat sedia ada. lagi2 klu kutuk belakang2, siapa yg xmrh. tapi inilh lumrah kehidupan. Kita semua akan melaluinya.
Selasa, 16 September 2014
bunga sakura
assalamualaikum.
sepanjang kehidupan ku ini. aku tidak pernah merasakan kehidupan yg lebih baik dari sebelumnya. apakah itu?
ia adalah tentang kebahagiaan.
kebahagiaan dalam mencari cinta Allah.
dan juga, kebahagiaan keluarga ku sendiri.
apa yang aku tidak pernah alami, aku sudah pun mengalami pada tahun ini. Rasa seakan bgai hari ini aku akan mati dengan senyuman.kerana mampu mencapai banyak impian yang mustahil pada tahun ini.
Cinta pada insan lain? hmmm.. itu aku dah tak mampu nak katakan. kerana aku sudahpun muhasabah dan berfkir panjang setelah ibuku memberi pesan pada aku supaya menjaga batas antara lelaki.
ada yg pernah bertanya, apa ciri2 yg aku inginkan. ciri2 yg mustahil. sebab aku tak jumpa. aku inginkan lelaki yang pandai mengaji, rajin walaupun dlm kesibukan. menghiburkan aku dgn alunan zikrullah, kalau nak marah aku pun berzikir. ini yg si dia yg dh tiada yg selalu buat pada aku. Mana mungkin aku mudah lupakan dia. Bersikap matang dalam semua hal, kerana dari situ aku mampu lihat dia tetap tenang mengatasi masalah. Yg paling penting budi bahasanya. menegur kesilapan atau kekurangan dgn nada yg cukup baik. Hormat ibu bapa nya,
ibu bapa ku. semestinya berani dan jujur jika ingin serius dgnku. Ya, ingin hubungan yg serius, bukan saja-saja.
Aku sedar, jika aku menginginkan ciri2 seperti itu, maka akulah yang harus mulakan. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik. Aku cuba dan terus mencuba. :)
Aku masih lemah dlm mencari cinta Allah. Teringat pula kata2 sorg kawan. perkukuhkan cinta Allah, jika bersedia baru cari cinta manusia.
Ya Allah, pertemukanlah aku dengan jodoh yang baik, ciri-ciri yang aku impikan sepertimana diri aku sendiri yang harus mulakan, jika aku ingin yang terbaik. Amin Ya Rabbal alamin.
Khamis, 4 September 2014
tekanan dlm mncapai harapan
semua org ada bidang yg dorang minat. begitu juga aku. aku minat muzik, penulisan. tetapi tkdirku kini adalah mnjadi pljar uitm dlm bidang grafik.
aku takut. krana diri aku, hati aku tak cukup kuat untuk menerima sebarang kritikan dlm bidang ini. aku cpt putus asa. aku akui, sejak sambung belajar aku semakin tertekan kerana aku tak minat. bakat mmg ada. tp tak minat dan tak yakin utk teruskan. kalau aku org kaya mmg aq bhnti terus.
bila fikirkan balik, aku antara yg beruntung dpt bidang ini di uitm. dan sudah apply ptptn. harapan abah aku utk aku ceburi bidang ini. aku menangis kadang2.aku tak selesa sebenarnya. mmg semua nampak aku gadis yg lemah. sgt lemah. aku siapkn assignment kdg2 bkn hasil usaha sendiri. aku keliru.
knp hati aku tak dpt terima dan sedia utk bidang ini. mcm xsesuai. skrg ni aku dh pun mlaluinya.
mudah mudahan aku mmpu buang putus asa dn teruskn. klu sebaliknya, aku ank yg mghampakn ibu bapa
Rabu, 3 September 2014
banyak memendam
aku dah penat bersikap terlalu jujur.
justeru, aku serahkan semuanya pada Allah.
mungkin perubahan aku pada beberapa kawan lelaki yg aku rapat. aku kurangkan. kerana aku risau, suatu hari nnti bakal suami aku bsikap terlalu open minded dgn wanita lain, dan mana aku sanggup.
aku ingin cuba mnjadi sebaik2 wanita yg dihormati. Dan aku perlu perbaiki lagi batas pergaulan. ya, aku manja. aku penyayang. namun aku perlu ubah sedikit.
perubahan ini membuat aku rasa tenang dan lebih bersedia untuk menuju ke peringkat seterusnya. mudah mudahan dipermudahkan.
aku selalu memikirkqn untuk kbaikan dunia dan akhirat, utk kdua org tua ku. kasihan kalau aku ini leka, lalai dgn duniawi. Aku tak malu berkongsi pengalamam hidupku, kerana aku. berharap mereka di luar sana memahami dan sama2 ubah juga. walaupun aku sedar, aku tak layak utk jadi terbaik. tapi aku hrap aku selalu mampu utk muhasabah.
Sabtu, 30 Ogos 2014
Merindui yang dah tiada
Khamis, 7 Ogos 2014
Cinta Jannah
Khamis, 10 Julai 2014
Cabaran sebagai seorang pelajar
Rabu, 2 Julai 2014
Yang terpenting untukku
Duhai hati aku merasa sesuatu
Tentang dia yang selalu mendampingiku
Yang selalu melindungi aku
Aku sedar siapaku pada dirinya
Aku harap semua ini hanya permainan perasaan
kerana ku takut jatuh cinta
Selasa, 1 Julai 2014
Impian setinggi bintang
Aku bukan dari keluarga yang senang. Aku bukan mengeluh dengan apa yang aku ada.
Sebaliknya aku bersyukur kerana aku mempunyai keluarga yang lengkap.
Aku bersyukur kerana kedua orang tua aku masih ada.. Dan aku selalu berdoa, supaya mereka dipanjangkan umur. Amin...
Impian....
Aku ingin menjadi pereka fesyen muslimah,mereka pakaian yang menutup aurat, simple dan selesa dipakai walau ketika panas dan sejuk. Aku sedar, banyak saingan dan rekaan yang tercantik ada kat dunia nih. Namun aku ingin cuba untuk martabatkan itu semua, dan sebagai rakyat Malaysia. kebanggaan islam dan malaysia.
Aku ingin menghantar mak dan abah pergi menunaikan haji. Melihat kedua orang tua aku pergi ke tanah suci itu.. Biarlah mendahulukan mereka, bukan aku. Mungkin aku akan berkongsi duit dengan kakak aku, untuk sama2 mengumpul duit tabung haji.. Ya, lebih membahagiakan apabila melihat hasrat mak abah pergi menunaikan haji.. Itu paling penting, kalau aku kaya, memang satu keluarga aku bawa. Tapi, lebih baik mendahulukan mak abah. Mak, dira tak berani janji, tapi, ini lah impian dira sejak sekolah rendah lagi. Suatu hari nanti, dira dan kakak, adik2 bantu mak abah untuk menunaikan haji. Kalau ada rezeki, sama2 satu keluarga kita pergi.
Aku ingin hidup bahagia bersama dengan kawan-kawan yang aku kenal. Melalui itu, aku cuba menjadi kawan yang terbaik, sanggup bersusah payah untuk mereka selagi mampu.. Mungkin ada sesetengah akan menyampah,geli atau kurang suka dengan sikap aku yang selalu berkata selamba "sayang awak" kat semua kawan samada lelaki atau perempuan. Tapi, aku harap mereka sedar dan faham, baahawa mereka semua sebahagian dalam hidup aku. Aku bukan nak batak, tapi memang aku dah set in mind macamtuh.
Aku ingin mendaftar sebagai penderma organ, tapi aku tau, mak abah takkan restu dan tak izinkan. sebab sanggup berkorban untuk orang lain. Ini mustahil. Ibu bapa mana tak setuju bila anaknya nak pertaruhkan nyawa untuk orang yang tak dikenali, atau orang yang takda kaitan. Salahkah? Hmmm. Mustahil untuk dicapai.Aku harap, bila aku meninggal, salah satu organ aku mampu membantu orang yang memerlukan untuk teruskan hidup dan beribadat kepada Allah SWT.
Aku ingin menjadi wanita yang kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan .Dugaan yang datang pada aku bukannya tentang aku seorang yang bernasib malang. tetapi, bagi aku, dugaan yang Allah bagi bertimpa-timpa dan tak henti-henti pada aku adalah kerana Allah sayangkan aku, dan Allah nak aku jadi KUAT., ya, Allah yakin aku kuat. Oleh itu, Aku akan berusaha untuk tabahkan hati,minda dan jiwa aku , untuk kuat kerana ALLAH. Amin...
Sekiranya ditetapkan aku yang pergi dulu... sekiranya aku boleh memohon kepadaNya, aku ingin mati syahid.... atau meninggal di sisi mak dan abah.... yang melahirkan aku, dan membesarkan aku. Ingin ucapkan jutaan terima kasih pada mereka, ingin katakan bahawa aku terlalu mencintai kedua orang tua aku.Siapalah aku untuk meminta semua itu, mampu mengucap kalimah Allah. mampu mengucap di saat sakaratul maut mencabut nyawa...Aku takut pada ALlah. Aku takut. MAti itu selalu mendekati aku, tunggu masa dan saat untuk ia terjadi. moga dipermudahkan. Amin..
Hmm.. mengenai cinta. Aku tak yakin aku mampu jumpa ke tidak cinta sejati. cinta sebenar2nya.
Lelaki idaman.. Hmm..kalau inginkan yang terbaik maka perlu perbaiki diri ini dulu. Sebab itu aku cuba untuk berubah, berubah kerana Allah dan untuk kebaikan diri sendiri. Mungkin agak susah, kerana aku dulu agak sosial dan sekejap bukak tutup aurat. tapi alhamdulillah, berkat bantuan rakan2 dalam memberi semangat pada aku untuk berdiri teguh dan berubah ke jalan yang benar,aku cuba. :)
Aku inginkan lelaki yang baik.. memahami aku.. hargai perasaan aku,...kawan aku jaid kawan dia, kawan dia jadi kawan aku,hormat orang tua , berbudi bahasa tak kira dengan sesiapapun, gentleman, kalau tegur salah aku pun takkan tinggikan suara tapi dia gunakan dengan manja ke apa(berangan kejap.hahaha) , tak pandang harta, kalau betul2 cintakan aku dia akan serius dan niatkan untuk jadikan aku yang halal untuknya dan aku juga akan buat macamtu. Tapi mesti jumpa mak abah kalau nak jadikan aku zaujah dia. aku ni orang susah, adk beradik ramai dan aku ada banyak tanggunjawab untuk keluarga aku. Aku harap dia akan faham keadaan keluarga aku. kalau tahu kelemahan aku, dia takkan persendakan malah cuba untuk menjadi kekuatan di sebalik kelemahan aku. Ya, aku ada banyak kelemahan . Macam budak kecik, aku cuba untuk ubah tapi masih tak biasa lagi. Sangat banyak, aku takot gelap, aku takot n alah kucing, ada asma, mudah sakit, makan ada pantang larang, tak boleh kesejukan dan kepanasan. tak boleh kepenatan, tak boleh nampak benda seram dll.
Sebenarnya, ini yang selalu aku mohon pada ALlah supaya dimakbulkan.
Tapi in shaa ALlah aku usaha sebaik mungkin dan yang aku mampu untuk laksanakan
Allah sebaik-baik perancang di dunia dan akhirat.
Aku redha.
Aku pasrah dan cuba untuk tempuh semua ini.
Aku perlukan ALlah,keluarga dan rakan2 yang memahami aku untuk bantu aku harungi kehidupan aku.
Aku hidup sementara.
Aku hanya pinjaman
Tidak lama lagi aku akan dikembalikan, tunggu masa.
Namun aku cuba, untuk topup amal ibadat. In shaa Allah.,
mencuba untuk jadi muslimah dan anak yang solehah.
Amin...
Ahad, 22 Jun 2014
Bahagia dengan MAD1111B 2014
Okay, MAD1111B merupakan Melaka, Art design, Ad111 untuk course kitorang ambil dan 1 lagi angka untuk part 1 maksudnya. B adalah group kitorang. Group grafik dipecahkan kepada 5, A B C D E. Naz tergolong dalam group B.
Firstly masa Naz masuk kelas, naz perhatikan jer sekeliling.Perhatikan mereka semua, yang bakal menjadi kawan baik dan kawan yang naz sayang sangat2. Uhukzzz. Sesiapa yang faham Naz, naz adalah insan yang manja, sayang semua orang. Nampak tak mengadanya tuh?? Haha. Takdalah. Naz hargai apa yang ada depan mata. Okay, jom kenal2. Tapi naz xnak letak gambar dorang lagi. Nanti2 naz akan post.
Classrep untuk group kitorang adalah.. Johan atau nama glamour , BOB. Dia ni memang unik. Sebab suka main skatrboard, sampai banyak pensyarah yang perasan dia selalu main skateboard. Haha, dah femes lah tuh... Naz pulak dilantik sebagai assistant Bob. Yup. Bob dah macam uruskan pasal info2 terkini pasal kelas. Naz uruskan pasal kewangan. Uhukzzzz.
ada sorang ni nama dia Aqil atau lebih gemar dipanggil BULAT. Naz pun tak tahu kenapa dia dipanggil macamtuh.. Kadang2 bulat ni kurang ajar sikit bahasanya, tapi.. actually... yang Naz suka, dia pun pandai menjaga budi bahasa jugak. And kerap call2 semua classmate dia tiap2 pagi supaya kami tak bangun lambat.. Cara percakapan dia agak unik juga sebab bila Naz dengar suara bulat jer, naz nak gelak memanjang. Haha.. Tak tahu kenapa.
Ada juga sorang ni yang pada mulanya Naz perhatikan, dialah lelaki yang paling serius dan muka ketat dalam kelas. Padahal, sebenarnya dia lah kawan lelaki yang paling baik,caring, memahami dan hargai perempuan walaupun cara dia cukup kasar, gengster sikit. Ramai yang pelik nape naz kawan dengan dia, Naz tak pelik pun kawan dengan dia. Oh ya, Nama dia Zek. Naz selesa kawan dengan dia. Naz xkisah pun dengan cara dia yang agak kasar sebab cara dia layan sama jer samada lelaki atau perempuan. Bersyukur ada kawan macam dia.
Alhamdulillah, dapat classmates yang gila2. Yang friendly. Tapi ada satu kisah ni, kitorang ade konflik sikit. Mcm drama gitu, Tapi alhamdulillah, Naz cuba sedaya upaya, sebaik mungkin untuk bantu perbaiki sedikit pasal silahturahim sesama classmates. Kalau ikutkan hati,rasa nak jer lempang, sepak, or maki depa yang berbahasa kurang sopan. Tapi, siapalah Naz nak buat camtuh. Nak selesaikan masalah ada caranya. Jalan yang terbaik adalah bersabar, dan selesaikan dengan perdamaian. Bukannya pergaduhan.
Itu yang naz cuba tekankan.
Serius, Naz dah anggap depa semua macam keluarga Naz sebab kat sini naz xde sesiapa kot untuk menjadi salah satu sumber semangat., Naz sayang depa semua. Naz nak berjaya sama2 dengan depa , nak ceria-ceria dan happy dengan depa. Dan Naz nak sama-sama berganding bahu untuk capai impian kitorang.
Naz rasa bahagia sangat2 bila tengok hubungan antara classmates bertambah baik. Itulah harapan Naz. Harap kitorang semua akan kekal macamni sampai bila2. Bukan sampai habis sem.. Sampai bila2 lah.
XOXO
Publish.
Khamis, 19 Jun 2014
MDS di Uitm Lendu
Dah lama Naz tak share segala cerita .. Sejak dah masuk alam lain. (universiti).So. bercakap tentang minggu destini siswa. Macam2 yang naz fikirkan semasa dalam perjalanan ke Uitm Lendu.
Mula2 daftar kolej(mcm asrama gitu) . Naz dapat kolej Tun Ali.. level 3.. paling atas.Satu bilik ada 3 katil. Kecil lah jugak.. Satu single bed, then double bed. Naz pilih katil yang atas jerlah..Roomate pun okay. Sorang budak Masscom dan sorang lagi Fine Arts.Penatlah jugak naik tangga bertingkat2 nih. Memang kurus jerlah.. Tapi takpa, itu belakang cerita. Uitm Lendu ni banyak keunikan dan misterinya.
PMDS kat sini pun okay2lah. Dorang garang mungkin sebab penat kot. Yerlah , tidur berapa jam je untuk pastikan aktiviti sepanjang MDS ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Yang Naz tak boleh lupa, ada sorang budak perempuan Masscom berkebolehan untuk buat Beatbox. Dia lawan dengan Abg Haziq xsilap Naz. Memang berbakat.
Kebanyakan siswa siswi baru di uitm lendu ni berbakat besar dalam diri dorang. Dan ramai yang menonjolkan diri nampaknya. Haha. Ops. Sepanjang MDS, rasa ngantuk memanjang sebab ade banyak taklimat dan pendedahan yang senior2 dan juga pihak terlibat nak terangkan kepada kitorang. Yelah, Kalau tak. Mau taknya kitorang ni tak setelkan macam2 hal seperti PTPTN, student portal dan lain2.
Seminggu disediakan makan percuma. Depa sediakan.. Lepastu ada pendaftaran akademik kat fakulti masing-masing. Sepanjang MDS, kitorang memang banyak berjalan kaki. Hampir satu Uitm Lendu kitorang berjalan. Lagi2 masa Campus Tour tuh. Sangat penting untuk kitorang sebab lepasni, lepas habis MDS kitorang kena buat sendiri. Yes, berdikari.
Inilah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka(FSSR) di Uitm Lendu. :D nampak macam lama tapi sebenarnya banyak menarik kat dalamnya. Hehe.
Time ni kat galeri seni FSSR. Macam2 karya dari student sini hasilkan diletak kat keliling dinding.
Inilah Perpustakaan Uitm Lendu.. Naz selalu pergi sini untuk rasa aircond (acah2 jer) dan tumpang wifi kalau nak search pape.
Ha.. Yang ni Naz tak dapat lupa. Masa kitorang naik Jambatan "Gantung" ni. dahla ramai yang lalu, lepastu jambatannye goyang2. Naik muntah Naz dibuatnya. Pening kot... Tapi inilah jalan shorcut juga nak pergi ke FSSR...
Ini.. entahlah, nak cakap apa sih. Sepanjang dalam dewan Taming Sari
Khamis, 29 Mei 2014
Bakal tiba "Kudrat Abah"
Naz ingin bercerita sedikit di dalamnya mengenai pengalaman Naz ketika jiwa muda naz memberontak pada suatu ketika dahulu. Naz akui , Naz pernah terkasar bahasa pada ayah. Pengorbanannya terlalu banyak, tetapi Naz bagai tidak sedar semua itu. Seperti anak yang mengambil kesempatan. Alhamdulillah, Allah dah tunjukkan semuanya. Justeru, pengalaman Naz, dan juga pengalaman kawan-kawan Naz. Naz ingin kongsikan kepada anda , sebagai renungan dan tatapan untuk semua.
In shaa Allah, sesibuk manapun nanti, Naz akan berusaha mengisi masa untuk siapkan manuskrip yang tertangguh-tangguh.. Naz perlu beljaar untuk membahagi masa dengan baik. Mudah mudahan dipermudahkan. Amin.. :).
Persiapan ke UiTM
adik nadia bagi kad
Hati ini semakin sayu kerana tak lama lagi aku akn pergi ke Melaka.
Mak abah, abang, kakak dan adik dah mula kata sunyilah rumah ni tak da aku.
Huu. Tapi nak buat camane. Aku pergi sambung belajar. Anak yang paling kecoh dalam rumah, dalam keluarga. Hehe.
Dan tadi, aku cukup terkejut dan terharu dengan kad special yang adik aku buatkan.
Adik Nadia, adik keempat. Aku anak ketiga, dia keempat.
Pergh..subhanallah, memang kreatif dan menarik . Tak sangka pandai dia berseni.
kononnya bakal doktor.
Untuk Shaf,Mira,Zarul, Milo, Zaman
AKu mengenali kalian hanya sepandang kilas.
Kita waktu itu satu sekolah, berbeza kelas.
Kali pertama keluar bersama dengan korang.
Di SCM.. Kita tengok wayang, duduk lepak di padang.
Walaupun hanya sedetik cuma,
Aku tetap merasakan bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama korang.
Mira. Gadis yang tabah dan pemalu orangnya.
Aku kenali dia semasa darjah Enam.
Sejak masuk sekolah menengah, jarang aku dapat berborak.
Dan tahun ini, aku dapat mendekatinya,
berborak dan bergurau senda.
Dan yang paling kelakar bila aku borak-borak dengan dia.
Dia selalu 'blur'.. sampai berbuih aku nak jelaskan pada dia.
Haha, tapi takpa. Aku tetap terima dan sayang dia, kawan dunia akhirat aku.
Dia dah sambung tingkatan Enam.
Shaf. Jejaka yang mempunyai senyuman yang cukup manis,sejuk mata memandang.
(berangan jap senyuman dia)
Ya. Aku suka melihat senyuman dia. Rasa semangat nak senyum.
Tak tau kenapa.
BAgi aku, Shaf adalah kawan yang memahami, matang(kadang-kadang) , suka bergurau.
Mudah terima nasihat dan sabar melayan kerenah aku yang ntah ape ni ha.
Bukan mudah nak mencari kawan lelaki yang memahami seperti dia.
Itu sebab aku menyayangi sorang kawan ni.
Aku harap dapat bertemu lagi.
Sebab aku selalu merindui BFF sorang ni.
Dia dah sambung belajar, kat kolej area shah alam. PtPl
Zarul. Kawan paling nakal dan terlalu nakal pernah aku kenal.
Sebab dia suka sakat aku. Huh.. Tapi..
dia sakat sakat pun , dia akan minta maaf juga pada aku.Hehe.
Dia ada cara tersendiri untuk hiburkan orang.
Aku rasa dia tak suka hal-hal sedih. Sebab tu kadang-kadang otak mereng mengusik aku .
Aku sayang juga kawan ni.
Kawan badut aku, kawan penghibur tak bertauliah aku.
Harap dapat bertemu lagi.
Dia sambung belajar kat koleh SEGI..
Milo. Ataupun Amirullah la senang citer. Sebut milo jer aku rasa haus pulak. haha.
Aku kenal dia dekat2 nak spm, november 2013 gitu.
Aku akui, dia juga kawan yang memahami dan tak kedekut ilmu.
Sepanjang aku mengenali dia, dia berkongsi doa, kata-kata semangat dan kisah-kisah Nabi..
Terutamanya kisah Humaira. Sampai dia panggil aku Humaira.
Aku akui, dia pernah melakukan kesilapan tetapi aku sudah pun maafkan.
Dia hanya insan biasa. Aku juga insan biasa yg pernah buat silap.
Tahun ini, hubungan kami semakin baik. Dah mcm ape dah.
Boleh bergurau senda.. gelak tawa. :)
Aku harap kawan sorang ni tak lupakan aku .
Dia juga akan sambung belajar di ... Alah. aku dah lupa.
Zaman. Kawan yang sporting, memahami, pandai bermadah kata dan bijak mengatasi situasi.
Aku seringkali berkongsi cerita pada dia,.
Semestinya dia membalas dengan kata-kata positif yang mampu menaikkan kembali semangat aku.
Yup. Aku hargai segala nasihat dan teguran dari dia.
Sebab kata-kata dia tidak pernah mengguris hati aku.
Berbeza dengan kawan-kawan lain.
Kiranya dia memahami hati perempuan. Hehe. Bukan pondan tau.
Dia memang jenis memahami hati perempuan.
Dan dia juga sambung tingkatan Enam. Satu sekolah dengan Mira.
Aku harap mereka takkan lupakan aku. Dan aku juga takkan melupakan dorang semua. Sebab aku sangat menyayangi mereka. Kawan aku terlalu ramai. Tak terkira. Tapi disini aku highlightkan kawan yang dekat dengan aku, dan kini kami semua berada di haluan masing-masing kerana ingin menimba ilmu.
Terima kasih kawan, atas segalanya. Semoga kita semua dapat bertemu kembali, bersua, dan berborak seperti dulu. in shaa Allah. Jaga diri baik-baik. Jaga hati, Jaga Iman. :)
Aku sayang korang.
Rabu, 28 Mei 2014
Untuk Echa dan Isma
Isma Syuhada(bertudung biru)
Gadis yang ceria.. suka gelak.. kadang-kadang blur juga. dan juga kakak yang garang.
Echa(bertudung kuning)
Kuat semangat.. agak brutal sikit. Ganas kadang-kadang. Baik. Memahami. Serba sederhana
Dua kawan ini, yang aku rapat sejak tingkatan Empat. Aku malu pada mereka. Kerana mereka banyak tolong aku. Semenjak aku sakit skoliosis, mereka yang tolong hantar aku pulang ke rumah dengan selamat. Kalau ada koku, pergi sama-sama. Tak terkira ucapan terima kasih aku pada mereka berdua. Ada juga kawan lain yang kononnya prihatin dan seperti memburukkan aku mengenai mereka berdua.
Bagi aku, Isma dan Echa adalah kawan yang baik dan sukar untuk aku menemui kawan seperti mereka. Dan aku menerima mereka kerana kekurangan mereka. Cukup. :)
Duhai sahabatku tercinta. Isma dan Echa. Saat aku dalam kegembiraan untuk sambung belajar. Sudah tentu aku memikirkan tentang kita bertiga. Kita sahabat, dan selepas SPM, hala tuju sudah pun lain. Seterusnya, dapat keputusan UPU. Aku berjaya mendapat tawaran seni grafik di UiTM Lendu, Melaka. Dan korang pula akan sambung belajar di tempat yang berbeza. Maafkan aku, Isma, Echa. Sebab aku tak dapat selalu bersama korang. Tapi percayalah, aku tetap sayang korang, tak lupakan korang walau di mana aku berada.
Korang makin sibuk dengan urusan kerja, urusan masing-masing. Aku pula jarang hubungi korang. Maafkan aku. Aku tak hubungi bukan sebab aku lupa diri ke apa. Aku jarang ada kredit. Dan korang pasti faham dengan situasi aku yang ada adik beradik ramai. Nak topap pun kena pandai berjimat. Aku pernah juga menanti korang datang rumah sebab korang ada kenderaan. Aku? aku takda pape .
Sahabat, walauapapun terjadi. Berjanjilah, kita tetap sahabat baik selamanya. Dunia dan Akhirat.
Segala kenangan kita bertiga sepanjang di sekolah dan diluar sekolah. Aku takkan lupa. TERIMA KASIH kerana SUDI MENJADI SAHABAT YANG BAIK DAN TERBAIK pernah aku jumpa. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan korang.
Jaga diri baik-baik. Jaga solat, Jaga hati . Jangan lemah semangat. Ingat semua pesan aku. Aku sayang Isma dan Echa. Dua sahabat baik aku dunia akhirat.
Luah dari hati (keluarga)
Saat kita bergaduh, saat kita tertawa dan saat kita bersedih.
Semuanya pernah kita rasa sama-sama.
Aku mengaku, aku bukanlah adik dan kakak yang baik, sempurna untuk kalian.
Aku mengaku, kadangkala aku yang salah, bukan kalian.
Tahu tak? Selama aku bersikap garang, terutamanya pada adik-adik.
Itu tandanya aku sangat prihatin dan terlalu sayangkan kalian.
Aku ingin adik-adik aku menjadi muslimah yang baik budi pekertinya,
sopan santun bahasanya dan menjadi anak yang menghormati orang tua.
Tapi, aku kadangkala berasa aku kakak yang gagal mendidik adik aku .
Sedih. Dan kali ini, aku pula akan pergi meninggalkan adik-adik, kakak dan abang sementara
Terutamanya pada adik-adik. Penat aku berleter, menegur dan tengking
Bukan kerana benci. Tapi kerana aku sayang. Aku tak tahu bagaimana lagi aku nak tunjukkan sejauh
mana kasih sayang aku ini. Aku egois.
Aku kononnya seperti kakak yang membenci adik-adik.
TIDAK. Aku tak pernah membenci adik-adik, darah daging ku sendiri.
Aku hanya bersikap tegas pada mereka.
Adik-adik yang masih mentah dan tidak mengerti lagi erti kehidupan sebenar.
Aku selalu berdoa, supaya suatu hari nanti mereka menjadi adik-adik yang baik.
Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sempurna.Masih ada mak, masih ada abah, masih ada abang, masih ada kakak dan masih ada adik. Allah memberikan aku keluarga yang cukup sempurna.
Dan aku cukup bahagia dengan semua ini. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semua ini.
Kerana keluarga yang sentiasa di hati aku. Aku berusaha untuk kuatkan diri dan hati aku. Kenapa? Mungkin orang akan kata aku anak manja. yang tak biasa jauh dari keluarga. Mungkin suatu hari nanti aku akan alami semua ini. Ya. Pasti akan berlaku. Mak abah juga redha dan ikhlas dengan pemergian aku untuk pergi menimba ilmu. Aku mengaku pernah melukai hati mereka, dan kini aku menyesal. In shaa Allah, aku tidak akan sia-siakan semuanya.
#Pengajaran
Hargailah mereka yang masih ada, terutama sekali pada darah daging kita, keluarga kita. Sebelum menyesal.
Selasa, 27 Mei 2014
Sedihnya..
Sihat? Kalau sihat alhamdulillah.. Kalau tak sihat? Jangan lupa makang ubat...
*makan
Beberapa hari ni Naz tak cukup tidur... Arghhh... Ntah kenapa xdapat nak tidur. Jadi burung hantu nampaknya.. Kawan2 nak tau tak. Naz sedih....
Sebab BFF Naz katanya akan pindah ke Pahang tak lama lagi.. HUuuuuu.. Dahlah dia Bff yang faham Naz.. Yang selalu terima kekurangan Naz, Naz merajuk dia pujuk, Naz marah dia diamkan ajer(kesian kau)..
Dah mcm pakwe makwe pulak. Haha. Dia cuma TTM dan BFF Naz jer..
Dan tak lama lagi, In shaa Allah, Naz dah janji dengan dia nak cipta lagu duet, Naz dan dia akan nyanyi. Wohoaaa. masalahnya Naz xpernah lagi buat lagu duet. Okay, kita sahut cabaran!!.
Aik?? kejap nya sedih tuh. Hmm.. Naz taip2 ni pun dah mengalir air mata. Aiyayayayaya... Huhuhuhu
Okay;lah. nanti Naz cite2 lagi k.
XOXO
Publish.
Isnin, 19 Mei 2014
Akhirnya...Sambung Diploma
Alhamdulillah.. pada 11Mei 2014.. Semakan keputusan kemasukan ke UiTM sudah dibuka setelah penantian yg menyiksakan kami2 batch 96 ni ha.. Akhirnya terjawab jua..
Alhamdulillah, permohonan Naz berjaya. Apa yang Naz impikan dah tercapai... Iaitu kursus AD111 Seni Reka Grafik dan Media Digital di UiTM Alor Gajah,Lendu, Melaka....
Okay. Mula2 dah dapat tahu yang permohonan berjaya. Naz menjerit macam menang duit aje. Haha..
Esoknya...dapat tau tempat kat mana, dapat kat Melaka.. Yohoo.. Memey aku menjerit satu perumahan lah!! Haha.. Alhamdulillah... Takdalah jauh sangat....
But WAIT!!!!
Kenapa??
Ada rumors mengatakan kampus sana berhantu..misteri. Okay, mula2 memang Naz frust menonggeng, takut , neves. Tapi..bila fikir balik, kenapa aku nak takutkan semua itu? mainan syaitan. Perkara biasa kalau ada makhluk2 halus seperti itu ganggu manusia. So, Iman, hati, pemikiran dan semangat kenalah kuat kan.. Bukannya layan sangat perasaan seram tu. Kita perlu takut pada Allah sahaja. Yup,betul tuh.
(Harap2 aku kuatlah ya.)
So..dari segi persiapan? Ha..first2 tu Naz lengkapkan borang.....kemudian medical checkup..kemudian...tak buat pape lagi.Tinggal gambar pasport, buka akaun bank Islam untuk permohonan PTPTN(terpaksalah pinjam) dan juga cop pengesahan.. Barang keperluan pun Naz tak settlekan lagi. Haha.
Anyway, Naz nak ucapkan tahniah kepada kawan2 yang berjaya mendapat IPTA dan juga IPTS. Ingat, Belajar biarlah kerana Allah. Jangan leka dan sentiasa jaga batas pergaulan kita sebagai org Islam. Kepada kawan2 yg tak dapat. Jangan putus asa okay? Sayang korang.
XOXO
Publish
Sabtu, 10 Mei 2014
Tentang insan baru(cemburu dan mengalah)
Aku selalu stalk dia. Lihat, baca status wechat, facebook dia. Tapi. dia banyak tulis tentang kekasih hatinya. Aku cuba untuk bertanya mengenai bagaimana dia dengan kekasihnya. Dalam hati ada rasa cemburu. Sejak aku menyukai dia. AKu mula rasa cemburu. Aku tahu. aku tak layak untuk jujur yang aku sedang cemburu. Nanti dia fikir aku perasan, syok sendiri pula. Ataupun obses kat dia.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suatu hari itu. Aku tanya kawan-kawan rapat dia. Kawan-kawan rapat dia bagi aku cadangan. Supaya abaikan, dan juga pendapat mereka. "Dia ada makwe, tapi asyik chat kau. macam takda makwe"
"Bila dia dengan makwe dia ok, dia lupakan,dia diamkan. Bila ade krisis dengan makwe dia, baru dia cari kau. Tak nampak ke?"
Menjadi persoalan untuk aku juga.Kadang-kadang aku fikir, dia bagi harapan pada aku. Dia pernah tanya soalan yang buat aku rasa aneh. "kalau saya suka awak masa sambung U macamana? Awak nak tak?"
aku gelak dalam hati. Mustahil lah kot. Dia nak suka aku. DIa kan terlalu mencintai kekasih dia. Aku pun rasakan, yang aku hanya BFF untuk dia share masalah, bermanja. Aku akui. Okaylah dia buat camtu. Tapi pada masa yg sama aku sakit hati dengan perbuatannya. Dia tak sedar.
Memang tak sedar.Aku sayang dia, dia tahu semua perasaan aku. Aku selalu jujur kat dia sebagai kawan. Tapi dia?? Dia selalu tukar topik. Aku nak kan kejujuran dari dia juga. Dan..petang itu.. aku berfikir macam-macam. Lalu aku putuskan untuk tidak berhubung dengan dia selama sebulan. Untuk meredakan rasa sakit dan luka dalam hati ini. Mungkin aku akan berubah sikap. Aku tak nak jadi rahsia lagi. Kalau aku tak suka, aku akan terus cakap. Mungkin lebih kasar sikit bahasa aku. Biar dia tahu.
Sayang? Hmm. Memang aku sayang dia. Kalau sebelum ni, dia marah dengan kelakuan seorang insan ni yang lukakan hati aku, walhal makwe dia, aku nak kata bodoh sebab buat dia macam terabai. Dia tak nak aku sebut. Kenapa? sayang sangat sampai salah dia dah tak nampak. tapi hati tu tengah terseksa. Aku perempuan, aku kenal macam2 perangai. Aku takkan duduk diam kalau perempuan tak hargai lelaki yang sanggup bersabar dengan kerenah dan perangai sosial dia. Huhhh.
Ya. Sebulan sahaja. Aku mencari ubat penawar untuk hati aku. Aku belum cukup kuat untuk berdepan. Aku bukan nak lari dari masalah. Aku hanya. Mencari ketenangan dan kekuatan hati untuk terima hakikat, yang aku , bukan yang dia sayang. Untuk terima hakikat. Aku dan dia hanya sekadar kawan biasa. Mungkin aku yang gedik dengan perasaan sendiri. Aku nak dia tahu,aku sayang, aku ingat dia. aku tak maksudkan untuk benci dia.
Isnin, 28 April 2014
tentang insan baru(lagu untuknya)
Aku tau aku siapa. Hanya BFF. HANYA KAWAN BIASA. Tiba-tiba saja hati ni mula rasa cemburu, serius, aku memang tak patut rasa macamni. Aku luahkan rasa cemburu aku dekat minah M. minah M saja yang faham perasaan aku. Yalah, situasi aku dan minah M lebih kurang jer...
Aku tiba-tiba capai pena, dan tulis sepatah kata, then dah jadi lirik lagu..
Better aku letak tajuk 'mengalah demi dia'. Mudah. sekelip mata jer, dengan perasaan aku skrg ni nak jer luahkan kat dia, tapi aku takut. Aku nynyi, dan sent kat minah M.
lepastu dia tanya pasal lagu aku. :( malu.
takda guna pun. hmm. ni perasaan saja.
Mengalah Demi Dia
Siapalah aku untuk menjadi yang teristimewa
kau hanya mencintai dirinya..bukan aku
mungkin aku yang perasan hanya aku
yang suka pada dirimu
kau katakan kau suka aku
tapi lebih memilihnya
chorus
aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini
tiap hari kau luahkan
rasa sayang pada dirinya
sebaliknya aku menitiskan air mata kecewa
aku sanggup mengalah untukmu
aku ingin kau bahagia dengannya
biar aku sendirian menangis
tika cemburu menular dalam hati ini
aku sanggup sabar menantimu
karna aku ikhlas mencintaimu
dalam doa ku sebut namamu
berharap kau untuk aku
aku mengalah demi kamu
#diadaptasi dari kisah kawan.
tentang insan baru 2(luah perasaan)
Masing-masing ego. Masing-masing fikirkan yang kononnya, "aku suka dia, alah, dia bukannya suka aku pun". Yes. dua-dua jadi ego. Tapi yang menyedarkan aku. dan S.
dari bantuan minah M dan juga mamat Z...
Aku malu nak jujur yang aku suka.
Sekarang, M dan Z dah tolong aku untuk bagitau perkara yg sebenar. Siapa yg tak takut? dia ada kekasih. Aku tak patut meluahkan apa yang aku rasa pada dia.
dia akan rasa serba salah, tak pun akan jauhkan diri dari aku.
Okay,. Aku terpaksa luahkan apa yg aku rasa. dia tanya sejak bila, kenapa?
lepastu aku tanya balik. rupanya dia dah lama perhatikan aku sejak tahun lepas,
kelas sebelah2. Aku pernah juga perhatikan sementara sebab kawan aku suka dia. Tapi aku betul2 tak sangka. dia juga suka pada aku.
Bagi aku, bersikap jujur dengan apa yg aku rasa. dah cukup lega untuk menghilangkan rasa takut aku.
Aku tak risau apa. cuma fikirkan situasi yang dia terpaksa hadapi. Tak apa. Tujuan aku hanya untuk meluahkan sebelum terlambat. Mana tau, harini, esok, aku dah takda. Tiada siapa yang mengerti.
Aku tak kisah, aku nak jadi BFF dia. :)
Bagi support kat dia, guide dia kalau dia salah.
Sebab aku sayang dia.
#Dipetik dari kisah benar.